All About Love

Monday, March 5, 2018

Mark Adam juara Bintang Bersama Bintang

12:10 AM
Mark Adam juara Bintang Bersama Bintang

Assalammualaikum...

Tahniah Mark Adam dinobatkan sebagai pemenang Bintang Bersama Bintang dan membawa pulang duit bernilai Rm100 000..

Namun MV puji dengan Mark Adam ni..dia berkongsi rezrki yang dia dapat dengan peserta lain...alhamdulillah...semoga Mark Adam dimurahkan rezeki...

TAHNIAH JUGA BUAT PESERTA LAIN TERUTAMANYA ACHEY DAN ISTERI..SIAPA SANGKA KAN SEORANG SURI RUMAH BERJAYA MENGHIBURKAN KITA SATU MALAYSIA

REZEKI MARK ADAM MALAM NI..MV SUKA DENGAN PENDEKATANNYA YANG TAK LUPA MENYELITKAN PASAL IBUNYA SETIAP KALI BUAT PERSEMBAHAN...

TAHNIAH SEKALI LAGI

Read More

Friday, March 2, 2018

Sabah Vs JDT -Piala Fa - Pusingan 2 2018

2:27 PM
Sabah Vs JDT -Piala Fa - Pusingan 2 2018
Yeah dah ada tiket untuk game esok

Assalammualaikum....

Perlawanan Piala Fa 2018 Pusingan kedua Sabah menentang JDT...menyambut kedatangan JDT ke  Stadium Likas Sabah..

Perlawanan yang dijangka sengit hahaha..sengit dengan sokongan padu penyokong Sabah..Manakala JDT sapa tak kenal..pasukan terkuat dan paling mantap di Malaysia...

Beli tiket awal sebab takut x sempat kalau beli esok..sebab tiket hanya 20, 000 jer di jual..hari ni 10, 000 esok 10, 000 ...sebab masa lawan Sarawak haritu hampir 10 000 penonton dlam 9+++ macam tue

Marilah kita support pasukan pilihan kita..MV semestinya Sabah Fa ..Sabah Rhinos..chayok2


Read More

Thursday, March 1, 2018

Pendaftaran Pra Sekolah Dan Tahun 1 Sesi 2019

9:35 AM
Pendaftaran Pra Sekolah Dan Tahun 1 Sesi 2019
Assalammualaikum

Bermula 1 Mac 2018,permohanan pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 di eprasekolah.moe.gov.my dan permohonan darjah 1 2019 di public.moe.gov.my akan dibuka.

Untuk pendaftaran tahun 1 akan dibuka pada pukul 10 pagi...macam kami di sabah..pendaftaran secara manual ...iaitu dengan ambik borang di sekolah yang kita pilih nanti sekolah yang akan hantar ke pejabat pendidikan...

Tahun ni Syamimi sudah 5 tahun...maknanya MV kena daftar permohonan darjah 1 dia tahun ni...iaitu daftar 2 tahun awal...tadi MV dah call sekolah yang MV nak hantar...tengahari ni minta suami ambik borang masa ambik haikalayuwani...

Korang yang ada anak lahir:-


  1.  pada tahun 2012 sekarang berumur 6 tahun
  2.  pada tahun 2013 sekarang berumur 5 tahun 
  3.  pada 1.1.2014( berusia 4 Tahun)
bolehlah buat pendaftaran darjah 1 mengikut tempat..macam Sabah masih lagi manual..so kena pergi sekolah yang kita nak hantar anak nanti..jangan lambat takut jadi pendaftaran lewat ..

nanti dapat sekolah yang jauh dari rumah...semoga dipermudahkan urusan yan kawan-kwan semua
Read More

Monday, February 26, 2018

Review Novel Sahaja Aku Menikahimu -mas Yura-

2:27 PM
Review Novel Sahaja Aku Menikahimu -mas Yura-

Assalammualaikum

Cinta itu datang tanpa diduga..dari rasa benci akhirnya menjadi cinta.satu ikatan pernikahan tanpa sekelumit perasaan cinta di antara mereka..

Fayyad dan ezahra...sangat berlawan perwatakan mereka...namun disatukan menjadi suami isteri hanya kerana permintaan Tan Sri Khalid..

Dia menginginkan Ezahra berubah ..dari seorang gadis pemarah...kaki kelab dan sombong...manakala Fayyad pula seorang anak kampung yang penuh dengan didikan agama..

benar ...wanita baik utk lelaki baik...tapi kalau xda lelaki baik untuk membimbing wanita yg org gelar tak baik macam mana wanita itu menjadi baik...

berdasarkan pegangan dan rasa sayang terhadap Tan Sri khalid akhirnya Fayyad bersetuju untuk berkahwon dengan ezahra..

bila cinta itu sudah berputik datang pula kekasih lama Hairi menagih cinta ezahra...ditambah lagi kedinginan mak mertua....

satu tragedi berlaku menyebabkan salah faham antara ezahra dengan Fayyad serta ibunya...bila eZahra di bandingkan dengan Zahira..bila Fayyad mula goyah...

Ezahra kecewa dan perlu ruang untuk bersendiri..benar..bukan semua sempurna..yang dibimbing ada egonya..yang membimbing pun sama...

Read More

Saturday, February 24, 2018

Sabah vs Sarawak Liga Perdana 2018-24.02.2018

8:07 PM
Sabah vs Sarawak Liga Perdana 2018-24.02.2018

Assalammualaikum

24.02.2018 Sabah vs Sarawak perlawanan bola sepak liga Perdana Malaysia 2018 bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah,,,

Melayan tetamu Sarawak ...borneo game orang bilang...sapa ada di stadium malam ni..kalau nampak mv say hi saja(macam orang kenal MV hahaha perasan)

So marilah kita layan bola di Stadium malam ni ..chayok2 sabah ..

Read More

Thursday, February 22, 2018

Lagu Tadika Kemas-TABIKA KEMAS KITA

11:38 AM
Lagu Tadika Kemas-TABIKA KEMAS KITA

ASSALAMMUALAIKUM..



KITA BELAJAR MEMBACA 
MENULIS DAN MENGIRA 
MELUKIS BERSAMA WARNA 
DI TABIKA KEMAS KITA 

BELAJAR DI TABIKA KITA 
BERSAMA KAWAN-KAWAN SEMUA
GURU MENGAJAR DAN MENDIDIK 
JADI CERIA CERGAS DAN CERDIK 

KAMI ANAK-ANAK MALAYSIA 
KAMILAH PEWARIS NEGARA
BERUSAHA HINGGA BERJAYA
 UNTUK MALAYSIA YANG TERCINTA

MV BERKONGSI LAGU TABIKA KEMAS YANG BARU....MENARIK LIRIK DAN MUZIKNYA....INI SEMUA SYAMIMI PUNYA ANGKARA...DIA MAIN LAGU NI DI YOU TUBE...BILA DIA NYANYI MAMA RASA NDA BOLEH MOVE ON ...

SEBAB SUARA DIA COMEL SANGAT NYANYI LAGU NI..HAHAHA....
Read More

Wednesday, February 21, 2018

Ajar Anak Kenal Huruf Dan Nombor

12:23 PM
Ajar Anak Kenal Huruf Dan Nombor

Assalammualaikum...

belajar tulis nombor 4 dan 5
Ajar anak kenal huruf dan nombor bukan hanya tugas seorang cikgu tetapi juga tugas ibubapa...Syamimi sekarang dah tadika 5 tahun di Kemas..dengan silibus pelajaran yang mencabar era ini...MV kena pastikan syamimi kenal huruf dan nombor di usia 5 tahun..dan membaca di usia 6 tahun ...

ini kerana sekolah darjah satu nanti anak akan berhadapan dengan Linus..itu adalah persiapan paling penting yang kena ada pada anak iaitu...kena pandai membaca dan kenal huruf dan nombor...

belajar tulis nama dalam huruf besar
Kalau nak harapkan cikgu memang tak boleh sebab cikgu takkan dapat fokus semua muridnya..pendekatan ini lah yang MV ambik dari zaman Abang haikal hinggalah ke Syamimi.ajar mereka di rumah selain dari sekolah...

walaupun taklah ajar macam sekolah...namun dengan bantuan ibubapa insyaallah proses pembelajaran itu menjadi mudah dan beterusan di rumah...namun bukanlah mau paksa anak-anak..just supaya anak boleh kenal huruf kenal nombor..boleh membaca dan mengira kira oklah...

kenal huruf a besar dan kecil
so tahun ni misi MV nak ajar syamimi pula...supaya dia boleh mengenal nombor dan huruf serta boleh membaca di usia 6 tahun...syamimi ni kalau ikut bulan baru 4 tahun 2 bulan...so minat dia nak belajar tue belum lagi...

macam kakak ayu dan wani..dorang mula mau belajar bila usia genap 5 tahun...jadi MV kena usaha sikit dengan syamimi ni..walaupun cikgu dia xda lah komplen tapi supaya dia cepat membaca,.
kenal huruf b dan c
Sekaligus nak bagi tangan dia lembut dan perbaiki tulisan dia.,,kalau bab mewarna dan melukis no hal..sebab dia memang sudah pandai melukis dan mewarna..betul nak ajar anak bukan mudah..tapi tak mustahil kalau kita usaha
kenal nombor 2 dan tiga
Read More