All About Love

Friday, January 12, 2018

Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar

8:24 AM
Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar
SANCTUARIA SANCTUARIA by Shaz Johar
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum


Sanctuaria mengisahkan satu tempat yang diwujudkan untuk orang-orang yang ingin bebas daripada anutan agama mereka atau paling tepat tempat yang mengamalkan ajaran sesat.Siapa yang masuk ke sana tidak akan dapat keluar semula dalam keadaaan selamat.

Tempat yang menyimpan pelbagai tanda tanya..kenapa pihak berkuasa seolah2 menutup mata dengan kewujudan tempat seperti ini.Semua penghuni di situ mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.

Yang Arif ketua Sanctuaria mempunyai kisah zaman kecilnya,yusri seorang anak muda yang lari dari kampung kerana mempunyai hubungan dengan isteri orang.Tia seorang wanita buta yang berkahwin dengan orang kuat Yang Arif iaitu O kerana O berjanji akan memulihkan penglihatan Tia namun sebaliknya dia menjadi buta dan terkurung di sana.

Sumalee ,kunci kenapa Sanctuaria tidak diserbu pihak berkuasa.Sumalee isteri Yang Arif seorang warga Thailand yang dikhabarkan telah mati dibunuh kerana mempunyai hubungan sulit dengan kerabat di raja..

Tia,orang yang menghancurkan kehidupan Yang Arif...siapa sangka dia membuatkan sanctuaria musnah.Yang Arif pula membuat keputusan yang mengemparkan negara.Yusri dan Tia berkahwin namun siapa yang datang membawa cendawan merah??

(adakah novel ni bersambung...),,MV baca guna app pnm e-reader



View all my reviews
Read More

Monday, January 8, 2018

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja

12:19 PM
Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja
credit buat Datuk Dr. Zurinah Hassan
Assalammualaikum

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja 

Anakku 
maafkanlah ibu 
meninggalkanmu setiap pagi 
melepaskan pelukanmu 
ketika kau ingin bermanja 

di meje ini mengadap kertas-kertas 
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup 
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup

Sekecil itu 
aku sudah meminta pengertianmu 
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.


(**ini yang MV lalui di saat MV terpaksa menghantar anak seusia 3 bulan ke Taska...semoga anak-anak MV mengerti dan memahami pengorbanan ni)
Read More

Nasi AYam Katanya

11:05 AM
Nasi AYam Katanya
Assalammualaikum

Image may contain: food
nasi ayam stim bersama sup kundur
NAsi ayam stim bersama sup kundur...permintaan dari abang haikal...katanya lama sudah mama nda masak nasi ayam...Jadi Sabtu lepas mama tunaikan permintaannya..kalau ikutkan malam jumaat tue mau masak sudah nasi ayam,

Tapi satu kejadian yang berlaku ke atas kakak Ayu buat MV sekeluarga terkejut dan berurusan lama di balai polis.Betullah orang cakap.orang ni jangan kita pandang dari luaran.Nampak baik berbaju melayu berkopiah..apatah lagi dalam masjid..

Memang tak sangka lah kejadian tue boleh berlaku..Syukurlah Allah masih melindungi anak MV daripada kecelakaan...kecewa dengan penerimaan pihak polis ...takpe lah...pelakunya pasti akan ditemui juga nanti....oh ya berbalik kepada nasi ayam tadi

Resepi macam biasa simple jer...buat nasi ayam stim dan sup kundur...kalau nasi ayam mcm ni anak cakap mama teror ..sedap lagi dari yang di kedai..hahaha..bangga mama...ni resepi turun temurun dari mama dan bapa MV...

walaupun x sesedap yang mereka buat tapi anak cakap mama pandai macam ahmah dan ahtong(maknanya berjaya lah tue kan)
Read More

Saturday, January 6, 2018

Redeem Day Kak Kiah Cake House

7:30 AM
Redeem Day Kak Kiah Cake House
Assalammualaikunm


Image may contain: 4 people, people smiling
Bawa kakak Ayu dan wani redeem dar for lesung pipitmu lawa bussku

Alhamdulillah...rezeki tahun baru...kali kedua berpeluang redeem kak dari Kak Kiah Coffee House..Kali ni redeem day for lesung pipitmu lawa bussku!!!

Anak-anak MV semua ada lesung pipit...cumanya abang haikal tak nampak sangat...dia marah baru nampak..jadi MV bawa kakak Ayu dan wani sahaja..Syamimi tiada time ni..dia di sekolah makanya dapat lah dorang air chinese tea dan 1 slice cake seorang...

Saja bagi dorang happy..MV bawa dorang pergi redeem di Kak Kiah cake house di kingfisher...terima kasih bagi peluang macam ni kat orang ramai....semoga terus dimurahkan rezeki.Amin
Read More

Friday, January 5, 2018

Review Novel: SAMAR-Dayang Noor

9:14 AM
Review Novel: SAMAR-Dayang Noor
SAMAR SAMAR by Dayang Noor
My rating: 4 of 5 stars


Kisah kehidupan orang atasan...kehidupan yang bersalut dengan dosa. Kisah ALina menjadi pelacur kerana dijual ayah sendiri..Kisah Kelly si Pembunuh upahan yang licik yang sentiasa berubah watak..Kisah Juan anak yang dibuang ibubapanya..Kisah Atirah si janda muda...Kisah Datuk Sahar dan keluarganya....

Mereka semua dari latar belakang yang berbeza tapi berhubung kait dengan kisah Keluarga Datuk Sahar.Siapa sangka Juan adalah anak saudara athirah...Dan siapa juga menyangka 2 anak lelaki Datuk sahar bukan anak kandungnya...

Itu semua kerana kesilapan Datin Saedah yang tewas dengan hawa nafsunya...Alina dan Kelly pula ada hubung kaitnya dengan anak2 Lelaki datuk Sahar,,,Datuk sahar membunuh Datin Saedah sebelum dibunuh kelly...

Cuma nasib juan tidak diketahui..kerana novel ni endingnya adalah juan berhadapan dengan 2 orang bapa saudaranya dan Kelly aka azwa yang pernah menjadi teman tidurnya.Dia cuma berharap kak Alina mampu meyelamatkanya

View all my reviews
Read More

Tahun Baru 2018

7:30 AM
Tahun Baru 2018
Assalammualaikum...

semua sudah bersekolah...
Alhamdulillah..sudah 5.1.2018 sekarang..lima hari di tahun 2018.Permulaan baru bagi syamimi yang melangkah ke tabika..Suasana baru juga buat haikalayuwani yang berpindah sekolah..semuanya bersekolah di sekolah baru yang satu sesi...

Alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru..dan dapat kawan baru...buat syamimi mungkin tiada perubahan sebab masih sekolah yang sama cuma berbeza kelas dan uniform sahaja

cermin mata baru 
untuk tahun baru...semua kelengkapan MV sediakan tak lupa juga untuk cermin mata baru buat haikalayuwani.rm58 frame sekali kanta di one and optic 1borneo ...alhamdulillah dapat buat yang murah dan berkualiti....


Read More