All About Love

Monday, January 8, 2018

Nasi AYam Katanya

11:05 AM
Nasi AYam Katanya
Assalammualaikum

Image may contain: food
nasi ayam stim bersama sup kundur
NAsi ayam stim bersama sup kundur...permintaan dari abang haikal...katanya lama sudah mama nda masak nasi ayam...Jadi Sabtu lepas mama tunaikan permintaannya..kalau ikutkan malam jumaat tue mau masak sudah nasi ayam,

Tapi satu kejadian yang berlaku ke atas kakak Ayu buat MV sekeluarga terkejut dan berurusan lama di balai polis.Betullah orang cakap.orang ni jangan kita pandang dari luaran.Nampak baik berbaju melayu berkopiah..apatah lagi dalam masjid..

Memang tak sangka lah kejadian tue boleh berlaku..Syukurlah Allah masih melindungi anak MV daripada kecelakaan...kecewa dengan penerimaan pihak polis ...takpe lah...pelakunya pasti akan ditemui juga nanti....oh ya berbalik kepada nasi ayam tadi

Resepi macam biasa simple jer...buat nasi ayam stim dan sup kundur...kalau nasi ayam mcm ni anak cakap mama teror ..sedap lagi dari yang di kedai..hahaha..bangga mama...ni resepi turun temurun dari mama dan bapa MV...

walaupun x sesedap yang mereka buat tapi anak cakap mama pandai macam ahmah dan ahtong(maknanya berjaya lah tue kan)
Read More

Saturday, January 6, 2018

Redeem Day Kak Kiah Cake House

7:30 AM
Redeem Day Kak Kiah Cake House
Assalammualaikunm


Image may contain: 4 people, people smiling
Bawa kakak Ayu dan wani redeem dar for lesung pipitmu lawa bussku

Alhamdulillah...rezeki tahun baru...kali kedua berpeluang redeem kak dari Kak Kiah Coffee House..Kali ni redeem day for lesung pipitmu lawa bussku!!!

Anak-anak MV semua ada lesung pipit...cumanya abang haikal tak nampak sangat...dia marah baru nampak..jadi MV bawa kakak Ayu dan wani sahaja..Syamimi tiada time ni..dia di sekolah makanya dapat lah dorang air chinese tea dan 1 slice cake seorang...

Saja bagi dorang happy..MV bawa dorang pergi redeem di Kak Kiah cake house di kingfisher...terima kasih bagi peluang macam ni kat orang ramai....semoga terus dimurahkan rezeki.Amin
Read More

Friday, January 5, 2018

Review Novel: SAMAR-Dayang Noor

9:14 AM
Review Novel: SAMAR-Dayang Noor
SAMAR SAMAR by Dayang Noor
My rating: 4 of 5 stars


Kisah kehidupan orang atasan...kehidupan yang bersalut dengan dosa. Kisah ALina menjadi pelacur kerana dijual ayah sendiri..Kisah Kelly si Pembunuh upahan yang licik yang sentiasa berubah watak..Kisah Juan anak yang dibuang ibubapanya..Kisah Atirah si janda muda...Kisah Datuk Sahar dan keluarganya....

Mereka semua dari latar belakang yang berbeza tapi berhubung kait dengan kisah Keluarga Datuk Sahar.Siapa sangka Juan adalah anak saudara athirah...Dan siapa juga menyangka 2 anak lelaki Datuk sahar bukan anak kandungnya...

Itu semua kerana kesilapan Datin Saedah yang tewas dengan hawa nafsunya...Alina dan Kelly pula ada hubung kaitnya dengan anak2 Lelaki datuk Sahar,,,Datuk sahar membunuh Datin Saedah sebelum dibunuh kelly...

Cuma nasib juan tidak diketahui..kerana novel ni endingnya adalah juan berhadapan dengan 2 orang bapa saudaranya dan Kelly aka azwa yang pernah menjadi teman tidurnya.Dia cuma berharap kak Alina mampu meyelamatkanya

View all my reviews
Read More

Tahun Baru 2018

7:30 AM
Tahun Baru 2018
Assalammualaikum...

semua sudah bersekolah...
Alhamdulillah..sudah 5.1.2018 sekarang..lima hari di tahun 2018.Permulaan baru bagi syamimi yang melangkah ke tabika..Suasana baru juga buat haikalayuwani yang berpindah sekolah..semuanya bersekolah di sekolah baru yang satu sesi...

Alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru..dan dapat kawan baru...buat syamimi mungkin tiada perubahan sebab masih sekolah yang sama cuma berbeza kelas dan uniform sahaja

cermin mata baru 
untuk tahun baru...semua kelengkapan MV sediakan tak lupa juga untuk cermin mata baru buat haikalayuwani.rm58 frame sekali kanta di one and optic 1borneo ...alhamdulillah dapat buat yang murah dan berkualiti....


Read More

Friday, December 29, 2017

Review Novel : Paranormal-Hani Suraya

8:29 AM
Review Novel : Paranormal-Hani Suraya
Paranormal Paranormal by Hani Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Assalammualaikum...

Lagi novel mv baca dari pnm e-reader..MV baca pada 28.12.17 dan habis pada 28.12.17....seronok novel ni...

Paranormal mengisahkan sekumpulan anak muda yang bekerja sebagai penyiasat kes paranormal. kesemua mereka mempunyai kelebihan masing2..

erti kata lain bukan manusia biasa tapi mempunyai sixth sense..satu kes yang mereka terima membuatkan mereka terkejut...

ditambah pula ada antara mereka menjadi buruan orang yang tamak dan tidak beperki kemanusiaan...

View all my reviews
Read More

Thursday, December 28, 2017

Review:Novel PATUNG-Muhammad Fatrim

8:51 AM
Review:Novel PATUNG-Muhammad Fatrim
PATUNG PATUNG by Muhammad Fatrim
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum...

Novel ni pinjam melalui app pnm e-reader...terima kasih adanya app ni dapatlah baca buku yang teringin nak baca


Kerana mahu kekal cantik..seorang perempuan perlu dikorbankan setiap tahun untuk dia kekal nampak muda dan cantik serta mengekalkan haruman bunga yang ada di dalam rumah Banglo itu..Manakala mangsa yang dikorbankan dijadikan patung sebagai koleksi...

Patung sebuah karya yang unik...bila mula-mula baca rasa kesian terhadap watak orked yang kehilangan ahli keluarganya..ditambah pula ugutan daripada uncle dan auty yang mahukan rumah banglo pusaka aka puaka

Kehadiran Melur patung yang pandai berkata-kata menimbulkan pelbagai masalah...setiap kali orked disusahkan oleh seseorang pastinya orang itu akan menerima nasib yang ngeri ....tapi kenapa patung itu meminta bantuan.....

Orked pula secara perlahan2 berubah menjadi orang lain..bukan seperti orkednya yang dahulu...Aspalela!!siapa dia...kenapa dia setia kekal di rumah banglo itu.Misterinya kenapa gambar nenek orked yang berkebaya merah tiada di dalam frame...

Dalam novel ni juga ada menceritakan Queen Sarah yang hilang dalam novel asrama..tragisnya apa yang Sarah alami....tapi apa kaitannya dengan Orked dan cerita ni...

Jom baca..pasti ada teruja


View all my reviews
Read More

Wednesday, December 27, 2017

Sijil Penghargaan

2:45 PM
Sijil Penghargaan
No automatic alt text available..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah berjaya menjalankan tugas dan amanah sebagai Pengerusi Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS  tahun 2017...insyaallah akan meneruskan tugasan dan amanah ini pada tahun seterusnya sebelum menyerahkan  kepada JawatanKuasa baru yang akan dilantik....

Image may contain: drink

Bermula dari tahun 2012 masa tu MV sebagai AJK Biro Keselamatan sahaja...tahun ni yang diupgrade jawatan ke Pengerusi ...Semoga tahun depan apa yang dirancang berjalan lancar.terima kasih buat semua warga pendidik dan juga buat rakan-rakan jawatankuasa Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Semoga tahun depan kita akan lebih bekerjasama dan menyokong apa yang dirancang warga pendidik 
Read More