All About Love

Monday, October 16, 2017

Amaran Cuaca Buruk

3:12 PM
Amaran Cuaca Buruk
Assalammualaikum

Amaran Cuaca Buruk

(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 11:14am pada 16 Oktober 2017


Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran), WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis, 19 Oktober 2017.


Semoga berhati-hati buat penduduk kawasan berkenaan...gambar ni mama MV yang foward..angin kuat buat pokok tumbang dan menghempap rumah berdekatan..ada juga yang atap zink mereka tercabut...

hujan dari sabtu lepas ..hari ni masuk hari ketiga...dijangka akan beterusan sehingga khamis....semoga berhati-hati semua
Read More

Kad bank islam

11:46 AM
Kad bank islam
Assalammualaikum...

Pemegang kad bank islam yang menukar kad bank mereka sebelum September 2016 walaupun kad itu ada pay wave dan my debit disarankan untuk menukar kad bank semula sebelum mengalami masalah tidak dapat mengeluarkan duit ...

Ini terjadi pada MV...yakin ...kan sudah ada pay wave dan my debit..bila dapat sms dari bank MV abaikan ....sekali baru-baru ni..mau kuarkan duit di bank nda dapat...rupa-rupanya kad sudah tak aktif...

Terpaksa ke bank islam berdekatan...bila ke bank pegawai bank bagitau...siapa yang buat sebelum september 2016 memang kena buat balik..sebab bank islam lambat buat untuk pertukaran kad bank haritu..

Dan yang bestnya kad bank islam yang baru ni cantik..sampai suami pun cakap...cantiknya kad bank sayang...macam 3d...hihi
Read More

Review: Titian Cinta-Ridhya Iman

9:12 AM
Review: Titian Cinta-Ridhya Iman
Titian Cinta Titian Cinta by Ridhya Iman
My rating: 5 of 5 stars

Dendam yang akhirnya membuatkan ada yang terluka terseksa dan teranayai ...Kesilapan seorang ayah ..keegoan dan ketamakan seorang isteri menyebabkan orang lain yang menanggung derita...Cinta tak kenal siapa...

macam mana seorang isteri tetap menjaga aib suaminya walaupun dia diberi layanan teruk..berhadapan dengan suami yang panas baran dan kuat cemburu....watak aisy sangat sabar melayan watak Harris...

Sofea ...kawan yang sanggup mengkhianti kawan baik sendiri dengan alasan tidak mau aisy lebih dari dia..sanggup memporak perandakan rumah tangga kawan baik sendiri untuk kepentingan ..Rayyan...dendam yang akhirnya membuatkan dia kehilangan Aisy....

Kalau tgk drama memang sakit hati sebab konflik yang ada dan watak Puan sri Nora..tapi kalau baca novel rasa sakit hati tue hilang..sebab kalau novel konfliknya nda lah menyakitkan hati sangat

View all my reviews
Read More

Friday, October 13, 2017

Fattah Amin 1234U: Official Music Video

7:30 AM
Fattah Amin 1234U: Official Music Video

Assalammualaikum..

Lagu baru Fatah Amin bertajuk 1234u mencuit hati MV..sebab mendapat sentuhan daripada Aizat Amdan...

suka jer lagu ni...korang suka ker,,,walaupun ramai juga yg kutuk 


Read More

Thursday, October 12, 2017

Lagu A.E.I.O.U

4:46 PM
Lagu A.E.I.O.U

Assalammualaikum,,


Syamimi nyanyi lagu baru semalam...

"aeiou  aeiou  aeiou..a ayam bunyi kok kok kok  e  panggil emak emak  i ikan berenang di dalam kolam o otak yang bijak u ular membelit"


Seronok syamimi menyanyi....sampai mama pun terjoin sekali 

Read More

Wednesday, October 11, 2017

43 Hari Menunggu Gaji

9:28 AM
43 Hari Menunggu Gaji
Assalammualaikum


11.10.2017 bersamaan Rabu merupakan gaji bulan oktober untuk penjawat awam persekutuan..Gaji ini diawalkan untuk persiapan mereka yang menyambut depavali pada 18.10.2017(rabu)

Maka start esok bermulalah 43 hari menunggu gaji yang seterusnya...so kena pandai guna duit...MV hari ni settlekan bayaran yang patut..macam yuran sekolah dan bayaran kereta...selepas tu baki duit simpan di bank...

Kena displin supaya tak boros...tempoh 43 hari akan dilalui dengan sederhana...kalau boros nanti duit minyak mau kerja pun tiada...jadi tutup mata dan telinga lah....dari tengok dan dengar mana2 sale yang terdekat terutamanya lazada..hahaha...

mari sama-sama mengharungi 43 hari yang akan mendatang ni....hahaha
Read More

Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita

8:26 AM
Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita

Assalammualaikum....

Awak Suka Saya Tak?-Melur Jelita edisi terkini...MV belum pernah baca pun edisi lama...ni pun nampak kawan punya ig..tajuk nampak menarik lepas tue penulis dia Melur Jelita..namanya pun sudah buat kita tertarik...

Beliau merupakan Novelis Terbaik Anugerah Buku Negara 2016..sedikit sinopsis novel ni:-

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

” Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong

” Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong

” Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha(sumber SINI)

dan juga telah diadaptasi sebagai drama lakonan emma maembong dan alvin chong...nampaknya ni akan masuk dalam list novel yang MV nak baca,,,,
Read More