Assalammualaikum
Amaran Cuaca Buruk
(Peringkat Kuning)
Dikeluarkan pada : 11:14am pada 16 Oktober 2017
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran), WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis, 19 Oktober 2017.
Semoga berhati-hati buat penduduk kawasan berkenaan...gambar ni mama MV yang foward..angin kuat buat pokok tumbang dan menghempap rumah berdekatan..ada juga yang atap zink mereka tercabut...
hujan dari sabtu lepas ..hari ni masuk hari ketiga...dijangka akan beterusan sehingga khamis....semoga berhati-hati semua