All About Love

Wednesday, July 19, 2017

Perubahan Cuaca

11:00 AM
Perubahan Cuaca

Assalammualaikum...

menunggu giliran at hospital likas
Perubahan cuaca yang berlaku sekarang sekejap hujan sekejap panas..membuatkan badan kita terkejut...MV pun turut merasai kesan daripada perubahan itu..malam jumaat lepas ...balik sekolah wani terus tidur..

bila abang dia pergi bilik terus cakap "ma wani demam..panas badan"..so dalam jam 11..MV suru dia bangun mandi bagi hilang panas..masa tu syamimi baru mau tidur..kebetulan time ni tengah baking kek untuk majlis raya sekolah agama dorang...
sekali demam dua orang 
bila siap MV ajak lah wani dan syamimi naik ke bilik..sekali pegang badan syamimi..alamak..panas juga...dua2 panas..masa tue sudah jam 1.pagi lebih...MV berjaga..lapkan badan dorang dengan kain basah bagi turun suhu..

dalam jam 5.00 suhu bdan syamimi makin naik...MV kejutkan suami cakap jom pegi hospital likas...tapi tiba-tiba hujan lebat pula..so tunggu hujan redah sikit baru jalan..sampai hospital dalam jam 5.50 pagi..

kami terima rawatan 7.30 pagi sebab tunggu doktor sampai..pertukaran shift...tapi masa menunggu 1 jam 30 minit tu..syamimi termuntah..wani pula asyik mengomel..mana ni..kenapa belum kena panggil...

Syukur lepas makan ubat..suhu dorang menurun..walaupun lepas tue naik balik..sekarang ni dua2 ni pun masih demam...semoga cepat sembuh anak-anak mama
Read More

Rm10 Time Challenge

8:30 AM
Rm10 Time Challenge


Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki menang RM 10 untuk mission Rm10 Time Challenge july 2017 kat 8share...bukan hanya dengan share iklan satu klik rm0.20 tapi boleh dapat tambahan earning mudah dengan join mission...

Siapa2 yang belum daftar ..mari lah daftar kat sini
Read More

Tuesday, July 18, 2017

Aku Negaraku Menjadi Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah

12:06 PM
Aku Negaraku Menjadi Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah
Assalammualaikum

Ku sedar Tanah Air Aku Bertuah
Disini Tempatku Berjasa
Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini
Malaysia ku Terhutang Budi

**chorus**

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku Maju
Negaraku Tanah Tumpah Darahku

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Selamanya Aku Negaraku

Satu

Kita Bersama Membina Masa Depan
Semangat Setinggi Angkasa
Kita Bersama Bersyukur Pada Tuhan
KepadaNya kita Berserah

Ulang **Chorus x1

Ku laungkan Namamu Keseluruh dunia
Malaysia Aku Bahagia

Ulang **Chorus x 1
Aku Negaraku(sumber dari sini)


**Haikalayu minta MV cari lagu ni sebab sekarang lagu ni menjadi lagu wajib semasa perhimpunan di sekolah.So ada 4 Lagu yang wajib :-

  1. NEGARAKU 
  2. LAGU RASMI NEGERI 
  3. LAGU RASMI SEKOLAH 
  4. AKU NEGARAKU 
Read More

Diet ATkins

9:38 AM
Diet ATkins
Assalammualaikum....


Ingat lagi entry 2 Bulan diet Atkins MV ...masa ni mula-mula memilih untuk berdiet atkins kerana berat badan yang naik mendadak ke 73kg...atas dorongan dan kejayaan kakak MV sendiri...
Image may contain: 2 people, people standing
ni kakak MV...pinjam gambar sekejap..mv jarang ambik gambar full body sebab tiada tukang snap..biasa selfie muka yang tak berapa cute tue saja
Dia berjaya so MV pun mencuba lah..pada tahun 2015 MV tak strict sangat ikut atkins ni sebab syamimi still BF..alhamdulillah masa tue MV turun sampai 63 kg...selepas tue MV terus ke fasa 4 ...berat naik ke 65 tapi inchloss kira oklah...

Cuma masa raya baru-baru ni..berat MV naik 3.7 kg..hahaha,,siap naik inchi lagi,,makanya selasa lepas MV mula berdiet atkins fasa 1 semula....untuk kamu  yang belum tahu apa itu diet atkins..


Mv terangkan sedikit:-

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga
. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Prinsip Diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, dan alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

Kebanyakan diet anda akan berlapar. Apabila anda melakukan Atkins tidak perlu berlapar.
Kebanyakan diet perlu mengira kalori. Apabila anda melakukan Atkins tidak ada perlu untuk mengira kalori.
Kebanyakan diet anda masih ketagih makanan karbohidrat tinggi & manis. Apabila anda melakukan Atkins, anda dengan cepat akan belajar bagaimana untuk mengatasi ketagihan anda.
Kebanyakan diet anda tidak akan belajar bagaimana untuk membuat peralihan beransur-ansur kepada penyelenggaraan seumur hidup.

Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun anda mengehadkan makanan berlemak, anda masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula.(sumber SINI)

Diet ni ada 4 Fasa :-

Fasa 1: Induction (Induksi/Pengenalan)
Fasa 2: Ongoing Weight Loss (Susut Berat Badan Berterusan)
Fasa 3: Pre-Maintenance (Pra penyelenggaraan)
Fasa 4: Lifetime Maintenance (Penyelenggarann Seumur Hidup)

macam MV...MV bermula dengan Fasa 1..berbanding sebelum ni...

Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan):
Had 20 gram karbohidrat semasa Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram sehari, simpanan glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari), anda akan mengalami ketosis, mula rasa sedikit lemah atau pening, tapi jangan bimbang, apabila lemak anda mula ditukar menjadi bahan bakar, anda akan merasa segar bugar. Selepas itu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. Induction akan memperkuatkan sistem kekebalan tubuh anda dan juga meningkatkan kesihatan kita jangka panjang. Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Anda juga boleh meninggalkan fasa ini apabila hanya tinggal 6kg dari berat idaman.

Dilarang makan Semasa Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)

  1. Semua jenis nasi, roti, bijirin, oat, mee & spagetti.
  2. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  3. Semua jenis buah-buahan atau jus buah-buahan
  4. Semua jenis minuman bergula, milo, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc)
  5. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  6. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  7. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  8. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohidrat)
  9. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak merah.
  10. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  11. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, coklat, aiskrim, twisties, nachos, popcorn & jeruk
  12. Sate yang diperap dengan gula atau madu. Keropok lekor, otak-otak & sata.


Dibenarkan dimakan Semasa Fasa 1 : Induction (Induksi/Pengenalan)

  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, telur itik, telur ikan. - telur masin, telur dadar, rebus & goreng.
  3. Ikan, udang, ketam (sotong, kerang, tiram dan kupang adalah lebih tinggi karbohidrat, hadkan pengambilan)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayuran hijau, seperti sawi, kangkung, bayam, salad, timun, rumpai laut & sebagainya.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan (hadkan kepada 2-3 keping sehari).
  7. Air kosong, air mineral, air RO - minum 8 gelas sehari atau lebih.
  8. Burger atau hotdog rendah karbohitrat(hadkan pengambilan 1-2 sehari)
  9. Makan supplement seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan menguatkan daya ketahanan badan.
  10. Semua jenis minyak, seperti minyak sawit, olive oil & sebagainya.
  11. Chewing gum sugar free. (2 or 3 biji sehari)
  12. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
  13. Mayonis dibenarkan dalam jumlah yang sedikit.
  14. Pemanis tiruan atau semula jadi(slenda, stevia) hadkan 3 hidangan sehari.
  15. Herba - semua herba segar dan sedikit herba kering - contohnya selasih, daun salam, daun bawang, daun ketumbar, oregano, rosemary dan lain-lain.
  16. Rempah - rempah seperti garam, saderi, lada cili, serbuk cili, ketumbar, jintan putih, serbuk kari, bawang putih, halia,paprika, kepingan lada merah ,Elakkan campuran rempah yang mengandungi gula atau tepung tambahan
  17. Avocado, buah zaitun, cendawan, kacang buncis, sengkuang, bendi, rebung, labu, tomato, soya kosong & tempe (kurangkan pengambilan).
  18. Limau & lemon (hadkan 2 sudu perahan limau sehari)
  19. Mana-mana sos tanpa gula tambahan yang tidak melebihi 2 gram karbohidrat sesudu besar boleh diterima.
  20. Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Walaupun tanpa gula, kafein yang berlebihan telah terbukti menyebabkan gula darah rendah, yang boleh membuat anda ketagih gula. (1 atau 2 cawan sahaja)
  21. Semua produk yang menggunakan aspartame, seperti coke light, diet coke (melambatkan penurunan bagi sesetengah orang)

Syarat-syarat Induction:
  1. Minum 8 – 10 gelas sehari, jika anda masih dahaga, anda perlu minum dengan lebih banyak. Keperluan air bergantung kepada berat badan, cuaca & aktiviti anda. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air (Penting)
  2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam sebelum jam 8.00 malam atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan (menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  3. Jangan makan lebih dari 20gram karbohidrat sehari. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label, periksa kiraan karbohitrat pada setiap paket.
  4. Makanan diproses di kilang selalunya ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang hendak dibeli untuk mengetahui kandungan karbohidrat.
  5. Jangan makan makanan yang telah disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah, kuah sering diletak tepung atau gula.
  7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi atau pasaraya besar.
  8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula atau madu. Berhati hati ketika makan di kedai, tomyam atau sup berkemungkinan ada gula dalam masakan.
  9. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti burger & hotdog (boleh makan, tidak digalakkan)
  10. Pastikan 12 hingga 15 gram karbohidrat adalah dari sumber sayur sayuran.
Nak beratkins ni kena ada semangat yang kental dan displin yang tinggi..dalam masa seminggu boleh turun 5kg kalau berdisplin tinggi..Macam MV seminggu turun 2kg jak...sebab hahaha displin ke laut...kihkih...

So korang-korang yang nak slim dan cantik serta sihat boleh dapatkan info Diet Atkins Kat SINI..sebab Yang MV share ni hanya Fasa 1...

Read More

Basikal

8:00 AM
Basikal
Assalammualaikum...

excited main basikal

Tertunai sudah impian syamimi nak beli basikal guna duit raya dia....tapi MV tak pakai habis pun duitnya...duit raya dia rm100,,MV tambah 50 lepas tu Mr Velentine tambah 50 dapat lah basikal pink harga 200..

basikal yang purple tue wani punya ,,harga 220..pun abah dia tambah dari duit rayanya,,,lepas ni...nak beli untuk haikalayu lagi abah dorang janji..bila dah beli untuk anak-anak..

nanti beli untuk mak dan abah pula..nnti kita sama-sama berbasikal katanya,,semoga dipermudahkan..AMin..
Read More

Monday, July 17, 2017

Kek Pandan Dan Kek Oren

11:58 AM
Kek Pandan Dan Kek Oren
2 jenis kek permintaan anak
Assalammualaikum

Kek pandan dan kek Oren...menggunakan resepi yang sama dengan kek coklat  cuma penggunaan perasa dan pewarna yang berbeza...

Kebetulan jumaat lepas MV buat dua kek untuk anak-anak bawa ke sekolah agama sebab ada majlis sambutan raya...masa tue buat kek coklat..dan kek pandan...alhamdulillah habis kek tue...

percubaa pertama buat kek pandan
Ahad kemarin tue..atas permintaan kakak Ayu...dia minta mama buat kek pandan sekali lagi..sebab sedap katanya...so MV kemarin buatkan 2 jenis kek..kek pandan dan kek oren...kek oren tue MV sambut dengan buah-buahan

Mv buat dua biji untuk anak-anak breakfast...senang..jimat juga lah..sebab kalau beli mahal..walaupun x sesedap yang kat kedai..yang penting penuh kasih sayang
Read More

Review Novel Sah Aku Cinta Kamu!-Hezzy Azra-

7:52 AM
Review Novel Sah Aku Cinta Kamu!-Hezzy Azra-
cinta itu perlu ada kejujuran
Assalammualaikumm

Sah Aku cinta Kamu! tulisan Hezzy Azra..Raif Imran dan Irdina Jasmin bertemu dan berkenalan di Hospital..berkawan tanpa meluahkan rasa cinta....pinangan dari ibu Raif dikala dia kerugian dalam pelaburan membuatkan dia berbelah rasa...

Namun rasa cinta mengatasi segalanya...cuma rahsia masalah kewangannya di simpan tanpa pengetahuan Irdina.Segalanya berjalan lancar sehinggalah kematian Ibu Irdina yang menyebabkan rumahtangga mereka bergolak,

Kesedihan Irdina...email misteri yang diterima oleh irdina membuatkan dia mula mensyaki Raif ..akhirnya menyebabkan hubungan yang dulu mesra menjadi renggang...ketidak jujuran Raif dipersoalkan Irdina...keegoan Raif membuatkan Irdina kecil hati,,,

Mampukan Raif memenangi semula hati Irdina sekali gus mencari siapa yang menjadi dalang dalam memporak perandakan rumah tangganya??
Read More