All About Love

Monday, March 27, 2017

PENCARIAN BLOGGER SABAH : KOMUNITI BLOGGER SABAHAN

3:01 PM
PENCARIAN BLOGGER SABAH : KOMUNITI BLOGGER SABAHAN
Assalammualaikum...

Assalamualaikum,

Nampak tajuk macam otai blog pula kan!! Padahal newbie je dalam dunia blogger ni!!! Sebenarnya Unni agak jeles dengan Blogger Utara, Blogger JDT yang selalu buat aktiviti sesama rakan blogger. Kami kat Sabah mau juga bah!! hihihihi

Allahamdulilah hasil perbincangan dengan Blogger comel kita sorang ni Junzie, kami da sepakat nak buat ''Komuniti Blogger Sabahan'' bagi mengeratkan silaturahim sesama blogger Sabah. Hope adalah sambutan kan...

Sabah kan salah satu pusat pelancongan !!1 Mana tahu boleh travel sama-sama.. In shaa Allah.. So jika kamu blogger yang kami cari boleh la hubungi kami

Subjek : Saya Blogger Sabah
Nama :
No Hp :
Lokasi :
Nama Blog : 

So boleh la sent detail kat 

Email Unni sendiri : Fitriyani.fendi91@gmail.com
Blogger Junzie : Mrshafizie@gmail.com

In Sha Allah boleh kita kumpul ramai-ramai, share pendapat, pengalaman blogger dengan Face to Face kan.. Kot-kot boleh buat gabugan dengan blogger seberang, sapa tahu.. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya...

Sapa sudi boleh la bantu kami war-warkan!!!

**MV sharekan untuk makluman blogger sabahan yang lain 

Read More

"Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"

1:34 PM
"Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"
Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
Klik Banner untuk join 
Assalammualaikum...

Klik banner untuk join..MV mencuba nasib dan tanda sokongan buat Elsa...

Ni id Instagram MV MrsVelentine dan ni email MV suzyanna_cute@yahoo.com..Jom korang join GA elsa ni ..

Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017
Read More

Bila dia mau Jadi macam mama

7:30 AM
Bila dia mau Jadi macam mama
nampak tak dia mau jadi macam mama....
Syamimi...dia cakap mau jadi macam mama..jadi terpaksa lah di kasi lukis kening tu...comel jak dia...dia bilang mau lawa macam mama..tapi nda mau gemuk macam mama...dia cakap mam gemuk hahaha...sabar lah mama ya...
Read More

Lelaki paling setia-Luna Bulan-

7:25 AM
Lelaki paling setia-Luna Bulan-
Assalammualaikum...

Lelaki paling setia..tulisan Luna Bulan.Tajuk jer pun dah tau romantik...

Mengisahkan Maryam Ar Zahra,Ali Aduka dan Fattah. 3 bersepupu yang penuh cerita.
Perkenalan maryam dengan ali aduka yang penuh dengan tragedi dan salah faham.insiden bibir berdarah.tuduhan sebagai pasangan gay.

Fattah lelaki yang seperti mafia.Walaupun bersepupu tapi layanannya mak ai sungguh x berpatutan.
Kesungguhan ali aduka...membuatkan maryam tertawan.tatkala cinta sedang bersemai maryam dipaksa bernikah dgn fattah untuk menutup malu keluarga..

Pertolongan yg diharapkan dari ali aduka x kunjung tiba.maryam menjadi isteri fattah namun hanya atas nama...

Satu tragedi berlaku..dia diceraikan talak 3.. X cukup itu...dia kehilangan kedua org tuanya..dia hilang tmpt bermanja..

Kemunculan Duke sepupunya memeranjatkan maryam..rupanya ali aduka hilang kerana memberi ruang kepada fattah abg sepupunya...

Cinta aduka dan maryam disemai kembali...fattah pula menginginkan maryam semula..
Berharap agar aduka menjadi cina buta supaya dia mendapatkan semula maryam...satu tragedi yg berlaku akhirnya membuatkan aduka dan maryam berhijrah meninggalkan malaysia..

Kena baca novel ni..sangat ringkas ceritanya tapi penuh dengan plotnya...

Read More

Sunday, March 26, 2017

Haikal Azman - Kenangan Cinta

2:00 PM
Haikal Azman - Kenangan Cinta

Cermin mata Buy 1 Free 1

7:30 AM
Cermin mata Buy 1 Free 1
satu untuk abang haikal satu untuk wani
Assalammualaikum...

Cermin mata buy 1 free 1,,,,beli satu frame percuma satu frame...alkisahnya cermin mata abang haikal hilang...MV ada cerita dalam entry INI..memang niatnya mau buat jumaat..tapi hari rabu MV call wani di kampung...

Mau tau ..dalam nada happy gembira..dia bagitau mama ..cermin mata wani patah..terpijak...tapi nda apa masih boleh gam...adui anak..ada-ada saja kerja kamu ni....bertabahlah mama...

jumaat pegi buat cermin mata...pilih frame satu untuk haikal dan yg free satu lagi untuk wani...harga frame 78..untuk cermin 45 ringgit darab 2..jadi lah 90 tambah 78..total semua 168...

Ini kali ketiga tukar cermin mata untuk dorang..harap2 takdalah hilang dan rosak lagi..pokai mama macam ni anak oi
Read More

Saturday, March 25, 2017

Lafazkan Kalimah cintamu & Minah cengey hati tisu

11:30 AM
Lafazkan Kalimah cintamu & Minah cengey hati tisu
pilih dua novel ni
Assalammualaikum....

Dia sudah datang....apa yang sudah datang...Kegilaan membeli novel..MV ni pantang ke 1Borneo mesti mau naik pegi Popular....tambah-tambah lagi gaji kan...Misi sebenarnya ke 1 borneo adalah buat cermin mata baru untuk abang haikal dan kakak wani...

Tapi mama terjebak menambah koleksi Novel....kebetulan pula ada rebate...apa lagi rambang mata sekejap ok...hahaha..tapi MV dah set ...kena pilih dua jer...next month lagi...

sebab bulan ni sudah beli Teman Roh tulisan Fatrim Syah....yang dua ni MV pilih Lafazkan Kalimah cintamu tulisan penulis febret MV iaitu Siti Rosmizah dan Minah Cengey Hati Tisu Tulisan Aifa Batrisya....

Beli dua novel ni rm44.00 jer...harga sebenar Rm56.90 tapi lepas rebate kurang lah 12.90...berbaloi lah kan....untuk si kaki novel...tapi nda boleh shopping banyak sebab lari bajet sudah bulan ni..sebab buat cermin mata anak-anak....

Nanti MV cerita di next entry

Read More