Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi. Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya. Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa. Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah. Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal. Credit to Kepalabergetar (***nak follow tak sempat tengok online jer lah...tq tue blog kepala bergetar)
1. FOLLOW BLOG NI ( * letak link di comment untuk saya check balik * )
2. FOLLOW INSTAGRAM SAYA ( * letak link di comment untuk saya check balik * )
3. CLICK NUFFNANG DI BLOG INI.
4. REPOST BALIK ENTRY " BACK TO SCHOOL GIVEAWAY " INI DAN TINGGALKAN LINK DI RUANG COMMENT DI BAWAH * Hanya di post ini sahaja *
Hanya yang tepati semua syarat diatas sahaja yang layak untuk join dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah dibawah !!
Senarai Hadiah :-
x1 CUSTOM MADE NOTEBOOK
( Boleh order design notebook macam mana yang awak suka )
X2 READY MADE NOTEBOOK
X2 CUTE MAKE UP BAG / PENCIL BOX
X5 RANDOM STATIONARY FOR SCHOOL
Okay gambar kat atas cuma contoh sahaja, tapi barang dia memang nak dekat sama dengan gambar yang saya tunjuk, saya tak tunjuk sebab nak surprise korang so jangan rasa tetipu lak.
So wish you guys goodluck.
Giveaway akan tamat bila saya rasa macam nak tamatkan. So cepat-cepat join :D
Budak baru sekolah..dulu baju biru(kemas) sekarang baju putih...serius kematangan kamu buat mama rasa ..wah anak mama sudah besar....siapa sangka dia ble bedikari...betul orang cakap..ibu2 ni selalu jak risau...
Tapi anak2 sebenarnya boleh saja buat....buat masa ni..MV masih bawakan dia bekal ke sekolah untuk pagi dan petang..makan tengahari pun MV sediakan sekali...maksudnya masak untuk 3 kali punya makanan....
Syukurlah anak2 MV nda cerewet..cuma sedikit risau pasal wani...beli nugget 3 ketul patutnya rm1.50..dia bagi rm2..dik kerana bunyi lonceng dia terus lari tanpa ambik baki..bukan sekali tapi sdh dua kali...huhu...
lepas ni kena bagi dia duit syiling jer kot..yang 50sen supaya senang bayar..kan...kamu rasa?
Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dilaporkan telah Meninggal Dunia pada jam 1.20 tengahari tadi di IJN Samarahan. Innalillahiwainailaihiraajiunn. Alfatihah
Kehilangan seorang pemimpin yang berani bersuara dan humble...semoga keluarga arwah tabah menerima pemergiaan beliau.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Kehilangan ini juga turut dirasai oleh rakyat negeri Sarawak..Salam takziah dan al-fatihah
Kerana Anisa mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi ‘guru’ dan penguat semangatnya.
Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.
Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin dan selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.
Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.(sumber Siakapkeli) Kerana anisa..drama yang mengantikan Drama Lara cinta ameena....bukan drama adaptasi novel...dan yang buat MV tertarik adalah Zara ZYa...lama sudah tak nampak dia berlakon....tambahan pula Watak Fahrin Ahmad dalam ni memang mengeramkan...dan Pak Samad(Aman Graseka) kalau dalam 7 hari mencintaiku sebagai seorang ayah yang baik..kali ni...wataknya sangat berlainan.... Watak syukri pula MV memang suka lakonannya..tapi namanya baru tahu hari ni "Mustaqim Bahadon"....ni kira kali pertama dapat watak utama...mari kita tengok..dapat kah dia menarik perhatian kamu pula....hihi kalau nak tengok drama ni kena kental..hahaha..kenapa..sebab part Anisa dipukul suami ...adui...dipaksa kawin.....dan bapa yang garang....memang sangat menyentuh hati..MV baru tengok episod 1 haritu... nak kena tengok online lah ni...kat Tonton