All About Love

Tuesday, September 27, 2016

OST Abang Bomba i Love You jaga-jaga by Amira Othman

7:30 AM
OST Abang Bomba i Love You jaga-jaga by Amira Othman
Assalammualaikum...

Pabila mengungkap kata cinta
Manis bicara oh semanis gula
Lidah lelaki harus waspada
Lihat baik buruknya

Aku bukan si dara biasa
Dambakan kasih nak dimanja-manja
Lidah ku tajam bila berkata
Niat di hati cuma untuk berjaga-jaga

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi
Tiada ganti indahnya suaramu

Bagaikan lagu yang membayangi diriku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta irama di hatiku

Ku bagaikan mawar yang berduri
Cantik dipandang takut didekati
Andai hanya nak bertarik tali
Baik kau undur diri

Namun harusnya ku mengakui
Sebenarnya hati telah kau curi
Siang dan malam silih berganti
Walau tujuh purnama ku tetap setia

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi
Tiada ganti indahnya suaramu

Bagaikan lagu yang membayangi diriku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta irama di hatiku

Usik mengusik bergurau senda
Batasnya jangan dilupa
Sucinya cinta elok dijaga
Hingga terbina istana

Engkaulah lagu yang menemani diriku
Selama-lama terus menyanyi
Tiada ganti indahnya suaramu

Bagaikan lagu yang membayangi diriku
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta irama di hatiku

Engkaulah lagu
Engkaulah lagu
Seumpamanya melodi terindah
Telah tercipta irama di hatiku 

Read More

Monday, September 26, 2016

Wajah seiras cinta

7:30 AM
Wajah seiras cinta
tq Sha untuk hadiah ni
Assalammualaikum....

Wajah seiras cinta. sebuah novel yang menarik..hadiah daripada seorang blogger... iaitu SHA penulis blog kasihku Amani Imani..tak sangka dapat hadiah dari sha...sebab hadiah ni suprise...

Terima kasih sha untuk hadiah ni.nanti MV dah habis baca MV buat review k...tq..
Read More

Sunday, September 25, 2016

10 ways to reduce belly fat

7:30 AM
10 ways to reduce belly fat


Assalammualaikum...

MV kongsikan untuk siapa2 yang mengalami masalah seperti Ini...MV buat no.2,8,9,4 dan 6...alhamdulillah ada sedikit susut,,kalau tak asyik kena tanya..mengandung kah...berisi lagi...

Annoying betul...
Read More

Saturday, September 24, 2016

Popia Ayam

2:00 PM
Popia Ayam
Popia untuk sarapan
Assalammualaikum...


Throwback jer...mood rajin datang...mengulung popia ayam untuk sarapan rabu lepas....Masa mengulung ni tengah lawan game JDT Vs South China ...AFC cup...JDT menang 2-1... tahniah.,,

Popia Ayam ni dalam 42 biji....saja gulung banyak2..sebab petang pun boleh makan lagi kan...MV ni kalau rajin datang..rajin lah..kalau malas sampai...hahaha...jer....
Read More

Cpuv -KFC CHEESY ONION CRUNCH-

7:30 AM
Cpuv -KFC CHEESY ONION CRUNCH-


Assalammualaikum,,,

Alhamdulillah dapat satu lagi iklan cpuv dari nuffnang ...Cpuv -KFC CHEESY ONION CRUNCH-

set pilihan makanan baru di KFC dengan harga yang mampu milik RM12.50 ada 2 ketul ayam ,coslow,kentang putar,air dan cheese & onion sauce..sauce nya di simpan berasingan....

sapa2 yang nak ke KFC boleh lah try set ni..MV masa pegi baru2 ni x ambik set ni..walaupun staf tue promote..haha..sebab set memang nak makan snack plate saja...


mari cuba KFC CHEEST ONION CRUNCH di cawangan KFC berhampiran anda...

Read More

Friday, September 23, 2016

Kunci Riak

2:30 PM
Kunci Riak

Assalammualaikum....

Kunci riak itu ialah apabila merasakan diri itu hebat.

**peringatan kepada diri sendiri dan unutk muhasabah diri.
Read More

Drama -Patahnya Sebelah Sayap-

7:30 AM
Drama -Patahnya Sebelah Sayap-
Assalammualaikum...

Image result for drama patahnya sebelah sayap
pinjam google 
Drama Patahnya sebelah sayap ni bagi MV menarik ceritanya ditambah pula pelakonnya yang berbakat. Umi Nazeera , Wawa Zainal, Aeril Zafril dan Izzue islam...Semalam ada tengok ceta ni memang best.

Sedikit sinopsis drama ini :-

Seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.

Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.

Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.…(sumber dari SINI)


**suka cerita yang macam ni memang ada dalam masyarakat kita sekarang 
Read More