Monday, September 5, 2016
Sunday, September 4, 2016
Jeruk Betik Asamboi
Donut lembut Dan gebu
Saturday, September 3, 2016
Kes Jangkitan virus zika pertama di sabah
Assalammualaikum
KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia semalam, membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya di Likas, di sini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit mengalami demam pada 27 Ogos lalu dan mendapatkan rawatan kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos.
Bagaimanapun, katanya, warga tua terbabit mengalami demam lebih teruk, sakit otot dan cirit-birit keesokannya, sebelum mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.
"Oleh kerana pesakit menghidap tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan gout, keadaannya didapati serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di HQE 2.
"Walaupun keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukkan darah dan air kencing sampel pesakit didapati positif jangkitan Zika, keadaannya yang agak serius mungkin bukan disebabkan jangkitan Zika tetapi penyakit lain," katanya dalam kenyataan di sini, ( sumber Dari berita harian)
Mv kongsikan sedikit berita mengenai Kes Jangkitan virus zika pertama di sabah . Berhati2 lah Buat semua terutamanya Buat ibu Yg mengandung.
Untuk berita selanjutnya baca di www.bharian.com.my