All About Love

Saturday, April 16, 2016

Kerongsang

2:00 PM
Kerongsang
Assalammualaikum....

Harap2 bertahan lah
Ni lah masalah orang perempuan...Kerongsang.beli banyak mana pun memang akan selalu takda kerongsang.Ni memang masalah MV selalu lalui...bulan ni beli 8 biji..bulan depan tinggal 2 biji...

Apatah lagi bila ada anak dara,,,pandai jer pinjam tapi lepas tu hilang...pinjam tapi kerongsang tue terus pin kat tudung ...nda sudah di buka-buka...

Jumaat MV beli 8 biji kerongsang..dengan harapan bertahanlah selama mana yang mampu..hahaha...8 biji rm10...huhu...bertahan lah...apa nak buat..

kamu ada juga kah masalah macam ni
Read More

Mula Bertudung

7:30 AM
Mula Bertudung
Assalammualaikum....


With Kakak AYu
Alhamdulillah ...Kakak Ayu mula bertudung bila kuar berjalan..Dia start bertudung masa kami ke Hospital temujanji mata Abang haikal...

ni first time dia bertudung sendiri
MV tak suru..tapi dia yang nak...so MV doakan kakak terus bertudung.Dan jadi anak yang solehah ya kakak..Mungkin masih baru tapi teruskan saja ya...dia cakap Ustazah leih suka tengok kakak pakai tudung...cantik..manis..

Mama pun suka kakak.Sejuk mata memandang.
Read More

Friday, April 15, 2016

Seorang Lagi Rabun Dekat

7:30 AM
Seorang Lagi Rabun Dekat

Assalammualaikum...
lepas ni budak kaca mata will be 3
Rabu,13.04.2016 MV bawa abang Haikal Temujanji Di Klinik Mata Hospital Queen Elizebeth II KOta Kinabalu .MV bawa abang haikal check mata sebab dia selalu sakit kepala.

Then bila bawa check mata kat kedai..ada Rabun Jauh 50 silau 50...terus buat keputusan untuk minta check dengan doktor yang check Kakak AYu.

Semalam Bila check baru tau yang abang pun ada rabun dekat...mata dia tak boleh fokus sangat sebab tue dia pening...lepas taruh ubat...baru doctor check semula..mula-mula tue doktor memang dah pasti yang dia bukan rabun jauh tapi rabun dekar...

Lepas periksa kali kedua.Baru doktor yakin...masa tue degree rabun dekat 150 dan silau 50..tapi doctor tak bagi ikut 150 dia bagi separuh dulu 75 jer..sebab masih ada kesan ubat.So untuk next review baru upkan ke 150...

Tanya juga kenapa boleh rabun dekat..Genetik ker?Doctor cakap iya.Dia tanya sapa yang ada rabun dekat antara MV dengan Suami...MV pun tak sure sebab tak pernah check mata...Doktor cakap...kalau dewasa tak pakai pun takpa...

Tapi budak kalau ada rabun dekat dia kena pakai spek..kalau tak dia xda semangat nak belajar...sebab mata dia tak ble nak fokus..bila fokus mula lah sakit kepala..dan budak yang ada rabun dekat ni memang susah kita nak tengok dia belajar....

Memang tanda2 ni ada dekat abang haikal dan wani sebelum MV tahu dorang rabun....Ayu rabun dekat 200/225 silau 150...wani rabun dekat 200/220 silau 150...haikal rabun dekat 75 silau 50...

MV terima apa yang berlaku..mungkin ada hikmahnya.Lepas ni...MV akan ada 3 budak kaca mata in the house,,,,
Read More

Thursday, April 14, 2016

Lampiran A Pekeliling JPA bil.1/2016

3:10 PM
Lampiran A Pekeliling JPA bil.1/2016
Assalammualaikum....

Ingat lagi entry Gred 17 dan 27 dimansuhkan  hari ini adalah hari pekeliling itu dikeluarkan.Perubahan nama jawatan iaitu Pembantu perpustakaan Kepada Pembantu Pustakawan.....

Dan ada beberapa jawatan yang telah dijumudkan :-

  1. Pembantu Meteorologi
  2. Pengajar Membalak
  3. Penyelia Jurupakaian 
  4. Peniup Kaca
  5. Jurulatih Kawad
Ada 2 Jawatan yang dimansuhkan :-

    1. Operator Kamera Offset/Pembuat Plet
    2. Pegawai Perhubungan Preman
    Untuk lebih lanjur boleh baca Lampiran A Pekeliling JPA bil.1/2016


    **yang MV update ni berkenaan gerd 17...ada juga gred yang lebih tinggi di mansuhkan 
    Read More

    HFMD AGAIN

    7:30 AM
    HFMD AGAIN
    Assalammualaikum...

    Last week Syamimi kena HFMD ...dia start dari hari selasa ..huhu kesian sangat penuh ulser satu mulut....menangis tak mau makan minum...nyusu badan pun takda langsung ...
    hari kedua kena HFMD
    HFMD ialah penyakit kaki tangan dan  mulut yang selalu budak-budak kena sekarang.Bila kena serius memang kesian.Ini kali ketiga Syamimi kena..Kali ni memang teruk...ulser penuh di lidah...

    Makan tak nak minum tak nak....hari pertama smpi hari ke3 langsung tak mau minum...MV paksa syamimi makan dan minum pada hari ke3 sebab takut dia kekurangan air dalam badan...
    Hari ketiga
    Nak BF pun dia tak nak ...So MV buatkan dia air susu pekat..sebab gastrik dia dah naik...orang cakap bila orang gastrik ni minum susu pekat memang bagus,,MV paksa dia minum ....

    Biar dia menangis...Lepas tue MV masak Bubur ayam then blend macam baby2 pun makanan puri...Paksa suap dia makan..biar pun nangis..Alhamdulillah hari 4 dia sudah boleh minum...
    hari ke4
    Tapi still paksa dia minum air susu tue dengan penembak ubat "syringe"....Bagi dia minum pakai syringe ni sampai hari sabtu...Alhamdulillah ahri sabtu dia sudah start Breastfedding balik,,,

    Then sabtu malam dia dah mula makan....Dan hari ni dia dah semakin sihat.Bila Syamimi kena HFMD haritu..Syamimi Cuti sekolah 4 hari..MV bawa syamimi ke Library...Syukurlah juga dia tak berapa meragam....

    Oh ya untuk ibubapa di luar sana...kalau anak-anak ada tanda2 HFMD ni macam ulser dimulut,bintik merah di tapak tangan kaki,celah ketiak..tolonglah jangan hantar anak ke Taska ...Kesian budak-budak lain terjangkit...

    Paling kesian kalau yang masih kecik umur 3 tahun ke bawah...kadang ada yang belum pandai cakap...So lepas ni kena extra careful lah ya semua....


    Read More

    Wednesday, April 13, 2016

    Tengok Bola DI Stadium Likas

    7:30 AM
    Tengok Bola DI Stadium Likas
    Assalammualaikum....


    Sabah Vs Kl Sime Darby 
    Inilah salah satu cara kami spent time bersama-sama...tengok bola di Stadium Likas.Orang cakap jangan bawa budak kecik tengok bola di Stadium sebab nanti dorang ikut memaki.Rata-rata peminat bola sepak ni kalau sudah memanas pandai memaki....

    Tapi kan...Apa yang MV nampak..bila MV bawa anak pegi stadium...dorang tau...oh lepas ni kita mau nyanyi lagu Sabah tanah airku..Lagu Negaraku...Yang bestnya bila syamimi yang baru 2 tahun 4 bulan pun nyanyi lagu negaraku dan sabah tanah airku dengan semangatnya.
    ni gambar tahun 2015
    Kiranya MV nak memupuk semangat cintakan negeri tanah tumpah darahku...Kena lah cintakan negeri sendiri kan...rasanya tengok bola ni ada faedah juga...dalam kita bersorak anak-anak dapat belajar benda baru....

    Dorang akan tanya..."mama sabah lawan negeri apa?" "mama,Reff tu apa ?" Sapa suka pergi tengok bola kat stadium ???angkat tangan,,,


    (**apa MV membebel ni)
    Read More

    Tuesday, April 12, 2016

    Gred 17 dan 27 dimansuhkan!!

    12:18 PM
    Gred 17 dan 27 dimansuhkan!!
    Assalammualaikum....

    Gred 17 dan 27 dalam perkhidmatan awam akan dimansuhkan.Gred 17 dan 27 akan digantikan kepada gred yang lebih tinggi iaitu gred 19 dan 29.Gred 22 pula ke 26.

    Pekeliling baru ini akan diumumkan hari khamis ni.Perubahan tangga gaji sahaja elaun kekal..Melibatkan 252 skim dalam perkhidmatan awam.

    nanti khamis ni kita tengok dan baca pekelilingnya.
    Read More