All About Love

Friday, March 18, 2016

Anggaran Harga 20 Jenama Tudung POpular

1:00 PM
Anggaran Harga 20 Jenama Tudung POpular
Assalammualaikum.....

credit utk SINI
itu dia anggaran harga 20 jenama tudung popular...MV just ada koleksi Aidijuma jer..dalam 1++ helai....harga dalam anggran 10-35....MV jenis beli d Concept Store so harga memang macam yang dianggarkan...

Tapi kalau beli dari reseller...atau dari peniaga lain..kita hanya mampu gigit jari sebab harganya naik mendadak..kalau jumpa seller yang pemurah untunglah...tapi tak boleh nak banyak bunyi juga....

seller ni nak dapat tudung dorang berbaris ...so kira berbaloi dengan penat yang dorang dapat dengan hasil jualan...kalau nak murah mcm MV beratur ataupun dtg esoknya...kita beli saki baki yang tinggal...

Tapi tahun ni punya design baru 2 helai jer MV ada...korang pula pakai tudung jenama apa???
Read More

Bear Bread Cutter Gift From Sustagen Club

7:30 AM
Bear Bread Cutter Gift From Sustagen Club

Assalammualaikum....


gift dari sustagen club 
Salam jumaat penuh barakah...MV nak kongsikan yang MV dapat gift dari sustagen Club....Bear Bread Cutter...berguna untuk tarik selera anak untuk makan breakfast dari bread....selain tue MV dapat 3 peket susu percubaan....
ni rupa bread cutter tue
Korang kalau nak boleh like fb sustagen club ..manalah tau kan ada rasa nak tukar susu anak..boleh lah minta free sample susu dari dorang...
Read More

Thursday, March 17, 2016

Soto Ayam RM1 Gerai Mak Siti Putatan

1:30 PM
Soto Ayam RM1 Gerai Mak Siti Putatan
Assalammualaikum,....

sumber dari SINI
Alhamdulillah berniaga dengan niat bersedekah....patut diberi pujian kepada #GeraiMakSitiPutatan menjual soto ayam dengan harga RM1.00 sahaja dengan niat bersedkah kepada pelajar dan golongan miskin..Semoga Mak Siti dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda.Amin

Insyaallah kalau ada kesempatan mencari lah gerai mak cik ni...bukan sahaja Soto Ayam RM1 ABC pun rm1.00 juga....betul2 murah ni....

Siapa2 Sabahan yang pernah makan di #GeraiMakSitiPutatan cuba kamuorang share dulu ...
Read More

Ketam Kelapa Atau Ketam Kenari

7:30 AM
Ketam Kelapa Atau Ketam Kenari
Assalammualaikum...

pinjam google 
Ketam Kelapa atau ketam Kenari(indonesia) .Sedikit mengenai ketam ini iaitu 

Ketam kenari, Birgus latro, atau disebut Kepiting Kelapa merupakan artropoda darat terbesar di dunia. Meskipun disebut ketam/kepiting, hewan ini bukanlah ketam/kepiting. Ketam ini merupakan jenis umang-umang yang sangat maju dalam hal evolusi. Jadi mungkin ia lebih tepat disebut umang-umang kenari, namun demikian penduduk kepulauan Maluku sudah menyebutnya ketam kenari. Ketam ini dikenal karena kemampuannya mengupas buah kelapa dengan capitnya yang kuat untuk memakan isinya. Ia satu-satunya spesies dari genus Birgus.(sumber dari SINI)

Kenapa tiba2 timbul entry pasal ketam...Ini adalah penangan Law Of the jungle in Samoa....di mana mereka dapat 2 ekor ketam kelapa....besar giler ok....jarang kita nampak....masa tengok dorang makan tue terus macam mau cari ketam hahaha..tapi sebab sudah jam 11.30 malam niat itu dibatalkan hahaha.....

Rupa2nya ketam kelapa ni ada di SABAH ...baca SINI...hanya ada di Sabah ...ketam ni boleh mencecah RM 300 sekilo...huhu....dan ada juga yang mengatakan ketam ni banyak ada di Pulau SIpadan Sabah ...baca SINI

Dari apa yang Ahli Law Of the jungle punya komen..Ketam ni sos nya rasa santan...mungin sebab makanan ketam ni adalah kelapa....pergh memang buat teringin mau rasa kan..tapi kalau sudah rm300 sekilo simpan saja rasa itu...hahaha

Cuma ada yang memusykilkan ....ketam kelapa ni haram ker di makan???sebab setahu MV ketam batu memang haram di makan....ketam batu lain tau tak sama dengan ketam nipah yang banyak kat air paya bakau...

sumber SINI

So ketam kelapa ni haram juga kah???tolong2 jawab....untuk tambah ilmu..manalah tau kan..ada yang nak belanja MV senang sikit..kalau haram tak yah terima...tapi kalau boleh makan...terima kasih belanja..hihi


Read More

Wednesday, March 16, 2016

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

1:00 PM
Tips Kekal Sihat Di Musim Panas
Assalammualaikum....

sumber dari sini

Kongsikan tips kawan2 semua..semoga boleh membantu antara kita ya....
Read More

Kursus Kreativiti Di tempat kerja At Intan Sabah

7:30 AM
Kursus Kreativiti Di tempat kerja At Intan Sabah
Assalammualaikum.....


Minggu lepas MV menghadiri kursus kreativiti di tempat kerja selama 3 hari di Kampus Intan Sabah.Tujuan utama nak join kursus ni sebab nak tambah kreativiti..al maklumlah tak sekreatif mana....lagipun seksyen kanak-kanak di library adalah tanggungjawab MV...


bagi MV kursus ni lain dari yang lain sebab sepanjang 3 hari kursus kami dibenarkan berpakaian sukan..so memang tak payah fikir mau iron baju lah...lepas tue cari kenalkan diri punya kreatif...kami di minta untuk menyanyi untuk kenalkan diri...


Kumpulan MV iaitu ANak KAmpung ..ambik lagu Anak kampung sebagai muzik pilihan....dan lirik bagi MV
Nama Saya Suzyanna berasala dari labuan bertugas di SUP pakai kasut size nombor 8....hahaha....MV bab nyanyi pitching ke laut....



antara aktiviti yang kami buat....pertandingan pancing belon..pancing dibuat daripa suratkhabar,tali & masking tape...kumpulan kami berjaya selesaikan nya pada percubaan kedua..teka ayat pun kumpulan kami berjaya buat,,,,


kemudian ada aktiviti buat jambatan daripada lego...mula2 punya percubaan gagal...cubaan kali kedua baru berjaya..tak sngka...jabatan kami buat tue dapat komen dari fasi"saya rasa macam tengah berada di luar negara bersama orang tersayang"



kami juga buat menara straw...paling tinggi dan ada marshmallow di atasnya...semua kumpulan berjaya buat....tahniah...tak sangka boleh buat.....ada satu segmen MV tak sempat ambik gmbar...di mana kami diminta untuk mengabungkan 9 objek jadi satu barang,,,


barang itu dikira produk dan harus dipasar....nanti MV try cari gambarnya ...dan kongsikan.....dan bila balik dari kursus ni tiba2 rasa diri ni kreatif...anak MV minta lukiskan lukisan...dan dengan senang lukisan siap...

ni jambatan lego anak kampung 6to9

terus dalam hati aik kenapa senang jak mau lukis hari ni ..hahahaha...betullah kata fasilitator tue,.,untuk menjadi seoarang yang kreatif..kita kena positif..jangan ada negatif thinking......


Semoga apa yang MV belajar dalam kursus ni membantu dalam proses kerja MV ..Insyaallah ......terima kasih buat semua peserta yang sporting & happening..terima kasih juha buat Intan Sabah kerana memberi peluang Untuk MV menghadiri kursus ini




Semoga kita semua berjumpa lagi next time....Insyaallah


Read More

Tuesday, March 15, 2016

Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza

1:30 PM
Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza
abaikan tangan yang x comel tue ya
Assalammualaikum....

Sinopsis Dari Belakang Novel 

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Itu sinopsis dari belakang novel...ni pula sedikit perkongsian dari MV...
Irdina seorang gadis yang degil..lepas cakap & suka melawan...Tengku Irfan pula seorang jejaka yang takda perasan...dibelengu dengan rasa dendam dan marah akibat kemalangan yang menyebabkan tangan kanannya cacat...

Irdina pernah memarahi Tengku Irfan  dan kebetulan Tengku Irfan adalah bos barunya..>Dia menjadi PA kepada seorang Lelaki Kerek..namun lama kelamaan rasa benci kedua2nya bertukar sayang....

Namun ayah tengku irfan tak menyenangi Irdina..kerana baginya irdina cuai dalam menjalankan tugas..apabila irdina telah meyebabkan tengku irfan hampir lemas & ditikam ...dikala rasa cinta sudah mula berputik muncul Imelda kekasih lama  Tengku irfan yang akan dikahwinkan dengannya atas keputusan tengku Iqbal(ayahnya)

Irdina membawa hati ke Perak atas bantuan Naufal(kawan baik Tengku Irfan)...selama setahun Tengku Irfan cuba menghubungi irdina namun gagal...dia dibelengu rasa bersalah kerana terkasar(menampar irdina) hanya kerana irdina mahu Tengku irfan merawat tangan kanannya....

Selama setahun itu juga naufal cuba memikat hati irdina namun gagal.Jodoh akhirnya Tengku Irfan menyuarakan hasrat hati melamar Irdina..mulanya dia tak mau menerima kerana Irdina adalah gadis yang menyebabkan kemalangan yang menimpa Tengku Irfan...

Perkahwinan yang diimpikan bukan lah satu kebahagiaan ....Tengku Irfan tahu yang irdina adalah gadis yang dia dendamkan..perkahwinan tersebut di teruskan dengan syarat dan perjanjian....selama 6 bulan sahaja mereka berkahwin dan selepas itu Tengku Irfan akan berkahwin dengan Imelda...

Namun tanpa pengetahuan Tengku Irfan ,,,irdina membuat perjanjian dengan tengku Iqbal...dia hanya memerlukan masa 3 bulan untuk memastikan imelda berkahwin dengan tengku irfan....

Rasa dendam yang ada...namun akhirnya Tengku Irfan mula sedar bahawa irdina adalah wanita yang paling dicintai...namun terlambat apabila irdina melarikan diri genap 3 bulan mereka bersama....

Segalanya terbongkar...rupa2nya Tengku Iqbal adalah orang yang menyebabkan kemalangan yang menimpa tengku irfan...orang suruhan nya tersalah merosakkan brek kereta ...sepatutnya brek kereta imelda & safwan(lelaki yang imelda curang)...namun sebaliknya yang berlaku...

Apabila imelda dapat tahu dia mula mengugut tengku Iqbal...Tengku Iqbal melepaskan segala tuduhan itu kepada Irdina kerana dia tidak mau Tengku Irfan membencinya...dan dia rasa bersalah kepada irdina ,,,tambahan lagi apabila mengetahui yang irdina telah melahirkan anak tengku irfan,iaitu tengku hasif...

Akhirnya mereka kembali bersama,...dan dikurniakan lagi seorang anak perempuan....


Komen MV..cerita agak membosankan pada awalnya..namun bila timbul bibit cinta dan konflik...tanpa sedar membaca dengan titisan air mata...

cuma ada kesalahan nama watak pada penghujung novel ni...MV bagi 4 bintang...

**pergh panjang pula entry ni


Read More