All About Love

Friday, February 5, 2016

Selamat pengantin baru Stacy & AKim

4:23 PM
Selamat pengantin baru Stacy & AKim
Assalammualaikum...

sumber google
Tahniah...Akim & stacy telah selamat diijabkabulkan hari ini jumaat 5.2.2016 bertempat Shangri la Hotel Tg Aru.Alhamdulillah selamat datang ke alam perkahwinan.Semoga terus bersama menghadapi suka duka kehidupan.

Ramai yang mendoakan kebahagian kamu berdua..Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.Buat Akim jagalah Stacy dan bimbinglah dia menjadi seorang muslimah..Berat tanggungjwab Akim.Semoga dipermudahkan..

Once again..Selamat pengantin baru
Read More

First Job 2016

7:30 AM
First Job 2016
Assalammualaikum

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)


Alhamdulillah...first job untuk blog ni pada tahun 2016.Terima Kasih Zalora kerana sudi bekerjasama dengan blog yang tak seberapa ini.Terharu sangat.

Entry INI adalah job yang MV perlu buat.Rasanya ramai juga yang dapat offer ni kan..Macam Dya Bunga, Lya Afrina.


dapat voucher RM100....
Untuk job ni MV diberi voucher RM100 setelah selesai dan MV dah shopping pun kat Zalora.MV harap lepas ni akan ada lagi offer untuk bekerjasama dengan Zalora lagi.
Read More

Thursday, February 4, 2016

Fakta tentang Virus ZIKA

11:41 AM
Fakta tentang Virus ZIKA
Assalammualaikum,,

Sumber dari SIni                                  
Sekarang dunia tengah heboh mengenai Virus ZIKA.Mv kongsikan sedikit fakta mengenainya untuk Panduan semua.

Sama2lah kita berjaga2 untuk keselamatan kita dan keluarga

Read More

OST Drama Cinta Hati Abah

7:30 AM
OST Drama Cinta Hati Abah
Assalammualaikum...


Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh lakonan Esma Daniel. Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai personaliti yang agak berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang toke keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu.(sumber SINI)


korang follow tak drama ni.MV follow tapi kadang terlepas.MV suka jalan ceritanya/Lagipun lakonan Nonny Nadhirah sebagai Baizura menjadi..Sedih tengok drama ni..harap2 ianya hanya sekadar drama.

Hari ni MV kongsikan ost drama ni utk semua.Tajuknya sesuatu yang tak mungkin by Ziabella.Sangat suka lagu ni sebab liriknya mendalam.
Read More

Wednesday, February 3, 2016

YAB DS Mukhriz Mahathir umum perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta.

11:11 AM
YAB DS Mukhriz Mahathir umum perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta.
Assalammualaikum....
Image result for YAB DS Mukhriz Mahathir umum perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta.
Pinjam google

YAB DS Mukhriz Mahathir umum perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta hari ini.

Nampak video kat facebook .Bila baca komen semua kat dalam facebook nampak sangat DSMM ni sangat disayangi oleh rakyat Negeri Kedah.MV yang orang Sabah turut terasa dengan perletakan jawatan DSMM.

Hanya kerana undi tidak percaya Adun BN ke atas DSMM maka beliau meletakkan jawatan dan ini terbukti beliau bukan gila kuasa.

You are the best DSMM.Mungkin aturanNYA ada lagi yang lebih baik daripada INI.
Read More

1 Perkara yang selalu kita buat bila bekelan elektrik hidup semula

10:10 AM
1 Perkara yang selalu kita buat bila bekelan elektrik hidup semula

Assalammualaikum...

Pinjam gambar dari FB
Bila blackout jer..confirm kita akan cari lilin sebab nak terangkan rumah kita.Budak2 paling excited bila nampak cahaya lilin ni.Siap buat aksi bayang2 dengan tangan.

Tapi kan,,,korang ingatkan kah lagi.Bila bekalan elektirk hidup semula mesti ada jer orang yang akan sambut hari jadi..Maksudnya tiup lilin...hahaha....ini diakui..sebab masa zaman kanak-kanak MV pun pernah buat..

Siap menyanyi lagu happy birthday to you lagi...skg bila sdh ada anak2...MV tengok anak2 pun buat benda yang sama...

Korang Pernah buat ker??Bila ingat balik Legend betul kan
Read More

Tuesday, February 2, 2016

Tips Bergaya Seperti Fashionista

10:31 AM
Tips Bergaya Seperti Fashionista
Assalammualaikum...

Tiada panduan khusus untuk bergelar seorang fashionista, malah sesiapa sahaja mampu menyandang gelaran tersebut dengan syarat individu itu cukup memahami fesyen dan mempunyai citarasa yang hebat mengenai fesyen. Dan untuk berfesyen bukanlah memerlukan perbelanjaan yang besar, dan tanggapan hanya golongan yang berduit sahaja memahami fesyen merupakan suatu idea yang salah. Money comes second dan kreativiti adalah faktor utama dalam dunia fesyen. 

Oleh yang demikian, jika anda ingin bergaya persis seperti famous fashionista, berikut merupakan tips-tips penting untuk panduan anda;



1. Fashion is knowledge. Oleh itu, jika anda benar-benar ingin tampil dengan fesyen yang hebat, luangkan masa anda untuk membuat sedikit kajian mengenai fesyen-fesyen antarabangsa mahupun tempatan. Baca majalah fesyen atau google sahaja laman-laman web yang berkaitan dengan fesyen. Cara termudah adalah dengan meniru gaya fesyen selebriti-selebriti kegemaran anda. 


2. Kenal pasti bentuk badan dan personality anda. Jika anda merupakan seorang yang feminine, ambil tahu fesyen apakah yang bersesuaian dengan anda. Begitu juga fesyen—fesyen yang bersesuaian dengan bentuk badan tertentu. 


3. Kenali jenis-jenis pakaian yang terdapat di pasaran. Dengan kata lain, anda haruslah menjadi kamus fesyen bergerak. Berapa jenis kasut tumit tinggi atau apakah jenis-jenis kategori beg tote?Pendek kata rajin-rajin lah membaca mengenai jenis kasut & jenama beg.Dengan ilmu fesyen yang ada akan memudahkan kita dalam berfesyen.


4. Dan yang terakhir adalah tahap keyakinan diri yang tinggi. Berfesyen harus ada keyakinan diri!Apa yang kita buat kenalah yakin.Sama juga dalam fesyen.Kalau kita pakai baju yang murah pun tapi keyakinan tinggi orang takkan tahu yang sebenarnya baju itu murah dan begitu lah sebaliknya.The key is confidence






Read More