All About Love

Friday, June 27, 2014

6 bulan sudah

4:54 PM
6 bulan sudah
Assalammualaikum...
saya dah boleh duduk
Alamak seksinya
comelnya dia
Waznah syamimi dah 6 bulan..panjang 66 cm..berat 7.4 kg..kepandaian merayap...duduk dan makan..hahahaha...semoga membesar dengan sihat yang sayang...

Read More

Wednesday, June 25, 2014

JDT @ Selangor Juara Liga Super 2014??

12:03 PM
JDT @ Selangor Juara Liga Super 2014??
Assalammualaikum....

Walaupun tengah demam world cup 2014..liga Super pun dah sampai kemuncaknya.....malam ni penentuan adakah JDT ataupun Selangor yang akan menjadi juara liga SUper 2014???

Dengan perbezaan 1 mata sahaja..di mana JDT mendahului skg....perlawanan antara JDT VS Sarawak yang berlangsung di Sarawak akan menjadi tumpuan...tak lupa juga perlawanan antara Selangor Vs PKNS....

JDT perlu menang game terakhir sekiranya mahu jadi juara....dan berharap agar Selangor kalah kepada PKNS....

Siapa Pilihan anda..Selangor yang sudah pernah menjadi juara ataupun JDT yang baru hendak mencipta sejarah...

Sama2 kita nantikan keputusannya malam ini.....Apa2pun selamat berjaya buat JDT & Selangor....

sumber google
@

sumber google

Read More

Monday, June 23, 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

10:10 AM
Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida
Assalammualaikum..


  1. WAJIB: Follow Blog + Add Facebook + Like Fanpage + Follow Istagram + Follow google+ & Follow Twitter  *shida memang tak link kan sebab semua detail ada dalam blog (sidebar) ni juga just klik saja ok :)
  2. WAJIB: klik button share facebook entri ini, G+ entri ini, tweet entri ini dan like entri ini .
  3. WAJIB: Buat satu entri bertajuk Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida
  4. WAJIB: Copy Banner segmen dan link kan ke entri segmen
  5. WAJIB: Di dalam entri anda Nyatakan pengalaman anda bersama Nuffnang sebagai contoh : cerita tentang mula-mula dapat cheque ke, dapat cpuv campaign ke, pergi event ke atau lain-lain cerita hanya berkenaan dengan Nuffnang sahaja.
  6. WAJIB: Dah siap entrinya, copy link entri dan paste pada komen entri ini sahaja.
  7. Mula : 22 June 2014 (ahad) dan Tamat : 28 June 2014 (sabtu)  *berlangsung selama seminggu
  8. Pengumuman pemenang pada :  1 July 2014 (selasa)

Pengalaman Mv bersama Nuffnang:-

   Assalammualaikum....MV mula kenal Nuffnang dan berjinak-jinak dengan NUffnang pada 09 Mac 2012...masa mula2 tu adalah dalam 6 bulan tak dapat earning langsung....tapi pada bulan julai 2012 akhirnya MV dapat CPC RM0.75..masa tu ya ALLah happy sangat akhirnya penantian berakhir...

   Boleh dikatakan taip2 minggu MV dapat cpc...sehinggalah pada 19 oct 2012 MV akhirnya dapat CPUV yang pertama iaitu digi samsung galaxy note 2...Syukur alhamdulillah.....memang rezeki nampaknya cpuv makin hari makin banyak MV dapat...

   Sehinggalah pada 29 Jan 2013 Mv buat Cashout yang pertama sebanyak RM100.56...dan sehingga hari ini MV dah cashout rm 359.20...syukur alhamdulillah...

   Sekian perkongsian pengalaman MV bersama Nuffnang....

**jom join ramai2


Read More

Bawal Hoodie Homemade

9:44 AM
Bawal Hoodie Homemade
Assalammualaikum...

SImple n cantik

boleh sedondon dgn anak
Mood puasa dah mai....tak sabar rasanya nak berpuasa...oh ya MV nak promote bawal joodie homemade by my sis....murah2 jer....Rm15 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak(6 tahun ke bawah).....

Berminat boleh wasap MV 0168040362 @ pm mv di Facebook Suzyanna Yap...tinggalkan komen kat blog pun boleh...harga ni harga mampu milik...jika berminat contactlah MV
Read More

Thursday, June 19, 2014

Tepuk dada Tanya IMan

2:13 PM
Tepuk dada Tanya IMan
Assalammualaikum..

Photo: kita kena berhati-hatikn?
sumber google
**orang lelaki ker perempuan ker kalau dah statusnya suami atau isteri orang jagalah batas..jangan sampai ada yang mengharap dan nanti buat sorang lagi melepas dan kecewa...
Read More

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

10:37 AM
 SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
Assalammualaikum..

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

**bahaya kan....sebab tue tak tidurkan syamimi kat buaian..sebab dia tak nak....so bukan ibu jer kena waspada hal ni..ayah pun kena ambik tahu juga...lepas tue kena belajar control marah tue..biasalah budak2 mmg meragam...macam syamimi skg taknak berenggang..MV pegi masak pun nak ikut..tak nak duduk walker...so satu tangan pegang dia..satu lagi beraksi di dapur

Credit untuk google
Read More

Tuesday, June 17, 2014

Welcome To alam Perkahwinan

5:30 PM
Welcome To alam Perkahwinan
Assalammualaikum...

amboi over pulak MV
Selamat pengantin baru buat pak cik MV..ni adik bongsu mak MV..umur dia sebaya kakak MV..30 tahun...alhamdulillah bertemu jodoh juga akhirnya pakcikku ini...


semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa...jaga isteri baik2..jadilah seorang suami yang bertanggungjawab....Amin



Read More