All About Love

Wednesday, November 28, 2012

Cinta Itu Milikku

9:34 AM
Cinta Itu Milikku

Asalammualaikum..

Kamu ada tengok drama Cinta itu milikku...Alah yg ditayangkan di TV3 jam 7 malam di slot akasia...Pelakonnya emma maembong tue..& bekas isteri Chef Riz Si ana Dahlia...Kamu yg tengok  Episod isnin 26.11.2012 mesti tahu apa endingnya


MV tengok dengan Adik & anak2...Ending episod isnin hati tue Part Si Dini(ana dahlia) goda suami Rania(emma)...MV menyampah tengok...Adik MV pun sama...So Adik MV bising2lah.."hish benci aku tengok gaya ni pelakon"..jadi bermakna mmg lakonan si Ana Dahlia menjadi dlm drama ni..Gedik2 dia ..hish nyampah...

Dan tiba2 Abg Haikal bersuara"EE kalau ee di tempat kejadian apa yg Ee buat sama tue perempuan yg kacau laki orang tue"...MV diam terus pandang adik...ai..tak sangka pula haikal tanya mcm tue...Adik MV diam jerlah..sebab kalau dijawab panjang lebar lah ulasan si penanya...


"Kalau abg..abg suruh kasi bunuh saja tue perempuan yg begitu..kesian laki dia"..Dan MV terus cakap.."hish abg ni tak bagus cakap mcm tue..Ni wayang saja...sebab tue mama nda suruh abg banyak tgk TV.."

Abg Haikal ni kalau berfikir & berkata2 mcm bukan budak berusia 5 tahun..Sebab tue kalau anak2 MV tengok TV MV akan join sekali..sebab kalau ada benda yg nda bagus MV terus bgtau ...Yg itu nda boleh di buat...

Sayang HaikalAyuWani

Tabung HAW



Read More

Tuesday, November 27, 2012

Dirogol &Dan Dibunuh Oleh 5 Warga Pakistan

5:05 PM
Dirogol &Dan Dibunuh Oleh 5 Warga Pakistan

Assalammualaikum...

MV sgt sedih bila dpt tahu ni berita..apalagi bila membaca tempat kejadian..Kota MArudu...salah satu daerah di sabah....Seorang Gadis berumur 15 tahun mati dibunuh setelah  dirogol oleh 5 orang warga Pakistan.

Credit to Google..
Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada 1p.m pada h
ari kelmarin 26.11.2012...Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa.

Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong).

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.(**menurut sumber yg boleh diketahui & kredit utk Facebook 
1 Suara Sabah's Page)


Sedih bila baca kes seperti ni apalagi ianya berlaku di Sabah bumi tanah airku...Ya Allah 
betapa kejamnya kamu...Niat datang ke negara orang utk mencari rezeki..tetapi kenapa perlu meragut nyawa insan lain...Berdosa kah mangsa kepada kamu semua...

Semakin takut dengan keselamatan Sabah...Tolonglah pihak berkuasa...pantau warga asing di Sabah sekarang ni...ini demi anak bangsa kita...Lakukan siasatan...jangan ada lagi yg menjadi mangsa....MV bersimpati dengan keluarga mangsa...diharap Mereka tabah,,,

MV risau sebab MV juga ada anak2 perempuan...Jatuhkan hukuman yg setimpalnya dengan apa yg mereka buat...Kejam..Mcm binatang,,,Astagfirullahalazim...

Jauhkan kami daripada kejahatan seperti ini Ya Allah..Amin...



Read More

Dia Datang Lagilah...

4:47 PM
Dia Datang Lagilah...
CPUV/BE Ke-3 Blog All About Love
Assalammualaikum..

Alhamdulillah....Blog All About Love MV yg tersayang ni menerima kehadiran satu lagi CPUV/BE daripada Nuffnang...Terima Kasih Nuffnang...Dan ini merupakan CPUV/Be yang ke-3 selepas Yang Pertama & Kedua

CPUV/Be kali ni adalah Maxis...Maka ada 2 Be yg akan berlegar2 di Blog MV ni iaitu Maxis & colgate...So pada yg terjumpa sudi2 lah mengklikkan iklan tue ya...terima kasih...

Betullah kata Cik Nur ..Kalau kita dah pernah dapat CPUV/BE ni pasti akan ada CPUV/Be yg berikutnya singgah di blog lagi...

Mood sgt happy dengan rezeki yg diterima ni.Ini Semua rezeki utk anak2 MV...Terima kasih pada semua yg klik2 iklan di BLog ni...Sayang sgt dgn kamu...

Terima Kasih juga pada Nuffnang....


**MV nak minta tlg...apasal MV takle nampak iklan Nuff kat blog sendiri & kawan2...dah lama tak dpt cubit2 utk drg..ada sesiapa dpt bantu...



Read More

Nabila Medan's Giveaway

3:18 PM
Nabila Medan's Giveaway

"First Giveaway By Irsya Healthy House "

2:36 PM
"First Giveaway By Irsya Healthy House "

Tahniah!!

10:00 AM
Tahniah!!

Assalammualaikum...

Tahniah...untuk siapa??MV sebenarnya binggung juga bila tgk komen dr Deqla ...terus tertanya2 tahniah kenapa pula ni...mungkin deqla main2 kot..tp MV terus terjah blog deqla..& ternyata tahniah tue pasal NI...

MV berjaya meneka teka teki yg Deqla buat..teka teki ni mengenai kucing kesyaangan dia...Jom baca sini...

Tak sangka pula menang...sebab MV keliru dgn jawapan nya..MV komen dua kali...hahaha.first  x jawab pun..tapi kali kedua setelah ku amati entry yg dibagi..maka B adalah jawapan MV..

Tahniah utk MV..& tahniah juga buat deqla..sebab soalan kamu mmg nikin pening kepala...hehehehe


**psst ni entry autopublish..MV jadi urusetia Hari InOvasi Agensi Persekutuan Di sabah...Petang baru ada,,,,nnt bayar hutang BW ngan kamu..ok//
Read More

Tumit Pecah

9:00 AM
Tumit Pecah

Assalamualaikum...

Kamu pernah alami tumit pecah??Atau nda tahu apa tue tumit pecah..OK mai MV terangkan..Tumit pecah ialah rekahan2 @ pecah2 di keliling tumit & sekitar tapak kaki .Dan apabila ni terjadi keinginan utk memakai kasut terbuka terpaksa dilupakan.

Kamu pernah @ sedang mengalaminya???MV tidak mengalaminya...Namun tumit pecah ni bukan faktor utk melabel seseorang itu tidak pandai menjaga kebersihan & keselamatan kaki kerana kes tumit pecah terjadi dengan mudah kepada sesiapa sahaja...

Punca tumit merekah??Jom baca dibawah:

  • Penyahidratan kulit pada sekeliling tumit akibat keadaan semulajadi seperti perubahan cuaca,pemakaian kasut  yg tidak sesuai,keadaan jenis kulit ,umur,tabiat uruk & pemakanan serta keturunan
  • Masalah obesiti & kehamilan juga penyebab tumit pecah apabila berlaku regangan akibat pertambahan berata badan sesseorang
  • Terlalu banyak berjalan dlm tempoh jangka masa panjang
  • Kegagalan mengambil makanan seimbang 
  • kekurangan nutrisi spt vitamin,mineral,zat zink & Omega-3 asid lemak(boleh didapati drpd makanan @ pil tambahan
Dan utk mengatasi masalah tumit pecah adalah mengamalkan diet seharian bagi menambah khasiat & mengurangkan rekahan pada tumit iaitu:
  • Makanan yang kaya dengan vitamin E-minyak sayuran,sayuran hijau,bijirin ,gandum & kekacang
  • Makanan yang kaya dengan mineral:
    • kalsium-susu,keju,yogurt,susu kambing,susu kacang soya,air mineral,ais krim,ikan,jus,bijiran,& brokoli
    • zat besi-daging,ayam,ikan,telur,
    • zat zink-tiram,ayam,ketam,kacang merahberas perang
    • omega-3 asid lemak-ikan salmon & bijirin.
Selain itu kita juga boleh menggunakan losyen pelembap di kaki supaya tidak kering..urutan merendam dengan air suam utk melembutkan sekitar tumit.

pemilihan kasut yg betul juga dapat mengatasi masalah ni..pilihlah kasut yg boleh menyokong tumit utk mengurangkan tekanan pada kaki.

Diharap dengan perkongsian ni dpt membantu sesiapa yg mempunyai masalah tumit pecah/

Jom tambah Tabung HAW

Read More