All About Love

Friday, November 16, 2012

Dia PUn Nak Jadi Mekanik

8:30 AM
Dia PUn Nak Jadi Mekanik

Ni cerita cuti deepavali...oleh kerana xda yg nak jemput MV dtg umah..maka MV pun duduk lah di rumah jer...Masak tomyam utk makan tengah hari..dan melepak tengok tv...

En hubby..kalau cuti mcm ni jangan heran..mmg keja membuat kereta jak..ada jak mau di check...mau di kasi betul..hentamlah...janji ada depan mata..wakakaka...

Dan bila hubby dok sibuk2 buat keja...rupa2nya si adik Wani dok perhati abah dia...excited dok nengok....siap intai2 enjin kereta & dok sibuk tengok kat bawah kereta...

Nak jadi mekanik juga gamaknya dia ni kan...NAh jom layan gambar yg sempat MV ambil...

Tengok tangan dia....

kakak dok pijak jek...

baru perasan mama dia ambil gambar
Tengoklah abah buat kereta tue adik...jadi mekanik pun nda apa...jarang wanita ni jadi mekanik..kan syang....asal adik minat..mama sokong jak...



Read More

Thursday, November 15, 2012

Bahaya Cacar Air Kepada Ibu Hamil

10:30 AM
Bahaya Cacar Air Kepada Ibu Hamil

Cacar Air @ lebih kita kenal dengan panggilan Chicken Pox..Siapa yg belum kena???MV anak beranak semua dah kena..MV kena masa umur 9 tahun lagi...My HaikalAyuWani Pula Kena tahun lepas...sekali kena berjurut 3 org...

Yg paling teruk ABg & adik..kakak ayu kena x banyak...campak halus pun dh kena....dan bagi kita cacar air ni adalah sejenis penyakit virus yg tidak serius...tetapi bagi ibu yang hamil cacar air amat bahaya kerana risiko terjadinya pelbagai komplikasi yg tak dijangka.

Janin dlm kandungan juga mungkin berisiko lebih besar mengalami kecacatan,Oleh itu sekiranya kamu sedang hamil & belum pernah alami cacar air maka anda perlu mengetahui informasi lebih banyak tentang cacar air & pengaruhnya terhadap kehamilan.

Sebaiknya jauhkan diri anda drpd sesiapa yg menghidap cacar kerana seorang bayi berisiko mengalami peningkatan komplikasi jika ibu terkena cacar air sebelum @ selepas bersalin.

Utk Ibu2 yg pernah terkena cacar air sebelum hamil akan memberikan perlindungan kepada bayi kerana kekebalan ibu akan diteruskan kepada bayi melalui plasenta & kemudiannya air susu.


*sumber dr Majalah Pa & Ma

Read More

Salam Maal Hijrah 1434H

8:30 AM
Salam Maal Hijrah 1434H
PInjam Dr Cik Google
Hari ni 15.11.2012 bersamaan dengan 1 Muharam 1434 Hijrah menurut kalendar islam...Tapi tak ramai yg tahu..berapa hijrah sudah..Kalau sebut 2012..mesti semua tahun lepas tue 2013..

Tapi belum Sebut tahun hijrah pasti ramai yg tak tahu..sebabnya??kita jarang menggunakan kalender islam..dan bila ada mau buat majlis kenduri kawen @ cukur jambul..barulah kita sibuk mencari2  tahun 2013 ni bersama berapa hijrah...

Bukan mau mengata org..Tapi ini MV akui...pernah mau buat kad kawen kakak...masa ni mmg tak tahu sdh tahun hijrah ke berapa..Astagfirullahalzim..terfikir sejenak...kenapa Tahun Islam sendiri MV tak ingat...

Semoga MV akan terus memperbaiki kelemahan diri ini..Dan semoga permulaan 1434 hijrah ni memberikan sinar dlm hidup MV sekeluarga..Dan paling MV ingat time sekolah dlu...

Bila sebut Maal Hijrah confirm ingat lagu ni

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua yang beragama Islam Di Malaysia.
Read More

Wednesday, November 14, 2012

Perbualan Mereka buat Daku Terharu

6:00 PM
Perbualan Mereka buat Daku Terharu

Semalam MY HaikalAYu call...drg mau cakap dgn adik wani...

Wani: alo abg...mana kakak....abg sudah makan
Haikal : sudah..."kakak si adik panggil"(MV jadi pendengar setia sebab loudspeaker)
Ayu : Hi adik...
Wani : Kakak..sudah makan?kakak rindu ani??
Ayu : Sudah makan roti kosong tadi...
Wani : Kakak esok tgu ani balik...nnt ani ambil abg sama kakak balik KK....


Alolo...terharu dengar perbualan mereka bertiga...Wani matangnya kamu wahai anak...mcm bukan umur 2 tahun bah mama tengok adik ni..Kesian..Mungkin sebab dia awal dihantar ke Taska....

Sekarang sdg tgu hubby ambil...lepas smpi umah...mandi..terus gerak balik Ranau...Doakan kami selamat sampai ke Ranau...Dalam Hati sekarang sedang berbunga2...

Superrrrrrrrrrrrrrrr Duperrrrrrrrrrrrrrrrrrr Happpppppppppppppppyyyyyyyyyyy sebab mau jumpa My kembar Tahun HaikalAyu..rindu lama nda jumpa....

Klik Tabung HAW


Read More

Bila Dia Mula Merajuk

12:18 PM
Bila Dia Mula Merajuk

Kamu nampak gambar diatas....hehehe...Si adik wani merajuk...Sebab apa???sebab dia mau pegang camera digital..tapi Mv tolong ajar dia guna...dia nda mau mamanya ni ikut campur..terus ,merajuk..dan kamu tengok rupanya tue....


Geram betul MV dgn gaya Si adik Wani.dan lucu pun ada..semenjak tiada Abg & kakak dia di rumah..sikit2 mau merajuk...cakap sikit mau merajuk..terus pegi bilik....tutup muka....hohohoho


Ni masa kami jalan2 ahad lepas...MV kalau dia merajuk lagi lah suka mau menyakat...tengok pic di atas..betul2 dia x mau pandang camera...alolo..dan tengok mulutnya tue..bikin gerigitan kan...hehehe



Kesian kan....tengok smpi dia ksi baring di peha MV..tapi masa ni MV masih mau kasi main2 dia lagi..hahahaha.....


Dan bila wani sudah buat gaya begini..nda sampai hati lah pulak....terus MV bagi camera yg dia mau sgt2.dan hasilnya tengok gambar di bawah



Sekali dia snap muka MV dah...siap cakap''Mama Peace....",,,hehehehehehe....cumilkan MV..wakakakaka.


Opss sesi merajuk belum habis rupanya...ingatkan bila sdh dpt snap 1 gambar oklah..rupa2nya dia mau pegang tue camera....Dan jom tengok pic di bawah...geli hati bila tengok wani ni merajuk..jom layan...




Andu bah..jangan merajuk2 bah gendut....hehehehe

Jom Klik Tabung HAW
                


Read More

Coklat & kesihatan

11:38 AM
Coklat & kesihatan
Pinjam dr Google
Sape suka makan coklat...MV suka dan paling hantu coklat..Tapi org selalu cakap jangan makan coklat banyak2..nnt gemuk..muka naik jerawat...dan kalau budak2 lagilah kesian kan.."jangan makan coklat nnt gigi rosak...

Dan sebenarnya semua tue salah..sabtu lepas MV tengok Inspirasi Koko...Dan dlm rancangan ni MV dpt tau yg coklat tidak menyebabkan muka kita naik jerawat...Tetapi Pemakanan yang tidak sihat adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.
Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Coklat jug atidak mengemukkan kerana Pengambilan yang melebihi adalah isunya. Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan"

Kerosakan gigi kanak2 juga sebenarnya bukan disebabkan anak2 suka makan coklat kerana kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Info ni MV dapat dr Laman Rasmi Lembaga Koko dan MV kongsikan utk semua..

TAbung HAW



Read More

" Saya nak Vector daripada zakie11"

10:54 AM
 " Saya nak Vector daripada zakie11"
NAk JOIN KLIK SINI
Salam..MV ditag oleh Fendy..SO MV join lah segmen ni...Jom baca Syarat2nya


1. Buat satu entry yang bertajuk " Saya nak Vector daripada zakie11"
2. Sila tempek banner di atas.
3. Sila nyatakan korang nak apa antara doodle dengan vector.
4. Jika doodle sila nyatakan warna.
5. Tag at least 2 rakan blogger korang.

Utk Syarat Ke-3..MV pilih Vector...Kenapa???nak juga tengok wajah MV yg cumil ni divectorkan..wkakakaka.....

Dan utk segmen ni MV tag Wilma & Yana Aina

 blogger bertuah akan dipilih menggunakan Random.org.
Read More