Lelaki..biasalah kadang2 mmg payah mau diatur..egois sikit...opps sorry bukan mau cakap perempuan ni nda egois tapi lelaki ni kadang2 tahap ego dia tinggi..hahaha...
Hari ni MV mau kongsi 8 tabiat lelaki yg mmg susah mau diubah:
- Merokok-walaupun mereka tahu yg rokok mengadungi lebih 4000 bahan kimia yang mendatangkan penyakit berbahaya tetapi mereka masih juga merokok..kononnya merokok adalah lambang lelaki sejati..tapi harus diingat bukan hanya jantung yg rosak tetapi sperma juga boleh terjejas.
- berjemur tanpa pelindung matahari-kebanyakan lelaki tidak mahu memakai sun block sebab kononnya hanya wanita sahaja yg patut memakainya utk melindungi dr kulit terbakar.
- Makan berlebihan namun tiada senaman-jika kita wanita takut dengan perkataan gemuk..tetapi ada lelaki yg tidak kisah membawa perut ke depan seperti wanita mengandung 9 bulan.kebanyakkan lelaki makan dengan tanpa melakukan senaman ditambah pula dengan makanan ringan ,merokok & tabiat lain...jadi tidakhairan lah sebaik kawin perut suami biasanya lebih ke depan berbanding isteri
- Bergaya malas-Rambut tidak disikat baju tidak diiron,malas bercukur..dan sekiranya anda bujang confirm xda wanita yg ingin dekat dengan anda,
- Gemar mengusap wajah-sesetengah lelaki gemar mengusap kulit wajah semasa bercukur walaupun belum membasuh muka dgn sempurna.Ini akan memudahkan jerawat tumbuh.
- Bercukur tanpa krim pencukur-anda boleh terkena radang kulit sekiranya tidak menggunakan krim pencukur,
- Tidak minum air dengan banyak-yang ni MV setuju sebab hubby mmg kurang minum air..makanya minumlah air putih dengan banyak utk jaga sistem perkumuhan
- Gunakan apa saja pelembap di wajah-kalau wanita terlalu cerewat dlm memilih pelembap,lelaki pula memakai pelembap tanpa membaca label.
Nah itu perkongsian MV buat lelaki2 termasuk en.Hubby....rasanya ada benarnya 8 tabiat di atas...terpulang sama kamu utk berubah..sebab perubahan yg dilakukan itu adalah ke arah kebaikan...peace...
Credit utk majalah Wanita...
Tabung HAW