All About Love

Tuesday, October 30, 2012

Key Chain Tapak Kaki & Casing Broadband Yang Cute

1:37 PM
Key Chain Tapak Kaki & Casing Broadband Yang Cute

Tue dia Suzyanna YAp my real name
 Salam....Nampak tajuk entry MV....hari ni MV dapat dua gift...yg pertama dr ahli GSF iaitu Mama Qhayra..terima kasih bah Mama Qahyra  sudi bagi MV gift ni...jangan risau2 lagi...sampai sudah bah ni key chain...
Semoga ikatan ini terjalin selamanya


Pink gitu...
Untuk gift yang mama Qhayra bagi ni MV akan pakai Utk kunci Library MV....tq sgt2...yg ni HaikalAyu nda berebut sebab MV cakap gift kali ni mama yg ambil...nnt kalau ada lagi itu kamu punya....hehehe

Hijau My febret
Nampak tak chasing broadband yg hijau tue..Terima kasih buat Cik SUe..ni hadiah sebab jawab teka teki dlm blog dia..sebenarnya Dia ada pemenang sudah tp dia bg MV sebab Mv jawab 2 kali...

Terima Kasih buat mereka berdua...MV syang kamuorg...Kamu berdualah yg paling manang..Dan semua Follower pembaca blog ni memang paling mananglah....

Read More

Kuatkan Jantung Dengan Cara semulajadi

8:30 AM
Kuatkan Jantung Dengan Cara semulajadi

Jantung!!kamu sayang jantung kamu kah???mesti syang kan...Penyakit jantung koroner merupakan salah satu penyebab kematian.Ada 7 faktor risiko utama iaitu:

  1. peningkatan kadar kolesterol darah
  2. tridliserida & lemak lain
  3. peningkatan darah
  4. peningkatan kadar asid dalam darah serta gangguan ,metabolik
  5. diabetes
  6. obesiti
  7. merokok & kurang aktiviti fizikal.
Hari ni MV mau kongsikan beberapa sumber makanan semulajasi yg boleh membantu kita mengatasi penyakit jantung:

Sumber cik google





  1. Anggur-efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung & degupan jantung.Penyakit jantung dikatakan boleh dikawal dengan cepat sekiranya pesakit mengamalkan diet eksklusif dengan anggur selama beberapa hari.Jus anggur amat bermanfaat ketika seseoarang menghidap serangan jantung.
  2. Sumber Cik Google
  3. Epal-mengandungi komponen yg berfungsi menstimulasi jantung & amat bermanfaat bagi pesakit lemah jantung
  4. Sumber cik google
  5. Bawang Merah-mengawal kolesterol darah dengan mengoksidasi kelebihan kolesterol dan satu sudu kecil jus bwang merah mentah di pagi hari dikatakan amat bermanfaat dlm kes2 penyakit jantung.
  6. Sumber Cik Google
  7. Madu - mengandungi pelbagai komponen yang berfungsi mencegah smua jenis penyakit jantung.Madu bekerja menguatkan jantung & melancarkan perjalanan darah.Selain itu, madu juga efektif dalam meredakan rasa sakit pada jantung & degupan jantung.Makan 1 sudu besar madu setiap hari cukup utk mencegah semua jenis gangguan jantung. 
  8. Sumber cik google
  9. Asparagus-membantu mengatasi lemah jantung & pembesaran jantung,cuba campurkan ekstrak jus asparagus segar dengan madu(2:1).Ubat ni sebaiknya diambil 3 kali sehari.Pesakit jantung juga boleh mendapat manfaat dengan cara merebus sayur ni.
  10. sumber cik google
  11. Alfalfa-jus herba ini telah terbukti membantu sebahagian besar kes yg berkaitan dengan penyakit arteri & jantung.Biasanya hanya perlu menggunakan daun tanaman ini.Tetapi jus alfalfa terlalu keras jika di makan sendiri,olh itu lebih baik mencampurkannya dengan jus lobak merah dalam jum.yg sama iaitu sekitar 125ml.
  12. Vitamin E-memperbaiki fungsi jantung dengan cara membaiki sel2.Vitamin E juga meningkatkan perjalanan darah & kekuatan otot.Produk2 bijirin penuh & sayuran hijau,khususnya daun kubis lapisan luar merupakan sumber Vitamin E
  13. Vitamin C-melindungi kerosakan spontan pada dinding kapilari yg biasa memicu serangan jantung.Vitamin C juga mencegah peningkatkan kolestrol darah.Stress,marah takut,kecewa serta emosi seumpamanya mampu meningkatkan lemak & kolesterol darah.Tapi reaksi stress tidak akan bahaya sekiranya diet anda cukup Vitamin C seperti buah Sitrus yang terkaya dengan VItamin C.
Jadi sama2lah kita menjaga jantung kita dengan cara semulajadi ni..Info ni MV dpt drpd Majalah Mingguan Wanita...


Read More

Monday, October 29, 2012

Weekend Without HaikalAyu.

5:37 PM
Weekend Without HaikalAyu.
Salam...kamu nampak tajuk entry kali ni...paling manang punya tajuk kan..kamu ingat kamu jak pandai orang putih kah??MV pun pandai bah...hehehe..ini kalilah...mimang ada yg makan hati berulam jantung kali kan tengok tajuk entry ni..hahaha...

Bah kita smbung cerita..dalam entry yang NI..MV ada bagitahu kan yg dorang HaikalAyu nda ikut MV sama HUbby dan Wani balik KK..sebab mama & kakak MV buat sate utk diorang....

Jadi Si wani alone di rumah...main pun satu2 orang..kesian juga MV tengok tapi apa boleh buat kan...HaikalAyu masih di Beaufort..Jadi MV pun janji sama wani"baby tidur dulu..nnt mama buat bintang kertas kasi adik lepas bangun"..

So Si Wani pun tidur sebab mmg sudah mengantuk kali...hehehe...dalam wani tidur MV pun buatlah bintang yang MV janji...entah kenapa lah tiba2 mood mau buat bintang mcm masa muda2 dulu dtg balik..

Time muda ar...skg ni tua sdh kali...bulan dapan 27 tahun sdh..oh tidak...matilah bah..nda lama masuk 30...oh tidak...kalau dulu nda sabar mau umur 20 tahun tpi ni kali nda MV sanggup mau 30..buli kah tue kalau 29 tahun jak seumur2...

Nah melencong sudah MV ni...ok kita sambung kita punya cerita...MV buat lah dlm 20 bintang kertas tp MV nda ambil gmbr..nnt jak..nda juga rosak oleh SI Adik Wani..

Tapi semuanya jauh panggang dr api..bila SI adik dengan bangganya kasi koyak2 bintang tue..aduiyai..huhu..apa2 jaklah dik..dilayan kalau kau...paling manang kau ni adik..

OPss..jangan pening2 baca entry ni...hahaha...ni atas permintaan Izan MAma Mia..dia bilang dia suka bahasa sabah...jadi MV buat entry dlm bahasa sabahan yg simple..

Kalau mau belajar loghat tue MV nda berapa teror tp buli2 lah kalau kamu mau tau sikit2...hehehe...Jom kamuorg layan pic di bawah

Nampak  bintang kertas dalam cawan tue


MV penat buat Wani pegi koyakkan
tengok tue bersepah mainan oleh si wani
Posing seksi

Muka bosan sebab HAikalAyutiada di rumah
Tabing HAW

Read More

Bahaya Air Kosong Kepada Bayi

2:34 PM
Bahaya Air Kosong Kepada Bayi

Hari ni MV mau kongsi pasal bahaya air kosong kepada bayi.Ada segelintir ibu yg member bayi minum air kosong dengan alas an mahu membilas lidah bayi yang diselaputi dengan kesan putih yang timbul selepas menyusu..

Dan ramai yang tidak tahu perbuatan itu sebenarnya mendedahkan anak kita kepada pelbagai risiko kesihatan sehingga kan boleh meragut nyawa anak kecil anda.

PAsti ramai yang tahu bahawa susu ibu mengadungi 88% air.Oleh itu bayi tiduk memerlukan air tambahan seperti air kosong.Manakala kesan putih di lidah bayi boleh hilang hanya dengan dilap menggunakan kain.

Perlu juga kita tahu bahawa buah pinggang bayi masih belum matang penerimaan air kosong akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair berlebihan dan akan menyebabkan aktiviti otak bayi akan terganggu.

Air kosong terlalu banyak dlm tubuh bayi juga akan mengakibatkan proses penyahtoksin.Simpton ini biasa ditunjukkan oleh bayi ialah meragam kerana tidak selesa,pening kepala,mengantuk,suhu badan rendah,bengkak di wajah,kekejangan & sawan.

Lima masalah yang timbul akibat perbuatan memberi bayi berumur 6 bulan ke bawah minum air kosong:

  1. Mengancam nyawa-kemungkinan air kosong yg kita beri mengandungi kuman & bayi terdedah kepada masalah cirit birit.
  2. Menghakis pelindung penyakit –air kosong yg diberi akan menghakis salutan pelindung yang dihasilkan susu ibu & ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh meragut nyawa apabila system imuniti yang di bina rosak dek amalan minum air kosong berlebihan.
  3. Menyebabkan sawan tarik – Bayi dibwah usia 5 minggu sangat berisiko utk mengalami sawan tarik kerana sekiranya diberi terlalu banyak air,ia akan menyebabkan garam didalam tubuh cair dan mengakibatkan suhu bdan rendah,kembung & sawan tarik.Sindrom ini juga dikenali sebagai oral water intoxication.
  4. Merencatkan tumbesaran_ perut bayi sangat kecil,apabila perutnya dipenuhi air akan menyebabkan dia kenyang & kurang berminat menyusu ibu.Kesan bayi tidak mendapat khasiat yg diperlukan drpd susu ibu.
  5. Menjejaskan akal –tindakan memberi  air kosong kepada bayi di wal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah.Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi lahir didapati meningkatkan jaundis.Menurut pakar laktasi dari Kanada,Anne Kirkham,pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yg diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan terencat akal.

 Tetapi apabila bayi sudah melepasi usia 6 bulan,kita boleh mula memberinya air.Namun harus diingat kita hanya perlu memberikan air sekadar yg perlu kerana sekiranya air diberi secara berlebihan akan menyebabkan bayi kita mengalami kembung perut & tidak mempunyai selera makan.

Dan setelah anak kita berusia 1 tahun,kita tidak lagi perlu menyekat jumlah air yg diambilnya.

Info ni MV dapat drpd Majalah PA & Ma edisi Nov...dan MV masa AyuWana berumur 6 bulan ke bawah..mmg MV tak bagi drg minum air kosong..sebab drg Fully BF..Abg Haikal MV tak sempat jaga sebab masa dia umur 3 minggu...MV terpaksa tinggalkan dia utk lapor diri Ke matrik Johor..masa tue bercerai susu ibu dgn Abg Haikal mmg saat yg paling perit....
Read More

Besok Sajalah!!

12:41 PM
Besok Sajalah!!

Sabtu lepas...MV hubby & Wani balik dulu ke KK..HaikalAYu tinggal di BFot...sebab mama MV & kakak MV buat sate dr daging korban...Jadi esok drg balik naik keretapi...Kenapa MV balik awal??

MV terpaksa balik awal sebab HUbby mau buat kereta...dlu MV pernah bagitahu kan yg kereta MV hantar kat bengkel..tp ntah macam mana bengkel tue buat keta cuai...

So Hubby buat keputusan buat kereta tue sendiri...dia nak turunkan gearbox...nak check enjin katanya..huhu.MV nda pandai sgt pasal kereta ni...tp kesian x kan Hubby balik sorang..nnt siapa nak bagi masak pula..

Malamnya kami pergi kedai beli barang...MV cakap kat hubby"abg jom tengok sana Ramai Jaya...macam banyak baju cantik2..."Bah di mana parking.."abg berhenti jak di tepi...cyg tengok2 jak dr luar"(boleh pula tengok dr luar)

"Ok jom jalan....""cakap mau beli baju..tp nape nda turun.."hubby kebinggungan,,,,"besok sajalah..hujan skg ni"...MV ni ada 1 habit..kalau hubby suru pegi beli baju utk diri sendiri mmg payah..sebab MV tak pandai pilih..alih2 MV tak jadi nak beli pun..

"hujan bah skg ni..esok sajalah"...sekali wani menyampuk"babah..besok sajalah...hujan ni..."dan bukan sekali dia cakap tapi dia ulang 2 3 kali...dan kami bertiga terus ketawa dalam kereta..
Nah kau..sampai sepet lagi mata ketawa..

Suka betul dia..
Read More

Abg Haikal Vs Memandang Awan???

12:14 PM
Abg Haikal Vs Memandang Awan???

Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Heyyh, sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]

Bertemu diriku
Bertemu diriku

Tue dia lirik lagu Memandang Awan by Sharifah Zarina..Kenapa MV buat entry pasal lagu ni??sebab My Haikal pandai betul nyanyi lagu ni...MV perasan masa dlam keta mau balik kg...masa tue dengar hot fm...

DJ tue pasang keratan2 lagu yg bakal dimainkan..."ku akan terus berlari...mengejar awan yang pergi.."tiba2 abg haikal sambung"Di selangit serribu mimpi..saat ini,bertemu dirikuu"...

MV & Hubby berbalas pandangan...& tersenyum...Sebab MV sendiri pun nda tau bait2 lirik lagu ni...hohoho...Abg2 kalau menyanyi nombor satu betul..jom layan pic di bawah

Cuba teka abg haikal tengah menari apa?

Snap pic sendiri..abaikan latar belakang tue...
Oh ya...dlm entry ni ada 3 Wanita yang tak sempat join Bloglist.. dan MV masukkan kamu bertiga di BPMMV...nnt kamu cek ar...


Tabung HAW

Read More

Update Senarai Penghuni "Bloglist Paling Manang MV"

10:03 AM
Update Senarai Penghuni "Bloglist Paling Manang MV"

Assalammualaikum..memulakan entry hari ni dengan senarai penghuni "Bloglist Paling Manang MV",,,terima kasih MV ucapkan pada yang sudi menghuni BLoglist MV ni Di SINI..

Mv masukkan semua yang komen di entry itu utk jadi penghuni bloglist yang akan bertahan sehingga mana MV mahu..hehehe..terima kasih banyak2...

Nilah ruangan BLoglist MV..
Oh ya...ramai juga yang tanya pasal Manang tue apa??sebenarnya manang ialah menang...manang ni slang org sabahan...dan paling manang pula ertinya yang paling menang @pun yang paling best antara semua....

Ada 11 blog yang menghuni bloglist ni:

Read More