All About Love

Monday, October 29, 2012

Bahaya Air Kosong Kepada Bayi

2:34 PM
Bahaya Air Kosong Kepada Bayi

Hari ni MV mau kongsi pasal bahaya air kosong kepada bayi.Ada segelintir ibu yg member bayi minum air kosong dengan alas an mahu membilas lidah bayi yang diselaputi dengan kesan putih yang timbul selepas menyusu..

Dan ramai yang tidak tahu perbuatan itu sebenarnya mendedahkan anak kita kepada pelbagai risiko kesihatan sehingga kan boleh meragut nyawa anak kecil anda.

PAsti ramai yang tahu bahawa susu ibu mengadungi 88% air.Oleh itu bayi tiduk memerlukan air tambahan seperti air kosong.Manakala kesan putih di lidah bayi boleh hilang hanya dengan dilap menggunakan kain.

Perlu juga kita tahu bahawa buah pinggang bayi masih belum matang penerimaan air kosong akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair berlebihan dan akan menyebabkan aktiviti otak bayi akan terganggu.

Air kosong terlalu banyak dlm tubuh bayi juga akan mengakibatkan proses penyahtoksin.Simpton ini biasa ditunjukkan oleh bayi ialah meragam kerana tidak selesa,pening kepala,mengantuk,suhu badan rendah,bengkak di wajah,kekejangan & sawan.

Lima masalah yang timbul akibat perbuatan memberi bayi berumur 6 bulan ke bawah minum air kosong:

  1. Mengancam nyawa-kemungkinan air kosong yg kita beri mengandungi kuman & bayi terdedah kepada masalah cirit birit.
  2. Menghakis pelindung penyakit –air kosong yg diberi akan menghakis salutan pelindung yang dihasilkan susu ibu & ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh meragut nyawa apabila system imuniti yang di bina rosak dek amalan minum air kosong berlebihan.
  3. Menyebabkan sawan tarik – Bayi dibwah usia 5 minggu sangat berisiko utk mengalami sawan tarik kerana sekiranya diberi terlalu banyak air,ia akan menyebabkan garam didalam tubuh cair dan mengakibatkan suhu bdan rendah,kembung & sawan tarik.Sindrom ini juga dikenali sebagai oral water intoxication.
  4. Merencatkan tumbesaran_ perut bayi sangat kecil,apabila perutnya dipenuhi air akan menyebabkan dia kenyang & kurang berminat menyusu ibu.Kesan bayi tidak mendapat khasiat yg diperlukan drpd susu ibu.
  5. Menjejaskan akal –tindakan memberi  air kosong kepada bayi di wal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah.Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi lahir didapati meningkatkan jaundis.Menurut pakar laktasi dari Kanada,Anne Kirkham,pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yg diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan terencat akal.

 Tetapi apabila bayi sudah melepasi usia 6 bulan,kita boleh mula memberinya air.Namun harus diingat kita hanya perlu memberikan air sekadar yg perlu kerana sekiranya air diberi secara berlebihan akan menyebabkan bayi kita mengalami kembung perut & tidak mempunyai selera makan.

Dan setelah anak kita berusia 1 tahun,kita tidak lagi perlu menyekat jumlah air yg diambilnya.

Info ni MV dapat drpd Majalah PA & Ma edisi Nov...dan MV masa AyuWana berumur 6 bulan ke bawah..mmg MV tak bagi drg minum air kosong..sebab drg Fully BF..Abg Haikal MV tak sempat jaga sebab masa dia umur 3 minggu...MV terpaksa tinggalkan dia utk lapor diri Ke matrik Johor..masa tue bercerai susu ibu dgn Abg Haikal mmg saat yg paling perit....
Read More

Besok Sajalah!!

12:41 PM
Besok Sajalah!!

Sabtu lepas...MV hubby & Wani balik dulu ke KK..HaikalAYu tinggal di BFot...sebab mama MV & kakak MV buat sate dr daging korban...Jadi esok drg balik naik keretapi...Kenapa MV balik awal??

MV terpaksa balik awal sebab HUbby mau buat kereta...dlu MV pernah bagitahu kan yg kereta MV hantar kat bengkel..tp ntah macam mana bengkel tue buat keta cuai...

So Hubby buat keputusan buat kereta tue sendiri...dia nak turunkan gearbox...nak check enjin katanya..huhu.MV nda pandai sgt pasal kereta ni...tp kesian x kan Hubby balik sorang..nnt siapa nak bagi masak pula..

Malamnya kami pergi kedai beli barang...MV cakap kat hubby"abg jom tengok sana Ramai Jaya...macam banyak baju cantik2..."Bah di mana parking.."abg berhenti jak di tepi...cyg tengok2 jak dr luar"(boleh pula tengok dr luar)

"Ok jom jalan....""cakap mau beli baju..tp nape nda turun.."hubby kebinggungan,,,,"besok sajalah..hujan skg ni"...MV ni ada 1 habit..kalau hubby suru pegi beli baju utk diri sendiri mmg payah..sebab MV tak pandai pilih..alih2 MV tak jadi nak beli pun..

"hujan bah skg ni..esok sajalah"...sekali wani menyampuk"babah..besok sajalah...hujan ni..."dan bukan sekali dia cakap tapi dia ulang 2 3 kali...dan kami bertiga terus ketawa dalam kereta..
Nah kau..sampai sepet lagi mata ketawa..

Suka betul dia..
Read More

Abg Haikal Vs Memandang Awan???

12:14 PM
Abg Haikal Vs Memandang Awan???

Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Heyyh, sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]

Bertemu diriku
Bertemu diriku

Tue dia lirik lagu Memandang Awan by Sharifah Zarina..Kenapa MV buat entry pasal lagu ni??sebab My Haikal pandai betul nyanyi lagu ni...MV perasan masa dlam keta mau balik kg...masa tue dengar hot fm...

DJ tue pasang keratan2 lagu yg bakal dimainkan..."ku akan terus berlari...mengejar awan yang pergi.."tiba2 abg haikal sambung"Di selangit serribu mimpi..saat ini,bertemu dirikuu"...

MV & Hubby berbalas pandangan...& tersenyum...Sebab MV sendiri pun nda tau bait2 lirik lagu ni...hohoho...Abg2 kalau menyanyi nombor satu betul..jom layan pic di bawah

Cuba teka abg haikal tengah menari apa?

Snap pic sendiri..abaikan latar belakang tue...
Oh ya...dlm entry ni ada 3 Wanita yang tak sempat join Bloglist.. dan MV masukkan kamu bertiga di BPMMV...nnt kamu cek ar...


Tabung HAW

Read More

Update Senarai Penghuni "Bloglist Paling Manang MV"

10:03 AM
Update Senarai Penghuni "Bloglist Paling Manang MV"

Assalammualaikum..memulakan entry hari ni dengan senarai penghuni "Bloglist Paling Manang MV",,,terima kasih MV ucapkan pada yang sudi menghuni BLoglist MV ni Di SINI..

Mv masukkan semua yang komen di entry itu utk jadi penghuni bloglist yang akan bertahan sehingga mana MV mahu..hehehe..terima kasih banyak2...

Nilah ruangan BLoglist MV..
Oh ya...ramai juga yang tanya pasal Manang tue apa??sebenarnya manang ialah menang...manang ni slang org sabahan...dan paling manang pula ertinya yang paling menang @pun yang paling best antara semua....

Ada 11 blog yang menghuni bloglist ni:

Read More

Sunday, October 28, 2012

5 tanda anak mahu tidur

9:00 AM
5 tanda anak mahu tidur

  1. Menguap
  2. menggosok mata
  3. menangis
  4. buat perangai-macam2 dia buat..bongkar sana sini...marah2
  5. tarik telinga-yg ni kena tengok kdg2 sampi merah telinga dibuatnya
Semua tanda2 diatas HAW ada...hehehe...terutamanya no3-5...kadang2 geram juga kalau drg buat perangai yang no.4...huhu..tapi lain budak lain peel nya cuma anak2 MV ni 1 kepala...

Anak2 anda mcm mn??

*entry autopublish...nnt MV  Balas kunjungan kamu yea....
Read More

Saturday, October 27, 2012

10 tips anak tidur lena

9:00 AM
10 tips anak tidur lena
Salam kali ni Mv nak berkongsi tips supaya anak tidur lena...Sebab ada segelintir anak ni susah nak bagi tidur...tapi bukan semua..Jom baca tips yg MV dpt dr Majalah Pa & Ma...

Ni dia 10 tips yg boleh kita amalkan:
  1. gelapkan bilik anak sekiranya tidur waktu pagi
  2. suhu bilik jangan terlalu panas @ sejuk.
  3. Bilik sentiasa dalam keadaan senyap
  4. elakkan bermain ditempat tidur
  5. jadikan waktu tidur itu rutin dan konsisten
  6. Jika bayi terjaga waktu malam,mungkin disebabkan mahu susu @ lampin basah
  7. Lakukan proses menukar lampin dengan cepat & setelah selesai tepuk untuk tidurkannya semula
  8. Jangan bermain dengan anak & lakukan aktiviti bersama pada waktu siang kerana ia akan membantu anak tidur lena pada waktu malam
  9. Bawa bayi ke katil waktu sedar & beri masa utk dia tidur sendiri.
  10. tidurkan bayi ditempat yang sama kerana secara psikologi anak akan tahu itu adalah tempat tidur dia.
Yang no.1 mmg MV buat tapi waktu mlm sebab HAW selagi lampu on selagi mata drg ni nda mau tidur...suhu bilik tue MV no komen..sebab bilik anak2 pakai kipas jak..hehehe

Tips 3 & 4 mmg xda le pakai..sebab HaikalAyu kalau tidur adalah masa paling bising & time ni juga lah mau main & cerita...Dan yg NO.5 MV setuju..tapi masalah MV nda ble tidur tengahari..hahaha(MV bukan anak2 perasan betul)

Part no.6 & no.7 MV mmg tak rasa,,,sebab Wani kalau nak susu dia pandai buka baju MV...hehehe..lagipun skg anak2 pakai pampers...so x rasa basah sgt.

Kurang tidur waktu pagi supaya anak2 tidur cepat waktu malam yg ni mmg MV setuju cthnya:Abg Haikal...& dua tips yg 9 & 10 kena praktik sebab kalau anak2 dah biasa mmg senang depa nak tidur..

Sekian utk perkongsian..(*psst ni adalah entry autopublish)
Read More

Friday, October 26, 2012

Khasiat tomato.

9:30 AM
Khasiat tomato.
Credit to google
Siapa suka makan tomato.angkat tangan>>MV pun kaki sekali..sebab mmg suka makan tomato....

TOmato ni kaya dengan zat besi dan serat dengan vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan kita.Tomato juga mempunyai kebaikan antioksidan iaitu  sebuah molekul yang mampu memperlambat atau mencegah oksidasi molekul lainnya. Oksidasi adalah sebuah reaksi kimia yang mentransfer elektron dari zat ke oksidator.(sumber dr sini)

kandungan likopena dalam tomato dikatakan dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser & penyakit jantung.Bukan itu sahaja,kandungan likopena & air yang tinggi dalam tomato juga menggalakkan lagi pengaliran keluar toksin dalam badan manusia.
Read More