All About Love

Monday, September 24, 2012

Pernah Jumpa Orang yang Macam Ni kah??

3:52 PM
Pernah Jumpa Orang yang Macam Ni kah??

"Untuk makluman kamulah..memang tidak dapat ubah sudahlah dia punya program..itulah kamu tidak betul mau urus...kalau di suruh banyak lah  kamu punya lasan..itulah ini lah"

"Salam...saya ni..hari ni...mau cakap ni....kamu tidak marah kah ni...sya mau minta tolong bah ni"

Kamu perasan apa yg ganjil dgn dua ayat di atas,,,mesti kamu pernah jumpa kawan2 yg mcm ni...Ni contoh kawan2 Mrs Velentine..yg sorang terbiasa guna "lah"..yang sorang pulak "ni"...

BUkan dari percakapan jak tetapi dalam penulisan pun begitu juga...mula2 kenal dorang ni rasa lucu juga..iyalah kan..bila bercakap jak mesti ada tambah  an "lah" @ "ni" di belakang ayat drg...

Mula2 tue Mrs Velentine mengajuk juga bila kawan sya ni update status di FAcebook...iyalah saja menyakat..(*jahatkan..)nasiblah dia ni je yang x ambil hati..lama2 dia tahu yang sya mmg suka meyakat dia ni..hehe..ops berapa banyak "ni" lah..

Yang sorang pula pegawai kat ofis sya..mula mmg tidak perasan yg dia ada habit guna "Lah" setiap kali bercakap sehingglah 1 hari kawan sya tegur...dan tadi masa meeting sya tersenyum sendiri dengar dia buat laporan ICT...hehehe...mmg banyak "lah "Dalam percakapan dia..hehehe

Kamu pernah @ ada kawan2 yang mcam ni???kalau di Sabah nda heran lah sebab kalau bercakap mmg ada BAh di hujungnya..sebab itulah salah satu cara meu kenal org 2 asal dr Sabah...

Tapi kalau yg mcm kes ni pernah jumpa??@ kamu sendiri yg mmg ada habit begini???
Read More

Dah Pandai Exchange Barang Lah Pulak.

2:42 PM
Dah Pandai Exchange Barang Lah Pulak.

Salam..maaf hari ni lambat sikit mengupadate..kerana..hari ni jer kena attend meeting pengurusan bulanan bil.9 pejabat..so pagi2 mmg takdenye BW korang..tp insyaallah akan singgah kamu...sebab sya tengah Katalog buku..hehe..menyelam minum air..hahaha

Berbalik pada tajuk entry Mrs Velentine hari ni..."dah Pandai Exchange barang lah pulak"..kamu mau tahu siapa yang sudah pandai meng"exchange" barang ni...kamu rasa2 siapa???Abg HAikal?Kakak AYu Or Si Adik Wani???

Ni lah Orangnya...siapa yg teka dengan Betul??

Nak tahu Si Adik Wani ni exchange apa???Dia tukar2 patung Bear dgn kawan Taska nya...Hari JUmaat minggu lepas,macam biasalah tiap2 petang ambil dia dari Taska...Dan tiba2 hari jumaat lepas dia bawak teddy bear yang mmg bukan dia punya...

"Aik sape punya patung ni adik??"MRs Velentine tanya Wani.
"Dia punya patung kak,ada dalam beg dia",cikgu dia yg jawab.
"Bukan dia punya ni,dia punya teddy bear lain",Mrs Velentine confius..

Tapi nda mau lah kasi panjang2 cerita..lagipun Mrs Velentine tanya wani dia diam jer pas 2 senyum..masa keluar sdh dr perkarangan Taska..Mama Pun umpan2 tanya adik wani sekali lagi...dan kali dia menjawab..

"Adik..siapa punya patung ni??",,,Dengan nada yang lembut ok...
"Kawan..",tengok jawapan dia..sebab 2 Mrs Velentine hairan kenapa cikgu dia cakap tue patung dia.
"Kalau kawan punya kenapa adik bawa balik..lepas 2 cakap patung ni adik punya??"Mrs Velentine tanya lagi.
"Adik pinjam kawan punya..kawan pinjam adik punya patung"...selamba jak dia jawab.

Sampai keta Mr Velentine terus tanya sya"aik patung siapa c baby bawa ni cyg??"..."Adik punya..adik pinjam kawan..patung adik kawan pinjam"...wah2..abah dia tanya Mama...dia tolong jwab..Mrs Velentine tanya banyak kali punya payah mau jawab..hehehe...

Advance betull adik ni..pandai sudah tukar2 barang...huhu..jangan lepas ni tukar2 baju sudahlah..tapi teringat ada 1 hari 2 dia pakai pampers pet2..padahal dia pakai pampers She She...adakah itu pun hasil pertukaran Wani dgn kawan dia????

*Wani ni cakap dah lurus..walaupun baru 2 tahun...dan terima kasih siapa yg cubit2 nuffnang sebab last week dapat earning Rm7.50..walaupun tak banyak tapi sekurang2 menambahkan jumlahnya Menjadi Rm13.00..tq semua.
Read More

Friday, September 21, 2012

Kereta MYvi Terbakar Di KPKPS,Sabah

10:01 AM
Kereta MYvi Terbakar Di KPKPS,Sabah

Tadi masa tgh menikmati minum pagi..tiba2 dikejutkan dengan pengumuman oleh pihak pengurusan bangunan ..yg ada kereta MYvi terbakar dan diminta semua kereta yang parking berdekatan dengan kereta tersebut mengalihkan kenderaan mereka...


Ni lah keadaan kereta MYvi yang terbakar Di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah


Mrs Velentine x pegi tgk just tgk dr Library...mmg terkejut juga lah...tp nasib lah ada Guard ni perasaan..kalau lambat sikit silap banyak keta yg akan kena kalau2 keta ni meletup...

Staf Gemilang terpaksa mengumpil bonet kereta .

Dengar cerita dari kawan di Gemilang...kononnya Bateri kereta ni meletup dan kemudian cermin depan pecah...drg terpaksa mengumpil bonet utk padamkan api...syabas lah..kamu mmg terbaik..

Buat Owner kereta..Mrs Velentine turut bersimpati dengan apa yang terjadi...tapi nasib jugalah kejadian ni berlaku masa parking...Syukur..


Jom KLIK2

Read More

Happy Birthday To you..

9:42 AM
Happy Birthday To you..

Happy birthday To You...
Birthday Boy..20.09.2012...


Memulakan hari ni dengan ucapan selamat hari jadi yang ke-15 tahun buat adik bongsu Mrs Velentine..hari jadi dia semalam...tapi x dpt mau wish semalam so wish di blog supaya nnt dia ble baca...

Adik Mrs velentine ni x duduk kat rumah..sebab dia sekolah asrama dekat Sekolah Menengah Agama Pantai Manis,Papar,Sabah..tahun ni dia duduk PMR..

Selamat hari jadi Alon...semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki dan diberikan keberkataan serta kejayaan dalam hidup...jangan nakal2(*ingat pesan kakakmu ni) semoga jadi anak yg soleh...AMin...

Nanti 29.09.2012 kita celebrate birthday kau k..sebab Mama bilang kau tia dapat pulang ni minggu...Hadiah???nnt sa fikir...Kalau bagi alat tulis boleh kah tue??hehehe...

Sekali lagi..selamat hari jadi....



Read More

Thursday, September 20, 2012

6 Tuntutan Cuepacs Dan Tambahan 30 Minit Waktu Bekerja.

1:55 PM
6 Tuntutan Cuepacs Dan Tambahan 30 Minit Waktu Bekerja.

Salam mungkin dah ramai yang update tentang 6 tuntutan Cuepacs sempena Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada minggu depan...kan3x..So sya tertarik dgn entry ni...

Apa ada sgt dgn tambahan 30 minit iaitu dtg 15 minit lebih awal dan balik 15 minit lebih lewat...Betul apalah sgt kan3x..Mcm Mrs Velentine dulu mlm pun keja...walaupun dibayar ot tp tetap penat...Ot pun berapa lah sgt...tp masih ada yg mempertikaikan yg jawatan mcm kami ni xda keja nak buat...

Sya setuju lah dengan Aimaniman..banyak2 jawatan..jawatan guru lah yg bila dh pencen pun org tetap panggil dia cikgu...itu semua org kena tahu...kalau keja akautan ker pem.perpustakaan ker...bila dh pencen jawatan 2 hilang lah juga..tp jawatan cikgu smpi pencen tetap kekal selamanya...

Opss...nah terkeluar tajuk sudah ni geng,,,hehehe,,,6 tuntutan Cuepacs ialah:


  1. Wajibkan pemaju perumahan bina 35 peratus rumah mampu milik samaada di bandar@luar bandar.
  2. Kaji semula imbuhan tetap perumhan
  3. Pemberian Bonus 2 bulan gaji kepada kakitangan Awam
  4. Sambung kontrak lebih 45,000 penjawat awam yang akan tamat 31/12/2012
  5. Wujudkan semula Majlis Bersama Majikan di peringkat Persekutuan
  6. Menambahbaik sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA baru2 ni.
Ok ni pendapat peribadi Mrs Velentine tentang 3 drpd 6 tuntutan Cuepacs...
  1. Mmg patut kena buat banyak lagi rumah mampu milik terutamanya kat Sabah ni...harga rumah apartment jak pun sdh 200k...kalau rumah sebuah mau setengah juta....so kuli2 mcm Mrs Velentine ni nda taulah bila lah mampu memiliki rumah sendiri kelayakan pinjaman jak pun nda smpi harga rumah...huhu...
  2. Kaji semula imbuhan tetap perumahan yang sekarang ni hanya RM180...kalau yg dapat duduk kuartes oklah dia nda rasa terbeban....tapi macam DI Sabah(*ambil cth di sabah sebab nampak masalah kekurangan kuartes kerajaan) harga rumah jak paling murah pun RM500...sedangkan elaun baru 180.00....(*tp sya syukur dpt EPW..dptlah RM 730.00 tapi sewa rumah jak 600.00...bayangkan jer lah k..
  3. Pemberian bonus ni mmg lah amat2 diharapkan...huhu...selama keja nda pena dpt yg 2 bulan bonus...tapi adalah lebih adil sekiranya pemberian bouns itu diberikan sama rata tanpa mengira gaji pokok...sebab 1.4 juta penjawat awam Di Malaysia separuh drpdnya menerima gaji pokok 2,000 ke atas sebulan...dan lagi separuh menerima gaji pokok yg kurang drpd 2,000.00...adalah lebih elok sekiranya pemberian BOnus itu ditetap kan jumlan Cth RM2,000 seorang supaya peruntukkan utk bajet 2 dapat dikurangkan...(*hehehe sekadar pandangan peribadi jer)
Semua yang Mrs Velentine tulis ni hanyalah pandangan peribadi,,sekiranya ada yang tak setuju janganlah pulak mau memaki hamun Sya..k...tapi kalau komen bantahan takpe..tp jangan lah teruk2 k....hahaha,,,
Read More

Panda Ke Malaysia Pada Tahun 2014??

12:54 PM
Panda Ke Malaysia Pada Tahun 2014??


Mrs Velentine baca Utusan Malaysia dan tajuk berita"panda ke Malaysia 2014" menarik perhatian sya...ingatkan Panda nak dtg melancong..Nah ko tgk punya sengal aku kan..haha,,,panda melancong..huhu

Sebenarnya ni tentang harapan Malaysia untuk mendapat 2 ekor Panda daripada kerajaan Chinan sempena ulangtahun hubungan diplomati Malaysia & China yang ke-40..

Namun persediaan untuk menerima panda perlu disiapkan dahulu sebelum haiwan kebangaan China itu boleh diserahkan,kata Datuk Iskandar Sarudin Duta Malaysia Di China.

Kalau kamu mau tau Panda ni haiwan yang sangat istimewa bagi negara China,,,jadi keputusan untuk menghadiahkan @ meminjamkan Panda kepada Malaysia adalah pengiktirafan buat Malaysia & simbol keakraban antara China Dan Malaysia.

Dan Malaysia adalah antara 22 negara yang diberi penghormatan untuk menerima Panda drpd China sebagai simbol keakraban hubungan antara dua negara.

Nilah panda yang menjadi Haiwan Kebangaan China


Dan bukannya Kung Fu Panda ni tau..hehehe


Harap2 Malaysia dapatlah Panda drpd China..wah mesti ramai yg pergi tgk Panda 2 nnt kan...korang dh pernah tgk panda secara live ker???Sya tak pernah...huhu
Read More

Pengalaman ketika mula2 nak kenalkan Teman istimewa kepada Keluarga

11:37 AM
Pengalaman ketika mula2 nak kenalkan Teman istimewa kepada Keluarga


Pagi tadi masa Bw tertarik dengan entri ni...ECA kau membuatkan aku teingat kisah cinta masa muda2.hahaha..(*aik skg tua sdh kah??27 tua sdh..huhu..lagi 3 tahun 30 sdh...)

Bila baca entry tue terus ku tersenyum...punya lah bida kan...sudahlah hari Ni Mrs Velentine kena jaga kaunter lagi....kebetulan ada customer masuk...terus dia pun senyum..hehehe...Nasiblah ku tidak terketwa...huhu

Berbalik pada tajuk entry Mrs Velentine,,,dulu masa muda2...kiranya time hangat bercinta lah ni...mcm mn kamu kenalkan sang kekasih pada family...ambil masa berapa lama??

Macam Mrs Velentine...dlu bercinta kat sms jer ngan Mr Velentine..tapi masa 2 mmg mama & bapa tau yg anaknya ni tgh kemaruk bercinta walaupun masih lagi sekolah(ting.6)...tapi oleh kerana jarak antara Beaufort ngan Kota Kinabalu 2 jauh..kami hanya bercalling2 & Bersms...

Bayangkan dr tahun 2003 hingga lah 2004..hanya cinta melalui hp tanpa pernah bersua,,wah setianya sya...sapa yg pernah baca entri ni dia mesti tau kisah cinta Mrs Velentine....

So 1 hari Mr Velentine call cakap nak jumpa..Sya Excited giler...bayangkan sdh lah exited lepas 2 giler lagi...nah kamu dpt bayangkan kah keterujaan sya plus gatalnya time tue..ahaha

Dan sperti yang telah dirancang...16.09.2004...kami berjumpa di pekan Beaufort...masa ni mmg nda rancang mau bawa MR Velentine jumpa family...sebab malu konon...hahaha...

Tup2....terjumpa pula my mam & dad di Bfort..so mau tak mau kena bawa jumpa juga...tapi sebelum tue sya pesan kat my Hubby(skg dh kawin kan)..."kita mau jumpa mama & bapa ni,,nnt kalau bapa tanya apa2 jawab sikit2 jelah nda payah penjang lebar."

"Bah,,iyalah"jawapan Mr Velentine amatlah menyakinkan & menyenangkan hati...tapi kamu tau apa yg jadi???

Bapa MRs Velentine tanya dia 1 dia boleh jawap 10..nah lari kan dr janji dia..hish2 nasiblah tak kena reject...hahaha....

Pengalaman kamu pula mcm mn???
Read More