Mrs Velentine pernah buat entry tentang umat islam Rohingya yang ditindas...Siapa terlepas baca ble BACA SINI....Memang sedih bila kita baca tentang Rohingya ni...dan hari ni Negara2 anggota ASEAN mempertimbangkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang menghadapi penganiayaan di Myanmar.
Setiausaha Agung ASEAN,Surin Pitsuwan berkata blok berkenaan sepatutnya menjadi sebahagian penyelesaian masalah itu yang semakin mencapai tahap kemuncak pada Jun lalu apabila pertempuran penuh darah yang menyebabkan kira2 60,000 penduduk kebanyakannya Rohingya Islam kehilangan tempat tinggal.
Cadangan telah dikemukan kepada semua negara yang menjadi anggota ASEAN supaya sekali lagi memberikan bantuan kemanusiaan seperti yang telah dilakukan ketika Taufan Nargis melanda Myanmar 4 tahun lepas iaitu ribut yang mana telah menyebabkan 138,000 rakay Myanmar maut @hilang pada Mei 2008.
Dan negara kita Malaysia antara anggota ASEAN yang turut menawarkan bantuan secara terus kepada masyarakat Rohingya.
Sama2lah kita doakan kesejahteraan masyarakat Islam Rohingya dan semoga mereka dilindungi daripada malapetaka.Amin