All About Love

Friday, August 3, 2012

Hinaan Seperti apakah ini???

4:51 PM
Hinaan Seperti apakah ini???
Sumber dr FB   SABAH IS MY HOME's
Astagfirullahalazim...sampai mcm ni sekali kah hinaan untuk kami Negeri Sabah???Dah zaman internet pun masih ada yang befikiran mcm ni kah??please lah...sila baca suratkhabar...kehidupan kami nda lah seteruk yg kamu sangka...

Baldi????kamu mau baldi yang mcm mn???kedai apa kamu mau???yang branded..yang sederhana..yang runcit2 je atau Kedai Rakyat 1 Malaysia????setakat baldi tue belambak disini...ceteknya pengetahuan org2 sebegini..

Kat Sabah xda apa2 yg dijual??jd Org dr Semenanjung Malaysia @ dr negara luar dtg ke Sabah apa yg mereka beli???Kuih cincin...mutiara..itu bukan barang...kalau ya pun kami ni ngeri termiskin di malaysia tahap kami tidaklah smpi xda langsung aktiviti perniagaan di sini...

Jalan x berturap??ya mmg ada tp bukan semua...cuma yang dipendalaman jer...tp setahu sya di negeri lain pun ada....

Penduduk tetap???kenapa kami bukan bumiputera kah???hish2x...Cawat???please lah kau mau cawat yang harga berapa...kampung2 kami pun benda ni kami ada lah....

Kereta???siapa cakap tiada keta apa kamu mau??org Sabah kebanyakan pakai keta 4 wheel...itu pun nda tau kan...dramatik betul..ya rumah kami atas pokok...bah kalau mau tgk dtg sini Sabah..atas pokok kah atas tanah kah???

McD xda kau x ble hidup...org dlu2 makan ubi kayu pun ble hidup....Untuk pemgetahuan kamu bukan setakat Mcd,Kfc,Pizza,,,& yg sewaktu dgnnya semua pun ada..bukan 1 cawangan tp banyak tgl kamu pilih jak mana mau pegi...

Org timur bukan org Sabah tp mereka pendatang yg dt mencari rezeki di sini...

*Mrs Velentine tak taulah mau ckp apa dgn sesetengah org yg mcm ni...malaysia Merdeka 55 tahun tp masih lagi befikran kuno mcm ni....maaf sya mmg terasa dgn status yg mereka bualkan ni..




Read More

Terima Kasih Atas Ingatan

4:32 PM
Terima Kasih Atas Ingatan

Pagi tadi sebenarnya mood Mrs Velentine Terspoil sikit disebabkan ada 1 benda yang mmg kalau ikut betul bukan salah sya..tp bila org yg mempersalahkan ni siap kata yg buka2x n menyalahkan rakan sya yang x bersalah sehingga menyebankan sya serba salah..mmg mood itu agak kurenngsss meyenangkan tp alhamdulillah berkat bantuan kawan2 sepejabat yang baik hati akhirnya masalah yg bukan salah kami selesai gak...

DAn yang paling mengumbirakan hati Mrs Velentine...bila bukak blog(balik dh tau tp hubby ambiljam 5 so duduk library lah jap...menyelam minum air..hahaha) dpt berita gumbira sebab apa???Mrs Velentine tersenarai antara pemenang dlm Segmen Ni...

BUkan 2 jer..bila pg tgk peti surat kat ofis..jeng3x...


Mrs Velentine dpt 2 kad raya...1 dari ex-ofismate di matrik johor....dan 1 lagi drpd rakan blogger  iaitu geng GSF iaitu pemilik blog It's st0ry Time ≧◔◡◔≦ Waniey...

tq dear atas pemberian...insyaallah kalau sempat akan dibalas....
Read More

Penangan Dejavu Di Kinabalu..

11:31 AM
Penangan Dejavu Di Kinabalu..

Semalam episod akhir Dejavu di Kinabalu...Tapi Mrs Velentine tak tertengok last episod ni semalam sebab balik Ranau lepas keja ngan Hubby n Wani,,Kami pegi ambil barang..smpi KK jak sudah jam 11.00 mlm...My HaikalAyu tinggal di rumah ngan adik Mrs Velentine,,

Hebat jugalah penangan Dejavu di Kinabalu ni kan...iyalah pagi tadi dekat Hotfm pun buat ceta pasal ending yang kononnya tak menarik sebab Nadirah pilih Bazli bukan Ammar(*sya antara yang gembira dengan pemilihan Bazli..jan marah k)

Oleh kerana tak tengok itu last episod..pagi2 tanya My Haikal..

Mrs Velentine : "Abg semalam wayang Tv3 Nadirah pilih Siapa",Patut ke tak patut tanya budak umur 5 tahun.

Haikal : "Dia kawin sama c Bazli..",jawab abg haikal

Mrs Velentine : Betul bah abg??Yg rambut pendek kah panjang??(tidak puas hati)

Haikal : Eh mama ni dia pilih Bazli bah..tp mama c Bazli nda suka tp drg kawen juga(jawapn dlm slang Sabah)

Mrs Velentine : Kakak nadirah pilih siapa??(tanya kakak Ayu pulak,,degil betul kan mak drg ni)

Ayu : "bazlilah..kan Abg sdh ckp bazli..mama ni(nah ambil kau sape suru nda percaya)

Hehehe,,,degil kan...kan kena dgn budak 5 tahun..hish2x...tp ramai yang x suka ending ni..sebab buat apa kawen Bazli kalau jantung 2 still berdegup kencang selepas 3 tahun kemudaia dlm pertemuan Ammar n Nadirah???

Mungkinkah ada part 2...Jeng2x...apa2pun penangan drama ni menyebabkan Mrs Velentine Terpaksa mendengar lagu Butterfly hari2 yang dinyanyikan oleh HaikalAyu....hehehe

Read More

Rosyam Nor Berlakon Dalm Filem Cina"Once Upon A Time”

11:00 AM
Rosyam Nor Berlakon Dalm Filem Cina"Once Upon A Time”

Pelakon lelaki terkenal negara Rosyam Nor melebarkan lagi sayap dalam lakonan apabila berganding dengan Jack Lim dalam filem cina yang bertajuk “Once Upon A Time”.


Filem Cina tempatan ini akan diarahkan oleh pengarah, Silver. Setelah sekian lama bertapak dalam industri, Rosyam memberitahu bahawa dia memang sudah lama mengimpikan untuk berlakon didalam filem berbahasa Cina.

“Apabila mendapat peluang untuk berlakon dalam filem berkenaan (Once Upon A Time) saya bersetuju kerana bukan sahaja memang teringin untuk berlakon dalam filem berbahasa Cina tetapi ia dapat mengembangkan kerjaya saya.” – Rosyam Nor.



*Tak Sabar mau tengok ni filem...hehehe
Read More

Tips ELakkan Tertidur Time Memandu Perjalanan Jauh

10:13 AM
Tips ELakkan Tertidur Time Memandu Perjalanan Jauh


Nak dekat2 raya ni mesti semua rancang nak balik beraya di kampung..Ada yg balik kampung dekat jer kan..tp kalau kat sabah ni jarak kg jauh2..mcm Mrs Velentine nak balik Ranau sebab Raya pertama kat sana..and the balik Beaufort pula raya ke-2..

Perjalanan dr Kota Kinabalu Ke Ranau ambil masa 2 jam tp kalo Mr Velentine 1j30 minit jer sebab dah biasa...Pas 2 dari Ranau nak ke Beaufort pula ambil masa 4 jam lah cincai...paling lama lah 2..hehehe..sebab dr Ranau ke KK 2 jam kan...KK ke Beaufort pun 2 jam...itu bergantung paa keadaan lalulintas..hehehe

So hari ni mau kongsikan tips lah utk elakkan tertidur ketika memandu utk perjalann yang jauh..

  1. Pastikan rehat cukup sehari sebelum bertolak(hehehe...ni semua org pun buat kan)
  2. Kalau boleh jangan semua penumpang tidur..seorang kena berjaga untuk mengelakkan pemandu turut tidur sama..bahaya 2
  3. Pasang radio(lagu kegemaran korang @ ayat2 al-quran)
  4. Beli lah jajan utk dikunyah sepanjang perjalanan(yang ni Mr Velentine amalkan)
  5. Menyanyi @ bercakap walhal xda org pun nak dengar(Ni Mrs Velentine amalkan)
  6. Singgah lah petronas minum nescafe percuma(hahaha,,,jan marah)
Korang ada tips lain...Jom kongsi

Read More

Makanan - Makanan Terkenal Di Sabah

9:47 AM
Makanan  - Makanan Terkenal Di Sabah





Assalammualaikum semua..hari ni Mrs Velentine nak memperkenalkan Makanan yang terkenal kat Sabah ni dan merupakan makanan tradisional suku kaum Sabah.Korang tau kan yg Sabah ni mempuyai suku kaum yang pelbagai So makanan pun mesti banyak...hehehehe

Oleh kerana Mrs Velentine mix cina + Bisaya So kita mulakan dlu dengan suku kaum mak sya lah k..Org Bisaya ni kebanyakan menetap di Beaufort..Makanan yg terkenal suku kaum Bisaya ni adalah ambuyat@ sagu & kelupis..

Makanan berikut nya pula mmg terkenal dgn suku kaum Dusun iaitu Tuhau, Inava,jeruk bambangan& basau...Mula2 nda pandai juga makan benda2 ni tp last2 semua ni wajib ada kalau mau makan....



Dan jom tengok makanan yang terkenal juga kat Sabah.kalau pergi Sabah wajib bawa balik n try makan..jom tengok pic kat bawah

Kuih Cincin(PapaR)
AMplang(Tawau)
 

Kuih Penjeram(*Terkeanal kat Kota Belud)
Rumpai laut(*cari kat Pasar Filipin)
 
Kelapa Bakar(Tuaran,)
jagung Bakar (Kota Marudu)

Sayap Ayam(Pasar malam)
Ikan Ampap
Kalau Ada member Sabahan Yang mau tambah lagi makanan2 yang terkenal Di SAbah...jomlah kongsi ..

 






Read More

Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Separuh Akhir Olimpik London 2012

7:58 AM
Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Separuh Akhir Olimpik London 2012

Datuk Lee Chong Wei & pasangan beregu badminton Koo-Tan layak ke separuh akhir apabila menang perlawanan suku akhir semalam.


Saingan sengit yang diberikan oleh pemain India  P Kashyap dalam set pertama mmg menarik lah...sebab Datuk Lee Chong Wei menang tipis je dgn mata 21-19...tapi pada set ke-2 Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas Kashyap dengan kemenangan 21-11.


Untuk separuh akhir beliau akan bertemu dgn pemain China iaitu Chen Long yang mengalahkan peter gade dr denmark dlm perlawanan suku akhir yang lain semalam.MMg agak mencabar jugalah  Chen Long ni sebab dia adalah pemain ranking ke-3 dunia (*kalau x silap..sila betulkan kalau salah)..


Apa2pun mendoakan semoga Datuk Lee Chong Wei berjaya ke peringkat seterusnya.Mengiringi kejayaan Datuk Lee Chong Wei juga ialah pasangan Koo-Tan yang mengalahkan pasangan dari Thailand Bodin-Maneepong dengan 21-13,21-15.


Mereka akan menentang Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam perlawanan separuh akhir nnt..Dlm 10 rekod pertemuan mereka menang 7 kali..apapun semoga berjaya.


Rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan anda.Amin.Chayok3x


WiFi terlaju dan coverage paling bagus di Malaysia. Apa? Mana??Di sini
Read More