All About Love

Thursday, August 2, 2012

Lelaki Dan Air Mata.

4:11 PM
Lelaki Dan Air Mata.

Kalau sebut pasal air mata selalu jer org kaikan dengan Wanita sebab kononnya wanita ni sensitif cepat terasa dan mudah tersentuh..dan sehinggakan lagu BOb marley pun bertajuk No women no cry..hahaha..begitu sinonimnya air mata atau tangisan dgn kaum hawa..kan3x..

Tapi kali ni Mrs Velentine bukan nak cerita tentang wanita tetapi sebaliknya.Korang pernah nampak lelaki mengalirkan air mata???Pernah kot tapi jarang..kalau ada pun kat drama...sebab 2 lakanon kena menghayatinya...

Lelaki selalu digelar ego sebab selalu jer menyembunyikan apa2 yang mereka rasa daripada wanita tp sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mereka ni mengalirkan air mata.

Kenapa Mrs Velentine cakap mcm 2...Sebab Mrs Velentine pernah nampak bapa mengalirkan air mata ketika Mrs Velentine sakit dlu.tangisan seorang lelaki bergelar ayah.masa 2 mmg sayu jer Mrs Velentine rasa,mcm mau jer sihat cepat tak mau susahkan hati bapa.

Masa bercinta Mrs Velentine pernah melihat Mr Velentine mengalirkan air mata sebab rasa bersalah terhadap layanan yang mak dia beri masa first time jumpa Mrs Velentine tp xle nak salahkan My MIL sebab masa 2 mmg tak kena dgn keadaan tp skg semua dh ok.Restu penting tau,,ahaks..

Dan Hari ni..sekali lagi Mrs Velentine melihat seorang lelaki mengalirkan air mata tanpa segan silu & tanpa memikirkan yang dia berada di pejabat.lelaki yang Mrs Velentine maksudkan ialah Bos Mrs Velentine.Dia menerima panggilan yyang mengatakan ayahnya menghidap kanser.Mrs Velentine mmg tau ayah dia sakit sebab semalam dia terpaksa keluar awal menjenguk ayah nya di hospital Kuala Penyu.

Hari ni pun mmg dia xda mood..tapi x sangka keadaan ayah dia dh teruk sehingga menyebabkan dia tak dpt tahan kesedihan 2...Kalaulah Mrs Velentine tak terkwal emosi diri mungkin air mata ni akan mengalir juga.

Buat Bos takpe ambillah cuti seminggu 2 utk temankan ayah kamu..utk audit ISO ni ada kami berdua lagi.Mrs Velentine doakan yang terbaik untuk ayah beliau.

Read More

Lagu Raya ???

3:25 PM
Lagu Raya ???

Sedar tak sedar dh ramadhan ke-13 dah...nak dekat raya dah kan..huhuhu...baju raya anak Mrs Velentine belum beli lagi..tiada masa mau berjalan sebab hujung minggu 2 minggu lepas balik ranau tgk Mother In Law Yang x sihat di Ranau.

Kalau kamu mau tau Mrs Velentine belum lagi sempat berbuka puasa dengan keluarga di Beaufort kesian drg..huhu..Bapa Mrs Velentine n mama tanya2 sudah...macam anak derhaka pula tau..huhu....Mungkin akan balik minggu ni atau next week...Maaf ya bapa n mama..

So nak dekat raya ni..teringat pulak kat lagu2 raya,,huhuhu...dlu Masa kat Johor pling pantang dengar lagu Sudirman-Dari Jauh Ku Mohon Maaf..mmg touching lah...

Korang dah tukar ringtone lagu raya ker??? Mrs Velentine ingat lagi masa mula2 HP canggih ni kuar tak silap dlm 2004 mcm 2..semua org berlumba2 nak g beli mp3 kat kedai HP..hahaha..skg ada lagi ker nak pg beli???Teringat pula time muda2 waktu keja kedai HP(*skg dh tua ker??)

Korang suka lagu raya yang mana??jom kongsi





Read More

kedudukan penuh untuk bola sepak sukan olimpik 2012

11:37 AM
kedudukan penuh untuk bola sepak sukan olimpik 2012
Ni keputusan penuh utk bola sepak sukan olimpik London 2012...nampak tak dalam kumpulan D & Kumpulan B 2...hehehehe...Japan menjuarai kumpulan D & Korea tempat ke-2..kedua2 negara ni adalah wakil asia ke Sukan Olimpik.

Dan nampak tak kat mana juara Euro 2012 Sepanyol???jeng jeng...nampaknya mereka gagal ke peringkat seterusnya kerana hanya mengutip 1 mata..Mrs Velentine pernah update di Facebook tentang kekalahan Spain kepada Japan...

Kononnya yang main ni bukan yg menang Euro hari 2...mmglah tp takkan bawah 23 tahun spain tak kuat sehingga kalah kepada Japan..Kan3x..hehehe

Apa2pun tahniah kepada yang layak.

Read More

Umat Islam Rohingnya Di Myanmar

10:35 AM
Umat Islam Rohingnya Di Myanmar



Mrs Velentine sebenarnya sedih bila tengok berita tentang umat Islam Rohingnya yang di tindas di Myanmar..jadi sa pun Cubalah mencari  maklumat  lebih lanjut tentang tue di internet dan apa yang Mrs Velentine jumpa mmg menyedihkan.
Sumber dr google


Sumber dr google
Sumber dr google


Sumber dr google
Sedikit sejarah mengenai Rohingnya yang Mrs Velentine dapat drpd Sini.. Sejarah org Rohingnya di Negeri Arakan(yang kini dikenali Myanmar) dikatakan seawal kurun ke-7 ketika Arakan (Myanmar) menjadi penempatan pedagang2 Arab namun bukti sejarah tersebut tidak banyak.Orang Rohingnya memiliki persamaan fizikal,bahsa dan budaya dengan org Asia Selatan terutamanya org Benggali & sesetengah org Rohingnya yang menetap di Arakan adalah drpd keturnan Arab,Parsi& Pasthun yang berhijrah ke Arakan semasa pemerintahan Empayar Mughal.

Orang Rohingnya ini yang beragama Islam menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh iaitu seramai 250,000 kesan drpdOperasi King Dragon di Arakan

 Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke Myanmar  yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,PakistanArab SaudiUAEThailandMalaysia dan Indonesia

Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.

Daripada usaha PBB dahulu, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.


Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.dan Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.

Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.

Untuk lebih lanjut ble baca  DI SINI..tapi skg isu pembunuhan umat Islam Rohingnya semakin menjadi-jadi...Baca sini. & Sini..Mrs VElentine doakan semoga penderitaan  Org Rohingnya akan berakhir.Amin. 


Read More

4 Tahap Mendidik anak Cara Rasulullah S.A.W

9:58 AM
4 Tahap Mendidik anak Cara Rasulullah S.A.W
Mrs Velentine berkongsi panduan ni..Ternampak pic ni di laman FB  Anak Pintar MyIman's..Sama2lah kita mengamalkan garis panduan ini..sesungguhnya menjadi ibubapa 2 adalah 1 tanggungjawab yang berat apatah lagi demi mendidik anak2...


Sharing Is Caring.
Read More

Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Suku Akhir.

9:22 AM
Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan Ke Suku Akhir.


Sumber dr cik google
Semalam Datuk Lee Chong Wei Bertemu Simon Santoso dalam saingan Sukan Olimpik London 2012..Mrs Velentine kalau pasal tgk sukan ni mmg minat  tp kalo bersukan kurenggggg sikit kecuali sukan dalaman(batu seremban,congkak,dam & yang sewaktu dengannya)

Perlawanan Datuk Lee Vhong Wei menentang Simon Santoso semalam mmg menarik aka tertarik dan best,,Kenapa??sebab cara permainan Datuk Lee Chong Wei sungguh bersahaja sehingga membuatkan Simon Santoso mengelengkan kepala..bukan sekali tp berkali-kali..

Datuk Lee Chong Wei dikira menang mudah jugalah semalam apabila mengalahkan Simon dengan 21-12 pada set pertama dimana mengambil masa 13 minit sahaja.Aksi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di sambung dalam set ke 2 dengan banyak skill menarik drpd beliau dan menamatkan perlawanan dengan 21-8..Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 36 minit utk layak ke suku akhir.

Bukan itu sahaja..ada 1 gelagat Datuk Lee Chong Wei yg membuatkan Mrs Velentine terhibur apabila dia mengelak Body Smash oleh SImon santoso..kalau korang ada tgk game semalam mesti korang tau...hehehe..Lawan yang menunggu di peringkat suku akhir ialah pemain dari India iaitu P Kashyap(semalam dia turut menonton perlawanan Datuk lee Chong Wei)

sumber dr cik google
Mengiringi Datuk Lee Chong Wei ke peringkat Suku akhir sukan badminton olimpik London 2012 iaitu Koo-Tan walaupun kalah kepada pasangan dr Korea Selatan dalam saingan Kumpulan D.Koo-Tan ingin mengulangi aksi olimpik Beijing iaitu layak ke kelompok 8 terakhir dan membuat langkah tambahan layak ke separuh akhir untuk memburu pingat.

Koo-Tan akan bertemu pasangan drpd Thailand Bodin-Maneepong utk aksi suku akhir.So Buat Datuk Lee Chong Wei & Koo-Tan...Selamat berjuang..Chayok2x....

Jom Klik2-

Lagi berita gembira untuk kaki fotografi..peluang menang hadiah sehingga RM 30,000.00..Di Sini

Read More

Wednesday, August 1, 2012

Apa yang kamu nampak..

3:35 PM
Apa yang kamu nampak..

Apa yang korang nampak kat pic di atas..Mrs Velentine nampak perkataan Honesty...so maknanya kejujuran lah yang paling penting dalam kehidupan Mrs Velentine...

Jom Kongsi apa yang korang nampak pulak....





Read More