All About Love

Wednesday, July 4, 2012

Kasi hilang Stress..

12:56 PM
Kasi hilang Stress..

Nah layan ni video...kasi hilang stress & pening yg melanda sebab masih lagi proses katalog buku ...


Layanz...
Read More

Salah Baca Soalan je..bukannya tak pandai

11:48 AM
Salah Baca Soalan je..bukannya tak pandai

Wanita & Makeup..

9:57 AM
Wanita & Makeup..

Pagi tadi on the way pg keja dengar Hot Fm...Fafau,Fbi & Ag....mereka becerita tentang wanita dan makeup...Wanita dikatakan makeup mengikut mood...

Pada hari isnin hingga rabu..wanita dikatakan teruja utk bermakeup,,,Pada hari isnin mungkin masa yang diambil adalah 40 minit...selasa 30 minit..dan rabu 20 minit...tp keterujaan utk bermakeup tue meningkat pada hari jumaat...AG cakap mungkin sebab nak cuti...

Fafau cakap dia mengambil masa 25 minit utk makeup yang sempurna..Pergh lama siot...hehehe...Pengakuan Mrs Velentine pulak paling lama pun 10 minit...Jangan terkejut tau,,,hehehe Mrs Velentine x pandai sgt makeup just yang simple2 je..Kalo kamu pula berapa lama???

My Hubby cakap kalo mau tggu wife makeup time mau kuar paling lah menyeksakan sebab tue kalo mau jalan dia akan bersiap paling last...Encik2 suami korang pun berpendapat yang sama Kah??? Jom kongsi dengan Mrs Velentine
Read More

Penyakit isteri membebel

9:45 AM
Penyakit isteri membebel




Hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al- Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al- Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).


*Copy form Fb Member(FneyMwnoa Eojs) utk renungan kita bersama.
Read More

Suri Rumah Vs Isteri Bekerjaya???

9:40 AM
Suri Rumah Vs Isteri Bekerjaya???

Ya saya isteri yang bekerja!!!tapi bukan bermakna kerja2 rumah Mrs Velentine x buat...tp sebenarnya beban itu berganda...pagi kena siapkan anak2 suami dan pegi kerja...pas 2 balik jer rumah kena kemaskan rumah,masak,basuh kain,lipat kain & sebagainya...

Tapi bukan bermakna Mrs Velentine merendahkan isteri yang suri rumah sepenuh masa,,,Mrs Velentine respek mereka sebab mampu menjalankan tugas2 sendirian tp bantuan sesiapa.

Menjadi Suri Rumah Atau Isteri Bekerjaya sebenarnya dua2 mempunyai kelebihan tersendiri..tp masih ada juga org yg membanding2kan...

"alah kalo isteri yang kerja 2 confirm keja rumah nda pandai buat,,apalagi kalo masak" ni lah yg selalu Mrs Velentine dengar tp bukan semua mcm 2..kalo ada pun mungkin sedikit...tp beban yang kami tanggung sebenarnya berat...tekanan yg perlu dihadapi juga berganda...

Mungkin pada pandangan org diluar sana...Suri Rumah dilihat lebih sempurna dr aspek penjagaan keluarganya tp cubalah memahami keadaan kami isteri yang bekerja ni...

Apa yang penting jangan bezakan Suri Rumah & Isteri Bekerjaya sebab walaupun dr sudut mana pun kami dilihat kami berkongsi status yang sama iaitu Isteri & Ibu..

Sekadar cetusan rasa xda kena megena dgn sesiapa di luar sana...peace..wasalam..
Read More

Suami Jadi "Sura Rumah"

9:25 AM
Suami Jadi "Sura Rumah"

Assalamualikum pembuka bicara...hari ni bersopan santun skit..hahaha...sebab mau jaga tutur bahasa n tatatusila,,,hehehe....

"Sura Rumah"...ada yg faham kah???kalo Isteri yang x bekerja dipanggil suri rumah maka Mrs Velentine pandai 2 mengautomatikkan penggunaan Sura Rumah utk Suami Mithali yg sanggup berhenti kerja utk jaga anak di rumah....

Mrs Velentine lagi lagi masa dlu keja kat Matrik Johor,,,hubby x keja sebab jaga My HaikalAyu yang masih kecik...mau hantar taska takut sebab masa 2007 2008 tiap2 hari ada je kes dera oleh pengasuh....dari xtau 1 pun cara jaga anak sehinggalah dia reti buat semua keja di dalam rumah...

Pernah terfikir ke seorang suami mampu melakukan tugas2 seorang isteri???sangat respek my hubby time 2,,Dia buli jaga My Ayu Dr umur 2 bulan Sampai 2 tahun...dr x berapa pandai masak skg mintalah ayam kicap,nasi ayam,ikan kari...confirm semua dia ble buat.....

Cuma kedengaran suara kurang enak bila ada mulut2 yg mengatakan x malu ker makan duit hasil isteri???sedangkan masa 2 my hubby ada income lain...Mulut org kan mmg susah mau jaga...Skg dia dh keja sebab anak2 pun dh besar cuma My Wana jer terpaksa dihantar ke Taska...

Isunya sekarang perlukah kita menjadi juri dlm institusi sesebuah keluarga lain....Sura Rumah 2 bukanlah hina tp cuba tempatkan diri anda dlm situasi mereka.... 

Respek sgt suami2 yang bergelar Sura Rumah,,,& ingatlah toleransi 2 penting dlm hubungan sesebuah keluarga...

wasalam
Read More

WordLess Wednesday #Utk Pasangan Halal Jer#

8:58 AM
WordLess Wednesday #Utk Pasangan Halal Jer#