All About Love

Monday, July 2, 2012

Sampainya hati!!!

11:59 AM
Sampainya hati!!!

Bukak News paper..aduh sedihnya..bukak blog pun cerita itu..tambah sedih lagi...sampainya hati...Oppss bukan Final Euro tp sikap x berperikemanusiaan pengasuh yang sanggup mendera bayi berusia 3 bulan sehingga patah kaki dan tangan...

Ya Allah..Benda inilah Mrs Velentine paling takut bila ambil keputusan untuk hantar My Wana ke Taska....sebab terlalu kerap kita dengar kes seperti ini terjadi...

Yang Paling menakutkan jumlah kes dera meningkat dr tahun ke tahun...pada 2009 (2,789),2010 meningkat menjadi 3,257..7 terus naik lagi tahun 2011 sebanyak 3,428....


Apabila kita terima duit sebagai ganjaran untuk menjaga amanah seorang ibu @ ayah,,kenapa perlu kita balas dengan derita...Ya Allah..tabahkan lah hati keluarga kepada mangsa2 dera ni...

Semoga dijauhkan semua ini drpd permata2 hati Mrs Velentine....Amin..
Read More

Tempat Menarik di sabah...

10:24 AM
Tempat Menarik di sabah...

Tempat2 menarik di Sabah...siapa yang belum pernah dtg sabah bolehlah bercuti2 sambil2 tue ble jumpa Mrs Velentine yang cute(heheh sila jangan muntah ok)...

Ni antara tempat2 menarik yang kamu patut pergi...


Image
Image
Dua pic kat atas adalah gambar Simpang Mengayau...tempat ni penghujung Sabah...kat cni banyak chalet yang buli disewa...angin kat cni mmg kuat tp memang best...kalo dr Kota Kinabalu ke Kudat paling lama pun 3 Jam je...

Image
Kolam Air Panas Poring

Image
Air Terjun...

Pic air terjun dgn kolam air panas ni pula dekat Ranau..tempat ni orang kenal dgn nama Poring Hot Spring...mmg terbaek kat sni...air semua dr gunung Kinabalu...kat sni ada menyediakan tempat penginapan spt chalet...Jarak dr KK ke Ranau dlm 2 Jam 30 je....Lepas 2 dlm perjalanan balik ble singgah War memorial,Mesilau(ala2 new zealand & tempat pengambaran Gerimis Megundang),Kinabalu Park(tgk Rafflesia& periuk kera) & Rumah terbalik..
War Memorial Kundasang
Kinabalu park

Mesilau
Rumah terbalik Tamparuli

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik mau kongsi tapi buat masa ni yang ni dlu...Sudi2 berkongsi tempat menarik d ngeri anda dgn Mrs Velentine...ble???

Read More

Friday, June 29, 2012

Spain Vs Italy..

9:53 AM
Spain Vs Italy..
Salam....Euro 2012 sudah sampai ke Final...cakap2 awal yg kononnya Spain Vs Germany sekaligus ulangan final  world cup 2010 nampaknya jauh melesit apabila pagi tadi Germany kalah 1-2 di tangan Italy.

Nampaknya team yang Mrs Velentine pilih semua dah out..mula Croatia...lepas 2 team febret Mrs Velentine england....dan skg Germany....huhuhu....kenapaka???xda luck lah kot...

Mario Balotelli menjadi hero Italy semlam apabila menjaringkan kedua2 gol....haih...memang terbaek lah pemain Manchester City ni,,

Takpelah Peminat Germany, England dan semua yang sdh out 2...agak2 korang Final ni sape yang menang???Spain ada Torres...Italy ada Balotelli....dua2 sama hebat....

Opss...maaf yea kalo ada yang tak berapa nak masuk bila Mrs Velentine Sembang pasal bola sebab ni minat yang x boleh nak dilupakan..hehehe...

 VS
Mrs Velentine tgh fikir nak sokong sape???hahaha....korang pilih yg mana 1????jom kongsi
Read More

Segmen:Bloglist Julai Pecinta Pink

8:55 AM
Segmen:Bloglist Julai Pecinta Pink


Salam...bukak blog di pagi jumaat ni ada pula jemputan utk bersegmen drpd


Apakah Blog pilihan korang?
Bunga Hati MaMa & Ahli GSF...BEN ASHAARI...& banyak lagilah..rata2 semua blog yng Mrs Velentine follow ada ciri2 ni..

Siapa yang berminat ble join sama2...hanya dengan Klik Sini



Read More

Thursday, June 28, 2012

Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak

4:15 PM
Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak
Bicara Mak Dara



Salam....nampak tak tajuk entry ni..Saya Seorang Silent Reader. Tapi Saya Suka Baca Blog Awak....tiba2 terasa nak join pula segmen mak dara ni.....iyalah Mrs Velentine ni kalo BW kadang2 tak tinggalkan jejak langsung...tapi entry di blog 2 Mrs Velentine baca...bukannya tak suka tp kadang2 takde idea nak komen terutamanya kalo bab hiburan...lagi 1 kalo yg ada verification lagilah malas nak komen....


Tapi janganlah marah yea,walaupun tak tinggalkan jejak yang penting blog kamu sentiasa di jenguk...Mak dara minta senaraikan 5 list blog 5 blog yang sering anda kunjungi namun jarang tinggalkan komen/jejak(silent reader di blog itu).Berikut adalah blognya:



YAng lain tak tersenarai bukanlah bermaksud tak di jenguk  tp seingat Mrs Velentine...jejak n komen ada di tinggalkan...

Siapa nak join sama Klik SIni..
Read More

Disleksia 2..

1:59 PM
Disleksia 2..

Salam Mrs Velentine kongsi pengalaman Mrs Velentine ketika mengajar anak2....mula2 marah  juga bila My Ayu sebut 'b' jadi 'p' dan 'p' jadi 'q'....tapi 1 hari ada tengok drama melayu sempena hari guru...x ingat tajuknya tp yg ingat pelakon dia Elly Mazlien...


Dalam drama tue mengisarkan tentang budak lelaki yang mengalami disleksia...bermula dari situ Mrs Velentine...ambil inisatif utk ubah cara ajar HaikalAyu supaya tak terkeliru dgn huruf atau angka sebelum jadi lebih teruk...


Alhamdulillah skg,,,MyHaikalAyu terutama sekali Ayu dah x keliru lagi.....syukur sebab dapat mengatsi masalah ni awal2...


Mrs Velentine kongsikan ciri2 penghidap disleksia , punca2 & rawatan..


Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca-Punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.
Sama2lah kita berkongsi info ini....bye...

Read More

Disleksia

1:48 PM
Disleksia


Apa itu Disleksia?
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.
Mrs Velentine kongsikan ini sebab kanak2 pra sekolah sering mengalami masalah ni...jadi jangan marah anak2 kita jika dia keliru huruf2 atau angka..
Read More