All About Love

Friday, January 13, 2012

Allah itu maha melindungi... Sangat salute dgn Suami Wardina Saffiyah

9:57 AM
Allah itu maha melindungi... Sangat salute dgn Suami Wardina Saffiyah
Salam semua...just mau share tntg pengalaman Wardina Saffiyah dirompak di rumah sendiri...klik sini utk baca kisah yg meruntun hati dan menyedarkan kita tntg kekuasaan Yg Maha Esa///

Sa sangat2 salute dgn En Ikhwan kerana mempertahankan maruah isteri....beliau boleh dijadikan idola pada sang suami sekalian...semoga Allah melindungi kalian sekeluarga dan semoga cincin yg hilang i2 dpt semula....Ameen...
 





Read More

Thursday, January 12, 2012

wahai sang hawa...sila baca...

2:44 PM
wahai sang hawa...sila baca...
❤ BERIKUT ADALAH MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN ❤

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥



hadiah paling berharga yg sa dpt ialah masuk meminang dan menjadi suri hati Mr Velentine

Read More

Pejam celik MyHaikalAyu dah sekolah..cepatnye masa berlalu

1:58 PM
Pejam celik MyHaikalAyu dah sekolah..cepatnye masa berlalu



Salam....mcm baru 1 tahun je rasanye..tp rupanye dh bertahun2...dlu lahir seberat 3.0kg je skg dh 15 kg...kalo dlu x pandai ckp sekarang amboi mama pun surrender....Cepatnye masa berlalu tup2 My HaikalAyu dh sekolah...2014 nnt dh darjah 1...belajar rajin yea sayang....
my kembar tahun
Abg haikal yg selalu d buli olh adik wana N kakak ayu
Gembira di hari pendaftaran
dengan beg angry birds"nye"
Dan sedar x sedar...tahun sa mau masuk 27 Tahun,,,alamak..nda lama lagi angka 3 o..huhuhu...tp xpe jnj tetap cantek..wakakaka..perasan..hehehe....bye..
Read More

Jodoh kita dah ditentukan,,,

1:18 PM
Jodoh kita dah ditentukan,,,












Assalamualaikum & salam sejahtera semua.....td bukak lah Facebook...so ada kawan yg share pic ni....teringat pula td dgr KKFM(radio sabah) ada isu tentang jodoh...mcm mn mencari jodoh..sebab ada sorg ni baru putus cinta....

Bak kata ustaz Azhar idrus...jodoh kita telah ditentukan oleh Allah SWT sewaktu kita berumur 4 bulan dlm kandungan ibu...cepat atau lambat kita bertemu jodoh 2 je yg kita tak tau....tp jodoh utk semua mmg dh ditentukan...So ingat2lah wahai2 mulut2 yg suka mengata org....Jodoh ni dah ditentukan...

jangan suka2 mau mengata kalo org sdh lewat usia x belum bertemu jodoh...itu semua bukan di tangan mereka kamu ingat drg suka2 kah membujang smpi begitu lama....fahamilah juga perasaan mereka...

dan jangan juga suka mengata pada mereka yg kawen awal 2 gatal...kawen guna duit mama bapa....sdh tertulis bertemu jodoh jodoh d usia muda mcm mn mau mengelak..pokok pangkalnya...jaga diri perbaiki peribadi...hal org lain just tgk jak jangan mau jaja sana sini mcm jual karipap panas...peace yo....hehehehe
Read More

Wednesday, January 11, 2012

First time hantar My Wani Syazwana Ke rumah orang(pengasuh)

9:53 AM
First time hantar My Wani Syazwana Ke rumah orang(pengasuh)
Salam pagi rabu yang agak suram bagi sa...huhuhu...sedih bah,,first time hantar my wana ke rumah org utk dijaga...kesian dia nangis betul sorry syg mama terpaksa sebab xda org sdh mau jaga adik..nenek pun sakit2 lagipun drg d Ranau sdh...kalo mau suru adik tgl d Ranau mama x mau..cukuplah dlu terpaksa berpisah sekejap dgn Abg Haikal...tp adik mama x sanggup....Sebab adik kan nyusu badan..sabar yea syg thn depan adik pg taska tmpt mama keja k..mama janji..n akan usahakan...

ni lah my cute wana..
Sangat2 risau skg ni..mcm mn agaknye dia dgn pengasuhnya 2...huhu...tp td sa sdh ber"sms" dgn pengasuh..alamdullillah dia berhenti sdh nangis...harap2 dia biasalah d sana...petang nnt jak p ambil terpaksa menahan sakit sebab "Susu Badan Bengkak"...kalo balik tgh hri pun kesian jak dia nnt nangis...

ni pic dia nangis tp td lagi kuat...





Sdh lah adik wana nangis d keta ada juga yg sedih..sape lagi kalo bukan C kakak...dia nangis takut sebab kenapa mama bagi adik tempat rumah org...syg mama kakak bukan bagi tp minta tlong jaga adik..sebab mama n babah kan keja...jan nangis2 belajar rajin di sekolah k....abg haikal jugalah yg xda perasaan...duduk melayan kuih sosej dia.hish2x...
ni dia c kakak yg sgt syg adiknya
Ni my hero yg xda perasaan ..hish2
Sangat berharap hari2 yg berikutnya my Wani Syazwana x menangis lagi bila dihantar ke rumah pengasuhnye..doakan yea..amin...bye..thankz pada yg sudi baca entri ni...mmuahhh
Read More

Tuesday, January 10, 2012

Baju Mahal Vs Baju Murah

3:54 PM
Baju Mahal Vs Baju Murah

orang akan kata, e'eh baju uptown ea atau kata apa barang baju biasa2 jek. nak yg hebat gitew. tapi tahukah anda:
1. Jika anda memakai baju mahal sekalipun, nama anda tidak akan diumumkan sebagai penerima anugerah baju paling mahal dalam shopping complex yang anda masuk~ 
2. Baju anda cokia cap ayam tapi selesa dipakai, orang kutuk sebab die pakai baju mahal2 tapi  kalo tak hensem / cantik sama juga ye dak? lols =p lebih baik bersederhana. (pakai baju mahal baru nampak hensem dan cantik ke??)
3. Semasa anda berjalan, anda berselisih dengan orang awam mereka tidak akan meraba baju anda semata - mata untuk melihat jenama dan ketulenan baju anda. kecuali orang tu mental illnesses sikit. hi3
4. Sedang anda memakai baju mahal, tiba - tiba ada orang lain yang memakai baju serupa berselisih dengan anda. samalah juga anda akan berasa harga baju anda tu masih mampu beli dan malu sendiri. baju uptown jarang nak selisih sama atau sepatern. :) 
5. Buat ape nak beli memahal, belanja kengkawan lagi best. dressing sempoi n bersih lagi elok~ :)
6. Pakaian last kite adalah sama (bagi sesama Muslim) kain putih tidak berjahit dan bukan import. :)
Moral: pakai je la apa yang ada~ tak yah memilih sangat. Bagi saya asalkan kain itu memberikan keselesaan saya akan pakai. 
Read More

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

3:30 PM
7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, Ibu mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda. Bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengetahui tanda-tanda si kecil menyayangi anda.

1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.

2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda
Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.

3. Si Kecil Buat Ragam
Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.

4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda
Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.

5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda
Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.

6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda
Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.

7. Si Kecil Dengar Arahan Anda
“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.
Read More