All About Love

Thursday, September 19, 2019

Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5- Illya Abdullah

4:20 PM
Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5- Illya Abdullah
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5 Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5 by Illya Abdullah
My rating: 5 of 5 stars

Terdapat kisah seram

Pulangkan (Illya Abdullah),
Kerana seutas loket akhirnya hidupnya berantakan sehingga nyawa tergadai.

Tumpang (Syasya Bellyna),


Selfie (Aziah Zainal),
Kerana ingin cantik sanggup memilih jalan singkat ,Lawa hanya sementara akhirnya nyawa menjadi balasannya

Jin Hitam (Saidee Nor Azam).
Jin Hitam aka hantu raya jangan terpedaya dengannya kelak padah jawabnya.

Olahan cerita yang sangat menarik...memang tak rugi beli

View all my reviews
Read More

Friday, September 13, 2019

Review Novel : Projek Thriller: RANTAI-Arman Jazee

2:25 PM
Review Novel : Projek Thriller: RANTAI-Arman Jazee
Projek Thriller: RANTAI Projek Thriller: RANTAI by Arman Jazee
My rating: 5 of 5 stars

3 cerita namun berkisah satu benda yang sama iaitu Rantai.

RANTAI BERNYAWA- Arman Jazee

Rantai bernyawa mengisahkan Seorang pecuri profesional yang mencuri lukisan bernilai jutaan ringgit,berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. namun ketika dia mencuri satu lukisan dia tertarik untuk mengambil seutas rantai. Rantai yang diambilnya mempunyai roh seorang ahli sihir yang jahat...dia terpaksa berdepan dengan bahaya dan kehilangan orang yang dianggap sebagai ayah. Dan kerana rantai itu dia dan musuhnya bersatu hati melawan kuasa jahat yg datang dari rantai tersebut

RANTAI SAKTI-Saidee Nor Azam

Rantau memakai seutas rantai yang dibuat daripada batu yang gugur dari langit.Kerana batu itu dia kehilangan ayah dan abangnya. Semuanya kerana Penghulu Naning. Hanya Kerana abangnya bermain cinta dengan anak penghulu naning abangnya mati dibunuh. Ayahnya pula mati kerana dituduh mencuri batu dari langit tersebut. Dengan adanya rantai yang dibuat dari batu sakti itu Rantau membalas dendam atas kematian ayah dan abangnya.



RANTAI EMAS-Arifful Baqi

Misteri kaminari kembali menjadi bualan apabila Kumpulan Black Chilli merompak Rizqi sehingga terlantar koma di hospital. Farah isteri Rizqi merupakan bekas pembunuh upahan menjejaki ahli kumpulan Black Chilli demi menuntut bela di atas apa yang terjadi terhadap suaminya..

Ifwat pula memang sedang menjejak Kaminari, Ammar merupakan pembantunya sudah puas menjejak Kaminari yang sering menjadi sebutan ketuanya. Kaminari itu seorang lelaki kenapa tiba-tiba ada Kaminari perempuan.

Rupa-rupanya Ammar dan Farah adalah kembar. Dan paling tak disangka Kebenaran tentang Rizqi itu siapa yang mengejutkan



View all my reviews
Read More

Wednesday, September 11, 2019

UPSR DONE

2:37 PM
UPSR DONE

Assalammualaikum

11.9.2019 hari ini merupakan hari terakhir UPSR 2019 subjek Sains...lega semoga anak-anak Mv lulus untuk upsr ni...

Lepas ni boleh fokus sekolah agama pulak...exam sijil rendah ugama (SRU) pada bulan 10 nanti...study untuk upsr sudah ...


Lepas ni kena study untuk sekolah agama....semoga anak anak mv berjaya...walaupun agak struggle tapi insyaallah doakan anak anak mv dapat menduduki exam sru dengan tenang 




Read More

Thursday, September 5, 2019

Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi

7:30 AM
Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi
Assalammualaikum dan selamat pagi  kepada pengerusi majlis,juri, guru-guru dan  rakan-rakan sekalian. Nama Saya Waznah Syamimi .Umur Saya enam tahun. Hari ini saya akan bercerita tentang “Sejarah Kemerdekaan Malaysia”.

Kawan-kawan,

Tahukah bila Malaysia Merdeka? Hari ini saya ingin bercerita tentang kemerdekaan Malaysia. Malaysia merdeka pada 31 ogos 1957. Kawan - kawan  pernah dengar lagu ini?

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh 
Merdeka merdeka tetaplah merdeka  (nyanyi)
Ia pasti menjadi sejarah 

Kawan-kawan ,

Pengumuman rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka dengan laungan sebanyak 7 kali seperti ini .

MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 

Ramai orang datang untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara kita pada masa itu . 

Sehingga hari ini sambutan kemerdekaan masih disambut meriah setiap tahun . Kini sudah 62 tahun negara kita merdeka .

Kawan-kawan

Marilah kita terus ingat sejarah kemerdekaan  ini kerana perjuangan untuk merdeka bukannya mudah. Saya berdoa agar  negara kita terus aman.

Selamat menyambut kemerdekaan buat semua.

Sekian terima kasih.


**MV kongsikan teks bercerita ini untuk rujukan..sebab MV bila dapat surat yang syamimi ikut pertandingan bercerita memang agak susah mencari teksnya.ini pun MV buat ikut kemampuan syamimi..


Syukur syamimi dapat hafal teks ni ,,,
Read More