All About Love

Tuesday, February 12, 2019

Chicken Pox

9:44 AM
Chicken Pox

Assalammualaikum...

Chicken pox...kamu pernah ker chicken pox tapi nda banyak..dulu Masa kakak Ayu dia kena  3 hari tapi tak banyak ...tapi syamimi ni lagilah 4 ketul jak ...di kepala,lengan ,peha dan badan...ini hari ketiga sudah..


ada yang cakap bagi minum air kelapa..semalam sudah bagi minum...tapi macam masih sama juga...takut dia tak keluar habis ..orang cakap kalau keluar sikit nanti besar boleh kena lagi...betul ker?


ada siapa2 boleh bantu ?


Read More

Thursday, February 7, 2019

Rambutan Asamboi

10:34 AM
Rambutan Asamboi
Image may contain: food
pergh ubat batuk sangat ni
Assalammualaikum...

Happy chinese new year..hari pertama  bekerja selepas bercuti ..alhamdulillah perjalanan ke Labuan sempat melawat makcik sebelah keluarga bapa...dorang sambut CNY..balik saja dari Labuan sempatlah buat rambutan asamboi ni..

banyak rambutan mentua bawa dari ranau..anak-anak pula nda makan..merajinkan diri mengopek buah rambutan then terhasillah rambutan asamboi...orang cakap ni ubat batuk paling mujarab haha..

rambutan asamboi ni MV bawa balik ke kampung...bak kata adik dan kakak mv...kau punya pancingan ni...nda mau gemuk satu orang..kau bawa orang gemuk berjemaah haha...

rambutan asamboi ni kalau masuk dalam peti ais lagi mantop..sejuk...masam manis masin pedas...sapa dah try buat...sedap kan
Read More

Tuesday, January 29, 2019

Review Novel : Dreamcatcher - Maya Adira

7:30 AM
Review Novel : Dreamcatcher - Maya Adira
Dreamcatcher Dreamcatcher by Maya Adira
My rating: 5 of 5 stars

Siapa sangka kerana kisah lama pintu hatinya tertutup untuk insan bergelar wanita.Khalid dibayangi kisahnya dengan arwah isteri.Amni pula si gadis yang lengkap sempruna segalanya.Cukup pakej sebagai isteri dan menantu kesayangan.

Semakin AMni mendekat....semakin khalid berusaha untuk menjauh sehingga dia bersetuju dengan Syafiqa yang menyamar sebagai isteri pertama khalid.Tanpa dia tahu yang sebenarnya Iqa menginginkan dan mendambakan khalid.

Tanpa pengetahuan ,iqa mengugut Amni dan membuat cerita yang khalid hanya cintakan dia bukan AMni...PErkahwinan dia dengan Amni sebenarnya adalah hanya untuk menunaikan permintaan keluarga.

Namun satu demi satu rahsia terbongkar.Satu kebenaran mengenai Nurul Ain!kebenaran mengenai Syafiqa!bagaimana apabila kebenaran itu terungkai sekali lagi Khalid kehilangan insan yang begelar anak...

Korang baca novel ni...walaupun jalan cerita berat tapi watak Imran abg amni buat kita terhibur,..watak ustazah Husna pun menarik serta watak Kamilah....MV pinjam buku ni melalui PNm e-lib..dan baca di app pnm e-readers

View all my reviews
Read More

Monday, January 28, 2019

Review Novel : Oops! Suami Aku Bukan Duda-Uji Norizqi

8:42 AM
Review Novel : Oops! Suami Aku Bukan Duda-Uji Norizqi
Oops! Suami Aku Bukan Duda Oops! Suami Aku Bukan Duda by Uji Norizqi
My rating: 4 of 5 stars

Oops! suami aku duda..ok senang cerita memang enjoy dengan novel ni....berbeza umur belasan tahun siapa yang mahu kan haha...Qistina Airisa gadis lepasan SPM yang menjadi pujaan hati Luqman Hakimi Si Mr Widower....

Makin jauh qistina lari makin dekat luqman hakimi...sehinggakan terikat tali pertunangan.Entah apa lebihnya Luqman di mata ibu dan kakak qistina membuatkan dia terpaksa menerima pertunangan yang langsung tidak dia pinta...

Dengan melanjutkan pelajaran ke UITM membuatkan qistina dapat bernafas lega,,dia mencari alasan dan sebab apa yang boleh digunakan untuk memutuskan tali pertunangan yang sedia ada.di depan kawan dia memberitahu yang Luqman adalah pakciknya..kejam kan...

Feroz si budak elektrik yang menyimpan hati padanya,dia mengambil kesempatan dengan mempergunakan feroz untuk memutuskan pertunangan.Namun lain pula pada Feroz...dia benar-benar cintakan Qistina.

Amanah arwah ibu qistina yang mahu dia bernikah juga dengan Luqman hakimi membuatkan qistina semakin redha dengan ketentuanNya...Apatah lagi bila dia mendapat tahu yang Luqman Hakimi Bukan duda...

Namun masalah timbul apabila Feroz mula menagih cintanya semula...Salah faham antara Luqman dan Qistina,,Mampukah mereka bahagia(ini kena baca...tak syoklah kan nak cerita semua hihi)

View all my reviews
Read More