All About Love

Friday, December 14, 2018

KASUT SEKOLAH PALLAS

11:53 AM
KASUT SEKOLAH PALLAS
Assalammualaikum

Cuti Sekolah sudah masuk 3 minggu..lagi 3 minggu sesi persekolah tahun 2019 akan bermula .pastinya ibubapa antara yang paling sibuk dikala cuti sekolah ni,sibuk merancang nak bawa anak bercuti ke mana?balik kampung,tapi sudahkah anda membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak,adik-adik atau anak saudara???Kelengkapan sekolah seperti kasut!!


Sekiranya belum,Kasut sekolah Pallas adalah satu pilihan yang terbaik buat anak-anak.Tak ketinggalan Anak-anak MV juga, mereka  pun prefer kasut pallas sebagai kasut sekolah pilihan mereka .Cuma tahun ni rezeki mereka sekejap saja pakai kasut pallas sebab kasut pallas mereka dicuri semasa di sekolah agama...bukan rezeki namanya.


Dan Untuk Tahun hadapan Kasut Jenama  Pallas menjadi pilihan mereka sekali lagi.Ini kerana Kasut sekolah pallas sangat sesuai dan pilihan tepat semua ibubapa kerana ciri-ciri yang ada pada kasut Pallas itu sendiri:-



  • mempunyai getah bahagian dalam kasut yang lebih melantun - bahagian dalam kasut sangat empuk dan amat sesuai sekiranya perlu berdiri lama kerana bahagian dalam. Kasut menyokong kaki anak-anak dan kaki anak takkan merasa sakit
  • Lebih selesa digunakan ..rekaan kasut pallas yang terkini memang selasa datang dengan 2 rekaan satu jenis kanvas dan syenthetic leader mengikut pilihan masing-masing
  • sangat sesuai untuk penggunaan secara aktif sepanjang di sekolah..macam yang mv cakap tadi bahagian dalam kasut membolehkan anak-anak selesa walaupun perlu bergerak aktif sepanjang disekolah
  • Ditambah pula design baru yang lebih luas -kaki kanak-kanak lebih luas jadi ruang dalaman kasut adalah lebih baik dan selesa. Peredaran udara dapat berjalan baik. 

See ini kasut pallas jenis kain dan bertali pilihan haikal. anak-anak mesti suka sebab dia ringan dan takkan buat kaki anak berpeluh sebab pengudaraannya baik..



Yeahhh ini pula kasut pilihan ayu dan wani..mereka pilih yang jenis PU dan bertali .. Senang kata mereka kalau kena air tak basah. .mahu cuci pun senang tak payah berus just lapkan dengan kain ....



Kasut pallas ini bukan hanya datang dalam warna hitam Tetapi  warna putih juga..kamu boleh membuat  pilihan namun kasut warna putih hanya kasut jenis kain sahaja

Sekiranya anda berminat untuk membeli kasut Pallas untuk anak-anak kamu.Kamu boleh dapatkan kasut sekolah Pallas melalui BACK TO SCHOOL PROMO di pusat jualan terpilih seperti di TESCO,MYDIN,AEON untuk semenanjung Malaysia 

Kalau di Sabah kamu  boleh dapatkan kasut Pallas pilihan anda  Di Servay dan kedai-kedai yang terpilih.Bagi yang tiada masa untuk berjalan kamu boleh membuat pembelian secara online di https://pallas.com.my/.



Jangan lepaskan peluang ,mari kembali ke sekolah dengan Kasut Pallas.












Read More

Thursday, December 13, 2018

Keputusan ujian penilaian kelas kafa (upkk) 2018 diumumkan pada 18.12.18

7:57 PM
Keputusan ujian penilaian kelas kafa (upkk)  2018 diumumkan pada 18.12.18
Assalammualaikum




18.12.2018 bermula jam 11.00 pagi ibubapa dan calon peperiksaan ujian penilaian kelas kafa (upkk)  2018 boleh membuat semakan  keputusan upkk melalui :-


Laman web://semakan.islam.gov.my

Atau menggunakan applikasi sms 

UPKK RESULT NO.MYKID DAN SMS KE 15888

haikalayu antara calon upkk 2018..doakan haikalayu dapat keputusan yang baik. Amin
Read More

Beg Northstar RM36 untuk 3 beg

11:34 AM
Beg Northstar RM36 untuk 3 beg

Assalammualaikum

RM36 untuk 3 beg...Beg jenama Northstar beli di bata.Kebetulan isnin lepas kami jalan ke Giant Kelombong.Singgah di Kedai Bata mau tengok-tengok sebab nampak ada promosi. Ternampak beg ini,terus pegang dan belek2..

datang pekerjanya "beg ni rm18 satu beli 2 free 1,beg ini harga biasa mau dekat RM50 tapi hari ini promosi RM18 saja beli dua percuma 1.."" jadi MV pun beli lah 2 then dapat percuma 1.. oklah boleh anak-anak guna untuk ke sekolah .

MV ambik 2 biru  1 hijau. Biru untuk anak perempuan dan hijau untuk hero MV.masa MV beli beg ni pekerja tu cakap promosi 4 hari saja,maksudnya hari ini last lah tapi kan Bata di Giant Kelombong memang tengah promosi...

Beli 2 pasang kasut percuma satu..tapi itulah nda lama di sana haritu sebab wani tiba-tiba tak sihat ..termuntah pula di dalam Giant huhu..nasib lah orang nda viralkan..nanti free free dapat pahala kena kutuk...sibuk bawa anak sakit jalan kalau tahu sakit di rumah jak lah....hahaha...mesti itu ayat yang keluar...

So kamu yang area berdekatan boleh lah try ke sana..mana tau ada yang berkenan di hati 
Read More

Pertukaran Waktu Operasi UTC di seluruh Negara

10:51 AM
Pertukaran Waktu Operasi UTC di seluruh Negara
Sumber Google

Assalammuaualaikum...

Mv  Nak berkongsi tentang makluman pertukaran Waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 seperti berikut:-

Semenanjung malaysia :-waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang -
rehat 12.15  - 2.45 petang (solat jumaat)
Sabah & WP Labuan :- waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang 
rehat 11.30 - 2.00(solat jumaat)
Sarawak :- waktu operasi 8.00 pagi hingga 7.00 petang 
rehat 11.45 pagi - 2.15 petang(solat jumaat)


Pertukaran ni buat ramai yang mengeluh sebab selalu ramai yang berurusan sebelah malam di UTC..lepas ni hanya sampai jam 7..so kalau perlu berurusan kena ambik cuti lah nampaknya sebab mahu kejar masa ke UTC terkena jammed sebab waktu kemuncak orang balik kerja...

sekian perkongsian untuk hari ini..

Read More