All About Love

Tuesday, May 8, 2018

Review Novel: My Lovely Tengku 2 - Pitteriah Abdullah

11:29 AM
Review Novel: My Lovely Tengku 2 - Pitteriah Abdullah
My Lovely Tengku 2 My Lovely Tengku 2 by Pitteriah Abdullah
My rating: 4 of 5 stars


Rumahtangga Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif bahagia disamping 3 anak lelaki dan Seorang puteri.Hidup mereka bahagia disamping rakyat yang menyayangi mereka.Kejayaan Tengku Akif Menjadi perhatian kerabat di raja..

Ditambah lagi dengan caranya mendidik anak-anak...Tengku Iskandar Shah anak sulung yang mewarisi sifat ayahnya...namun ada sesuatu yang mereka keliru..Tengku Iskandar sangat sukakan kuda..

Melihatkan itu Tengku Cempaka dan mama Zara Irdina mula mengesyaki sesuatu..Tuan Megat Zainal ...Lelaki itulah yang bertanggungjawab merogol Puan Sharifah Kamariah ibu kepada Zara Irdina...Akif mula risau ...Takut zara irdian tidak dapat menerima kenyataan...tambahan pula anaknya semakin rapat dengan tuan Megat...

Bukan hanya kemelut mengenai Zara Irdina..Tetapi Tengku Akif mula didesak...Untuk naik taktha menggantikan Tengku Cempaka..tapi syaratnya sangat tidak munasabah..kerana Zara Irdina dan Akif tidak mahu memenuhi syarat itu..

Tengku AKif dipaksa berkahwin dengan Tengku Fiona..Tengku Mawar pula mengugut...dan hidup Zara Irdina dan Akif semakin tertekan..

Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka?(yang pasti happy ending tapi kena baca lah baru tau ceritanya)

View all my reviews
Read More

Monday, May 7, 2018

Review Novel: My Lovely Tengku-Pitteriah Abdullah

11:28 AM
Review Novel: My Lovely Tengku-Pitteriah Abdullah
My Lovely Tengku My Lovely Tengku by Pitteriah Abdullah
My rating: 3 of 5 stars


Perkahwinan Zara Irdina dengan suami pilihan hatinya Akmal tidak seperti yang diharapkan dan didambakan.Status Zara Irdina sebagai anak angkat dan merupakan anak luar nikah menjadikan dia bahan cacian keluarga Akmal...

Sejak cacian dihamburkan...hati Zara Irdina sudah tiada buat Akmal..Tengku Izraf Akif si pencinta setia menyelamatkan Zara Irdina dari digantung tak bertali.Pengakuan Yang kononya mereka sudah terlanjur dan zara mengandung anak Akif membuatkan Akmal marah dan menceraikan Zara dengan talak 3

Namun kerana statusnya Zara Irdina menolak untuk berkahwin dengan AKif...atas dasar dia tidak layak berdamping dengan anak raja..Namun ugutan daripada Akif menyebabkan dia bersetuju..dan mereka berkahwin tanpa pengetahuan orang ramai kerana perkahwinan itu dihalang oleh kerabat di raja...

Selepas perkahwinan mereka, Akif dan zara pergi ke tanah kelahiran Akif...Status zara mula dipersoalkan...benarkan dia anak Tengku Borhan?Tengku Cempaka Mula membenci akhirnya mereka hidup tanpa keluraga disisi..

Apabila Akif semakin berjaya..Keluarga diraja datang merapat...mampukah mereka hidup dengan ada diraja?Adakah Zara Irdina diterima oleh rakyatnya...Bagaimana pula anak2 mereka..

Kena baca sambungannya kalau nak tau

View all my reviews
Read More

Thursday, May 3, 2018

Qoutes Of The Day

11:41 AM
Qoutes Of The Day

Assalammualaikum

Sebab itu mendengar dari kedua-dua pihak itu penting ..macam contoh dalam gambar ni..pandangan dari sudut berbeza membawa maksud yang berbeza...Sebagai ibubapa kita kena sentiasa dengar cerita dua belah pihak bila anak bergaduh

Sebagai Majikan kita kena dengar dua belah pihak jangan bauat keputusan hanya dari mendengar penjelasan seorang saja...penjelasan yang seorang lagi tidak dipeduli...itu seolah2 menidakkan hak dia..dan membuat dia jadi orang yang salah tanpa dapat mempertahankan diri..

Begitu juga dengan politik...apa yang kita nampak dan lihat ..apa yang kita dengar dari orang tak mengambarkan keseluruhannya...melainkan kita turut sama ada dalam situasi tersebut
Read More