All About Love

Friday, January 12, 2018

Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar

8:24 AM
Review Novel : SANCTUARIA by Shaz Johar
SANCTUARIA SANCTUARIA by Shaz Johar
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum


Sanctuaria mengisahkan satu tempat yang diwujudkan untuk orang-orang yang ingin bebas daripada anutan agama mereka atau paling tepat tempat yang mengamalkan ajaran sesat.Siapa yang masuk ke sana tidak akan dapat keluar semula dalam keadaaan selamat.

Tempat yang menyimpan pelbagai tanda tanya..kenapa pihak berkuasa seolah2 menutup mata dengan kewujudan tempat seperti ini.Semua penghuni di situ mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.

Yang Arif ketua Sanctuaria mempunyai kisah zaman kecilnya,yusri seorang anak muda yang lari dari kampung kerana mempunyai hubungan dengan isteri orang.Tia seorang wanita buta yang berkahwin dengan orang kuat Yang Arif iaitu O kerana O berjanji akan memulihkan penglihatan Tia namun sebaliknya dia menjadi buta dan terkurung di sana.

Sumalee ,kunci kenapa Sanctuaria tidak diserbu pihak berkuasa.Sumalee isteri Yang Arif seorang warga Thailand yang dikhabarkan telah mati dibunuh kerana mempunyai hubungan sulit dengan kerabat di raja..

Tia,orang yang menghancurkan kehidupan Yang Arif...siapa sangka dia membuatkan sanctuaria musnah.Yang Arif pula membuat keputusan yang mengemparkan negara.Yusri dan Tia berkahwin namun siapa yang datang membawa cendawan merah??

(adakah novel ni bersambung...),,MV baca guna app pnm e-reader



View all my reviews
Read More

Monday, January 8, 2018

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja

12:19 PM
Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja
credit buat Datuk Dr. Zurinah Hassan
Assalammualaikum

Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja 

Anakku 
maafkanlah ibu 
meninggalkanmu setiap pagi 
melepaskan pelukanmu 
ketika kau ingin bermanja 

di meje ini mengadap kertas-kertas 
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup 
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup

Sekecil itu 
aku sudah meminta pengertianmu 
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.


(**ini yang MV lalui di saat MV terpaksa menghantar anak seusia 3 bulan ke Taska...semoga anak-anak MV mengerti dan memahami pengorbanan ni)
Read More

Nasi AYam Katanya

11:05 AM
Nasi AYam Katanya
Assalammualaikum

Image may contain: food
nasi ayam stim bersama sup kundur
NAsi ayam stim bersama sup kundur...permintaan dari abang haikal...katanya lama sudah mama nda masak nasi ayam...Jadi Sabtu lepas mama tunaikan permintaannya..kalau ikutkan malam jumaat tue mau masak sudah nasi ayam,

Tapi satu kejadian yang berlaku ke atas kakak Ayu buat MV sekeluarga terkejut dan berurusan lama di balai polis.Betullah orang cakap.orang ni jangan kita pandang dari luaran.Nampak baik berbaju melayu berkopiah..apatah lagi dalam masjid..

Memang tak sangka lah kejadian tue boleh berlaku..Syukurlah Allah masih melindungi anak MV daripada kecelakaan...kecewa dengan penerimaan pihak polis ...takpe lah...pelakunya pasti akan ditemui juga nanti....oh ya berbalik kepada nasi ayam tadi

Resepi macam biasa simple jer...buat nasi ayam stim dan sup kundur...kalau nasi ayam mcm ni anak cakap mama teror ..sedap lagi dari yang di kedai..hahaha..bangga mama...ni resepi turun temurun dari mama dan bapa MV...

walaupun x sesedap yang mereka buat tapi anak cakap mama pandai macam ahmah dan ahtong(maknanya berjaya lah tue kan)
Read More