Assalammualaikum...
Masih lagi PKPB(PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT) di Sabah sehingga 26 Oktober 2020 .pembelajaran secara online anak-anak adalah cabaran kepada ibubapa .Kenapa?pertama mengujui kesabaran.
Part ni MV sangat tabik pada insan yang bernama GURU sebab mereka boleh mengajar berpuluh-puluh murid dalam satu kelas sedangkan kita yang menjadi guru semasa PKPB ini mahu ajar anak seorang pun boleh bergaduh,,hahaha
Macam MV ada empat orang anak yang perlu dipantau .Tahun 1 dan 4,tingkatan 1 dua orang.Paling mencabar bagi MV bila kena ajar matematik tingkatan 1 . Silibus sekarang dah tak sama macam kita dulu ,,,sekrang tingkatan 1 dah belajar persamaan linear dan ungkapan algebra.Memang menguji minda kita juga lah ,...dalam masa yg sama kita dapat guna ilmu yang kita belajar dulu..tengok masih ingat ker tak haha
Kalau untuk yang sekolah rendah tak susah sangat sebab silibus tahun 1 dan 4 ni lebih kurang jer. Cuma kalau kelas syamimi lebih pada video dan kreativiti..itu belum campur kelas sekolah agama syamimi dan wani.
Sebab itu MV kalau homework harini kena settle harini sebab kalau bertangguh akan jadi banyak..kebetulan BDR jadi boleh pantau anak-anak..tapi kalau kena time kerja lepas balik kerja terus settlekan homework anak.
Korang pula macam mana cerita PKPB anda?