All About Love

Thursday, September 28, 2017

Dosa Perempuan - Telemovie 2017

7:30 AM
Dosa Perempuan - Telemovie 2017


Assalammualaikum...

Dosa Perempuan....Mengisahkan kehidupan Keluarga seorang pendakwaraya...Nik seorang suami yang bekerja sebagai peguambela..sangat-sangat mementingkan keselamatan isteri dan anaknya..sehingga isterinya berasa rimas dan tidak selesa kerana tidak boleh bergaul dengan orang lain..

Kehadiran Tasha membuatkan Nik Bertambah risau ..apatah lagi isterinya pula semakin pandai membantah..bawa Tasha ni datang ke rumah...

Macam-macam kejadian terjadi..mula-mula anak mereka hilang di mall,lepas tue kejadian cubaan menculi anak mereka..namun diselamatkan oleh Tasha....memang kalau tengok drama ni kita tertanya-tanya..siapa Tasha ni

Watak dia psiko sangat....sehinggalah terbongkar apabila isteri nik ternampak gambar daud bersama tasha di dalam hpnya...rupanya tasha adalah kekasih daud ..banduan yang ditahan atas dakwaan membunuh....

pendakwaraya yang kendalikan kes daud adalah NIk..sebab itu Tasha mendekati keluarga nik..kerana dia mahu mengugut Nik supaya keluarkan Daud dari penjara..kerana yang membunuh lelaki tersebut sebenarnya Tasha....

Akhirnya Tasha meninggal sebab mengalami keguguran dan Daud dibebaskan...Lakonan mira filzah kat dalam drama ni memang scary dan menakutkan haha
Read More

Wednesday, September 27, 2017

"First Giveaway by Mushyzaini"

2:25 PM
 "First Giveaway by Mushyzaini"
klik banner untuk join 

Assalammualaikum,...

HADIAH 


TEMPAT PERTAMA

BUBBLE SHAWL PRINTED BY NAURAH.ANGGUN.HQ
DAN HADIAH MISTERI


TEMPAT KEDUA

BUBBLE SHAWL PRINTED BY NAURAH.ANGGUN.HQ


TEMPAT KETIGA

TOPUP MAXIS/DIGI/CELCOM/UMOBILE RM10


JIKA XRAMAI JOIN KURANG DARI 5 ORANG, MUS KASI HADIAH SAGUHATI DEKAT SETIAP ORANG YG JOIN HADIAH DIA???? TENTENTEN HEHEHEH RAHSIA

MUNGKIN EYESHADOW,EYELINER,LIPS MATTE HMMMM TUNGGU TAUU

Ok JOm korang join....
Read More

Anak lelaki jangan dirajakan

8:30 AM
Anak lelaki jangan dirajakan
Assalamualaikum 

Anak lelaki jangan dirajakan sangat.

Penyapu tak pernah sentuh, pinggan sendiri tak pernah basuh, tuang air pun menyuruh-nyuruh dari jauh, ya dari jauh. Sambil enak menonton TV.

Jangan begitu, anak lelaki kena biasakan berkhidmat. Kerana jadi lelaki bukan perkara nikmat. Di pundaknya tergalas tanggungjawab nan berat.

Jika dari kecil tak dibiasakan berkhidmat apa kau mahu lihat dia membesar penuh empati terhadap ummat?

Ya, anak lelaki memang mudah dijaga dari segi zahiriahnya tapi tidak dari segi pembangunan dalam dirinya.
Jagalah anak lelaki kita.

Dari kecil lagi harus ditanam hormat pada ibunya, pada kakak adik perempuannya sendiri.
Ketika remaja jangan dibiar menyentuh anak dara sesuka hati.
Ketika dewasa jangan dilepas bebas usung anak dara orang ke sana sini.

Ketika menjadi suami biar dia tahu tanggungjawabnya dan selesaikan masalah dalam rumahtangganya sendiri.

Ketika menjadi bapa biar dia jadi bapa yang penuh jati diri.
Ia tak mudah tapi tak mustahil. Ia bermula dari rumah. bagaimana kita tanam rasa tanggungjawab dan takutkan Tuhan dalam dirinya.

Sehingga tingkat taqwanya sampai ke tahap ketika wanita sendiri datang menyerah diri dan kehormatan, dia mampu menolak dengan berkata,
"Tidak. Sesungguhnya aku takutkan Allah."

Dan dia berlari sejauhnya bukan kerana dia tidak 'jantan' tapi kerana dia takutkan balasan Tuhan.

Kenalkan anak lelaki kita dengan Rasulullah saw lelaki agung yang 1400 tahun lalu sudah tunjukkan contoh terbaik peranan seorang lelaki di rumah dan di tengah masyarakat.
Baginda seorang lelaki yang gagah di medan perang namun masih mampu menjahit bajunya sendiri.

Baginda lelaki yang sama yang menangis bila tanpa sengaja terpandang aurat wanita ajnabi.
Jangan biar anak lelaki kita bila ia besar kelak tercari-cari dan tersalah memilih idola. Yang dikagumi lelaki kaki pukul, yang disorak lelaki pemeras wanita, yang diikut lelaki buaya wanita keliling pinggang.

Yang menulis ni tiada lagi anak lelaki tapi andai Allah nak uji Dia tak tunggu kita sampaikan atau tidak. Pasti Dia menguji dengan ilmuNya.
Maka saling kita beri peringatan.

Hanya pada Allah kita mohon agar diberi petunjuk dalam mendidik anak lelaki kita supaya kelak mereka jadi pelindung bukan pemusnah, mereka jadi pemimpin bukan pemerintah.

Bak kata Abuya Hamka,
"Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah berjuang.
Jikalau perahunya telah ia kayuh ketengah ia tak boleh bersurut pulang,

Meskipun bagaimana besar gelombang,
Biarkan kemudi patah biarlah layar robek itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang."
Ya, anak lelaki hidupnya buat berjuang.

#kakBungaKongsi
#bolehShareJanganCopy


**MV dapat dari whatsapp..yang ni memang Mv buat...abang haikal satun-satunya anak lelaki MV..tapi MV tak bagi dia rasa dia special sebab tue MV suru dia buat apa yang orang perempuan buat..

supaya bila besar nanti dia tau macam mana penatnya kita orang perempuan...menyapu masak nasi itu memang MV dah ajar...lepas tue..makan pinggan kena basuh..bilik tidur,,tak kemas ...MV akan berleter suru dia kemas....

biar dia rasa sekarang mama selalu marah..insyaallah satu masa nnt dia akan faham kenapa mama ajar dia semua ni 
Read More

Jumlah cashout 8share

7:30 AM
Jumlah cashout 8share
Rm1072 sudah hasil cashout MV
Assalammualaikum...

8share ada function baru ..iaitu Cashout..kira macam sejarah cashout yang pernah kita buat lah....Macam MV  alhamdulillah rupanya sudah rm1072 pernah MV cashout,,,,sepanjang 5 tahun...

Setahun Cashout 2 kali...walaupun sikit tapi bila dicampur-campur..jadi banyakkan..hihi...ini hasil MV ..korang punya mesti lagi ohsem kan...MV ni setakat iklan kat wall sendiri yang klik pun x seramai orang popular..tapi alhamdulillah merasa lah juga .....
Read More

Tuesday, September 26, 2017

Aku Mahu Hidup - Telemovie 2017

9:46 AM
Aku Mahu Hidup - Telemovie 2017

Assalammualaikum

Drama Aku mau hidup Arahan Raja Mukhriz yang disiarkan semalam(25.09.2017) di tv9 membuatkan hati MV tersentuh..pengorbanan seorang abang terhadap adik-adiknya...pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan anak-anaknya

Drama ni juga menyentuh masalah penjualan dadah...bagaimana Kadir terpaksa menjual Dadah demi membayar hutang ayahnya yang dipenjara juga kerana menjual dadah...Kadir dan umi yang berhenti sekolah untuk mencari kerja demi Adik mereka Amir...

Tapi si adik pula tidak memahami niat abangnya..dia pula sibuk mau bekerja mencari pendapatan bagi membantu abangnya...Sehingga lah satu tragedi apabila Amir mati sebab pengambilan dadah secara belebihan oleh orang yang suru Kadir jual dadah

Masa tu baru lah terbongkar..kenapa mak dorang ni tinggalkan mereka ..sebab dia terpaksa berkahwin dengan si pengedar dadah demi membayar hutang suaminya dan supaya anak-anak dia tak diganggu...

sian sedih tengok drama ni semalam..huhu..sapa layan juga drama ni angkat tangan 


Read More

Busana Tradisional

7:30 AM
Busana Tradisional
Assalammualaikum..

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor
adik mengantuk lagi 
Busana Tradisional...21.09.2017 sekolah anak-anak MV buat majlis Sambutan Hari Malaysia...Seperti tahun sebelumnya kalau ada sambutan macam ni akan ada pelbagai aktiviti yang diadakan...

Antaranya Pertandingan nyanyian antara kelas...setiap kelas akan mempersembahkan lagu untuk dipertandingkan...macam kelas Wani dorang nyanyi 2 lagu warisan dan aku negaraku ..Kelas HaikalAyu pula lagu fight song ....

Selain itu, pertandingan busana tradisional pun di adakan pada hari tersebut..semangatnya wani ayu siap minta jahit baju lagi..wani cheongsam dan ayu kebaya..abang haikal mv tak jahitkan sebab dia pakai baju melayu teluk belangga...

Tapi yang menyedihkan bila dorang mengadu ..ala kenapa kami nda kena pilih ikut pertandingan...yang menang pakai baju kurta..itu bukan tradisonal...alahai anak..nda apa lah ..

kita just have fun...dan belajar apa itu tradisional...


Read More

Monday, September 25, 2017

Review: Margasatwa II-Saidee Nor Azam

2:00 PM
Review: Margasatwa II-Saidee Nor Azam
Margasatwa II Margasatwa II by Saidee Nor Azam
My rating: 5 of 5 stars


Adi Putra terus diganggu oleh Namtar..Janjinya yang akan memporak perandakan keturunan Tamrin terus dilaksanakan....Si Margas(Tamar) masih hidup tapi tidak lagi menganas....Namun diburu oleh pemburu yang akhirnya membawa dia ke Kuala Lumpur .

Patung melur menjadi debu kerana Aisya berjanji akan membantu melur membahagiakan Tamar,Penangkapan Margas oleh pemburu dan di bawa ke Makmal akhirnya mengembalikan wajah dan tubuhnya semula..

Namun di sebalik semua itu, ada bahaya yang menanti...Ezuan si bekas kekasih Shazuana(isteri adi putra) dan juga bekas mangsa margas menyimpan dendam yang akhirnya membuatkan dia tersalah langkah,,,membenarkan dirinya menjadi seperti Margas sekaligus menjadi orang suruhan Namtar,,

Aisya pula menjadi tawanan namtar selagi cincin kepunyaannya tidak dikembalikan oleh tamar....Tamrin datang membantu dari masa lampau...

Demi keselamatan anak dan kemusnahan Namtar..akhirnya Adi putra terkorban..Tamar pula hidup di zaman moden dengan isteri wajah seiras melur(aisya)..Saif si penyelamat yang akhirnya dapat membunuh namtar....


**best sangat...walaupun tebal..tapi jalan cerita buat kita terus dan terus membaca

View all my reviews
Read More