All About Love: Anak lelaki jangan dirajakan
Showing posts with label Anak lelaki jangan dirajakan. Show all posts
Showing posts with label Anak lelaki jangan dirajakan. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

Anak lelaki jangan dirajakan

8:30 AM
Anak lelaki jangan dirajakan
Assalamualaikum 

Anak lelaki jangan dirajakan sangat.

Penyapu tak pernah sentuh, pinggan sendiri tak pernah basuh, tuang air pun menyuruh-nyuruh dari jauh, ya dari jauh. Sambil enak menonton TV.

Jangan begitu, anak lelaki kena biasakan berkhidmat. Kerana jadi lelaki bukan perkara nikmat. Di pundaknya tergalas tanggungjawab nan berat.

Jika dari kecil tak dibiasakan berkhidmat apa kau mahu lihat dia membesar penuh empati terhadap ummat?

Ya, anak lelaki memang mudah dijaga dari segi zahiriahnya tapi tidak dari segi pembangunan dalam dirinya.
Jagalah anak lelaki kita.

Dari kecil lagi harus ditanam hormat pada ibunya, pada kakak adik perempuannya sendiri.
Ketika remaja jangan dibiar menyentuh anak dara sesuka hati.
Ketika dewasa jangan dilepas bebas usung anak dara orang ke sana sini.

Ketika menjadi suami biar dia tahu tanggungjawabnya dan selesaikan masalah dalam rumahtangganya sendiri.

Ketika menjadi bapa biar dia jadi bapa yang penuh jati diri.
Ia tak mudah tapi tak mustahil. Ia bermula dari rumah. bagaimana kita tanam rasa tanggungjawab dan takutkan Tuhan dalam dirinya.

Sehingga tingkat taqwanya sampai ke tahap ketika wanita sendiri datang menyerah diri dan kehormatan, dia mampu menolak dengan berkata,
"Tidak. Sesungguhnya aku takutkan Allah."

Dan dia berlari sejauhnya bukan kerana dia tidak 'jantan' tapi kerana dia takutkan balasan Tuhan.

Kenalkan anak lelaki kita dengan Rasulullah saw lelaki agung yang 1400 tahun lalu sudah tunjukkan contoh terbaik peranan seorang lelaki di rumah dan di tengah masyarakat.
Baginda seorang lelaki yang gagah di medan perang namun masih mampu menjahit bajunya sendiri.

Baginda lelaki yang sama yang menangis bila tanpa sengaja terpandang aurat wanita ajnabi.
Jangan biar anak lelaki kita bila ia besar kelak tercari-cari dan tersalah memilih idola. Yang dikagumi lelaki kaki pukul, yang disorak lelaki pemeras wanita, yang diikut lelaki buaya wanita keliling pinggang.

Yang menulis ni tiada lagi anak lelaki tapi andai Allah nak uji Dia tak tunggu kita sampaikan atau tidak. Pasti Dia menguji dengan ilmuNya.
Maka saling kita beri peringatan.

Hanya pada Allah kita mohon agar diberi petunjuk dalam mendidik anak lelaki kita supaya kelak mereka jadi pelindung bukan pemusnah, mereka jadi pemimpin bukan pemerintah.

Bak kata Abuya Hamka,
"Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah berjuang.
Jikalau perahunya telah ia kayuh ketengah ia tak boleh bersurut pulang,

Meskipun bagaimana besar gelombang,
Biarkan kemudi patah biarlah layar robek itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang."
Ya, anak lelaki hidupnya buat berjuang.

#kakBungaKongsi
#bolehShareJanganCopy


**MV dapat dari whatsapp..yang ni memang Mv buat...abang haikal satun-satunya anak lelaki MV..tapi MV tak bagi dia rasa dia special sebab tue MV suru dia buat apa yang orang perempuan buat..

supaya bila besar nanti dia tau macam mana penatnya kita orang perempuan...menyapu masak nasi itu memang MV dah ajar...lepas tue..makan pinggan kena basuh..bilik tidur,,tak kemas ...MV akan berleter suru dia kemas....

biar dia rasa sekarang mama selalu marah..insyaallah satu masa nnt dia akan faham kenapa mama ajar dia semua ni 
Read More