All About Love: tarikh permohonan bsh 2019
Showing posts with label tarikh permohonan bsh 2019. Show all posts
Showing posts with label tarikh permohonan bsh 2019. Show all posts

Wednesday, December 12, 2018

Bantuan Sara Hidup 2019

3:34 PM
Bantuan Sara Hidup 2019
Assalammualaikum...

Bantuan sara Hidup 2019 telah diumumkan oleh menteri kewangan dalam pembentangan bajet Malaysia 2018 haritu dengan sedikit perubahan iaitu bantuan hanya disalurkan kepada isi rumah dan kategori bujang telah digugurkan.

Jumlah bantuan adalah mengikut 3 kategori seperti dibawah iaitu:-
  • Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
  • Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
  • Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500
Dan perubahan baru pada BSH 2019 bagi keluarga yang  menerima BSH 2019 setiap anak layak mendapat bantuan RM120 terhad kepada 4 orang anak sahaja  dan berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak yang berstatus OKU..

Pendaftaran permohonan BSH 2019 akan dibuka pada   bulan Januari 2019 dan semakan status BSH boleh di semak melalui portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/..Selain itu platform lain juga boleh digunakan untuk membuat semakan iaitu :-
  • muat turun aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat di Play Store dan App Store
  • Hubungi LHDNM melalui talian 1-800-88-2716
  • Hubungi MOF melalui talian 03-8882 4565/ 4566
  • Pergi ke Cawangan LHDNM yang berhampiran
Bayaran BSH 2019 akan dilakukan secara 3 fasa dan pembayaran adalah mengikut kategori seperti berikut kecuali untuk kategori isi rumah berpendapatan RM3001-RM4000 .

Pembayaran secara berperingkat dibuat membolehkan penerima BSH merancang dan menguruskan BSH dengan berhemah dan cermat.Penerima BSH  yang layak bolehlah menggunakan wang diterima untuk  tujuan seperti :-


  1. Keperluan anak-anak sekolah.Memandangkan anak-anak pun layak menerima RM120 setiap seorang terhad kepada 4 orang anak berumur 18 tahun ke bawah .Ini dapat membantu untuk kelengkapan dan keperluan sesi persekolahan 2019 terutamanya untuk keperluan membeli kasut sekolah memandangkan perubahan kasut putih kepada penggunaan kasut hitam.Walaupun tidak wajib namun ada pihak sekolah mengwajibkan penggunaan kasut hitam kuatkuasa 2019.
  2. BSH juga boleh digunakan untuk persedian sambutan hari raya aidilfitri.BSH dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan untuk sambutan hari raya.
  3. Digunakan sebagai modal perniagaan kecil .Contohnya seperti perniagaan kerepek dan kuih muih kerana modalnya sangat rendah.Ianya  sekurang-kurangnya membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan dan memberi pendapatan sampingan kepada mereka.
  4. Dijadikan simpanan -walaupun nilai BSH tidak lah sebesar mana namun ianya  boleh disimpan sebagai simpanan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan kos kewangan.Contohnya untuk kos perubatan,kos membaiki kenderaan atau pun untuk keperluan kecemasan yang lain.Jika wang BSH yang diterima disimpan sekurang-kurangnya jika berlaku kes seperti tadi ianya dapat meringkan beban kepada mereka.
Kepada mereka yang layak untuk memohon Bantuan sara Hidup 2019  bolehlah memohon pada januari 2019 nanti dan bolehlah berkongsi maklumat mengenai BSH 2019 ini kepada Keluarga,Sahabat dan jiran tetangga...

Sama-sama kita menyalurkan maklumat sekaligus membantu mereka yang layak ....Kalau bukan kita siapa lagi..kalau bukan sekarang bila lagi.....




Read More