All About Love: intan sabah
Showing posts with label intan sabah. Show all posts
Showing posts with label intan sabah. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Bengkel Pelupusan Dan Hapuskira Aset Alih Kerajaan Bil.2/2016

10:03 AM
Bengkel Pelupusan Dan Hapuskira Aset Alih Kerajaan Bil.2/2016
Assalammualaikum...


sedikit nota untuk simpanan ...
Bengkel Pelupusan Dan Hapuskira Aset Alih Kerajaan Bil.2/2016,, MV attend bengkel ni di intan Sabah ...selama 3 hari ...bermula 27-28 september...belajar sedikit mengenai kewangan....

bab pelupusan dan hapus kira... barulah kenal kew. Pa 1 - 32...iaitu kew Pa yang digunakan untuk proses pelupusan dan hapus kira...sapa2 orang kewangan memang kenal kew pa ni...

cuma MV ni kan orang library memang x tahu sangat....lepas tue belajar sikit mengenai proses ni pelupusan,proses hapus kira..

selfie di hari pertama...
untuk kursus kali ni MV dilantik jadi penghuluwati... buat pertama kalinya ..hahaha...lepas tue MV ni kalau kursus memang suka pergi seorang sebab masa dalam kursus tu berkenalan lah dengan kawan baru...

maklumlah tak berkawan biar seribu berkasih biar satu..hihi...alhamdulillah jumpa kawan semua satu kepala....cuma itulah ..bila cakap MV dah kawin and anak 4 ..ada yang tak percaya.....tak taulah kenapa....

kalau kursus memang bab pembentangan MV yang akan buat...walaupun nervous..normal kot nervous tue..lagipun bila kita membentang ni kan...kita boleh tambah faham lagi apa yang kita belajar...

sekian coretan....
Read More

Wednesday, August 24, 2016

Bengkel Pemantapan Personaliti & Penjenamaan Perkhidmatan Awam

11:22 AM
Bengkel Pemantapan Personaliti & Penjenamaan Perkhidmatan Awam


Assalammualaikum...

sempat juga bergambar dengan Suhaimi Sulaiman 
Bengkel Pemantapan Personaliti & Penjenamaan Perkhidmatan Awam bertempat di Intan Sabah dan penceramah bagi bengkel ini Encik Suhaimi Sulaiman ... Siapa tak kenal..dulunya pembaca berita TV3...kemudian beralih ke astro awani....

Antara apa yang MV dapat dalam bengkel ni:-


  1. kita kena ada brand kita sendiri untuk orang kenal kita.
  2. kita kena sentiasa menjadi sebutan
  3. kita kena nampak cerdik
  4. Kita kena Look "loveable"
  5. dalam kehidupan kita perlu ada ruang tertentu
  6. Teknik penceritaan "selling tactic" perlu untuk kita berjaya dalam apa yang kit abuat
  7. Orang yang selalu sibuk kerjanya sentiasa siap berbanding orang yang banyak komplain "banyaknya kerja aku" orang yang macam ni kerjanya selalu tak siap.
  8. KIta juga kena selalu share knowledge dengan orang .




Gambar yang sempat di ambil 
Bagi MV ni satu bengkel yang amat berbaloi kita pergi..banyak input yang kita dapat...satu yang penting...bila kita positif dengan apa yang orang sampaikan..hasilnya akan positif juga,Bayar RM30 tapi dapat ilmu dan inspirasi dari ikon seperti Suhaimi Sulaiman memang sangat berbaloi.

Terima kasih kepada jabatan MV bagi peluang menghadiri bengkel ni.Terima kasih juga kepada Intan Sabah menganjurkan program seperti ini.
Read More