All About Love: drama cinta kau dan aku
Showing posts with label drama cinta kau dan aku. Show all posts
Showing posts with label drama cinta kau dan aku. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Cinta Kau Dan Aku-Siti Rosmizah-

12:00 AM
Cinta Kau Dan Aku-Siti Rosmizah-
Assalammualaikum...
Yes dapat juga baca
Walapun Novel Cinta Kau Dan Aku ni dah didramakan dan MV dah tengok dramanya..tapi kepuasan untuk membaca novel itu belum tercapai..pergggh mmg hantu novel....Mencari novel ni tak jumpa...nasib baiklah ada satu kakak ni..keja kat JPNIN..namanya kak YAti bagi pinjam novel ni...YEs mengidam novel CInta Kau Dan AKu akhirnya tertunai...
MV pula bagi pinjam dia novel Siti Nur Dhuha..My Love Is Playgirl..win win situation bah kan...sistem burter..hehehe..

MV kongsikan sedikit sinopsis Novel dari muka belakang novel....

 "Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


**Mv kena stop kejap baca novel chan rak ter...sebab ni novel pinjam..wah berendam air mata lah lepas ni..hehehe..Cik Nur tak yah tolong cari dah novel ni....hehe

Read More