Assalammualaikum.....
Video Resepi Nutella Mug Cake Hanya 3 Bahan diperlukan Untuk Buat Nutella Mug Cake Yang Lembut Dan 'Chocolatey'
dan
Yang paling best, kek ni tak perlu dibakar dalam oven!
cer tengok bahan-bahannya...see hanya 3 bahan jer
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan Nutella
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung gandum
Cara-cara:
1. Gaul Nutella, telur dan tepung gandum hingga sebati.
2. Microwave adunan selama 1 minit.
3. Tabur gula icing jika mahu.
4. Siap untuk dimakan!