Tengok drama ni di you tube masa sabtu lepas ...sedih,,,,banyak yang kita dapat dari drama ni.kesabaran..dugaan dalam kehidupan dan kena berhati-hati bila mempercayai seseorang,nilai persaudaraan...
Mengisahkan asyikin dan zamri, asyikin sarat mengandung dan suaminya zamri pula patah kaki...punca pendapatan mereka terhenti. Asyikin balik ke kampung ibunya sehingga lah dia bersalin.
Namun di kampung segalanya berubah apabila asyikin terjumpa manja..seorang wanita yang banyak membantunya dari segi kewangan.Tapi sebenarnya adalah sindiket penjualan bayi. Keputusan syikin menyerahkan bayinya yang baru lahir menyebabkan zamri marah.
Manja kebetulan masuk ke farmasi tempat syikin bekerja di situ barulah syikin tahu sebenarnya manja bukanlah kawan sekolahnya.cuma dia dapat tahu maklumat mengenai syikin apabila syikin bercakap di telefon.
Akhirnya manja di tangkap atas bantuan bos syikin yang ternampak dan terdengar apa yang terjadi di farmasi dan syikin dapat bertemu semula dengan anaknya.
Moral dari cerita ini:-
1.setiap anak ada rezekinya sendri dan jangan anggap anak yang lahir tue beban
2. jangan bercakap dalam telefon dengan terlalu kuat di kawasan terbuka
3. jangan mudah mempercayai orang
4. dugaan dalam kehidupan itu memang tak terduga namun kena bersabar dengan segalanya