Review Novel : Jodoh Sebumbung- Siti Nur Dhuha - All About Love

Monday, May 13, 2019

Review Novel : Jodoh Sebumbung- Siti Nur Dhuha

Jodoh Sebumbung Jodoh Sebumbung by Siti Nur Dhuha
My rating: 3 of 5 stars

syed amsyar dan Elisha...Dua beradik tanpa ikatan yang halal. Amsyar dibesarkan oleh ibubapa Elisha namun kematian mereka memaksa Amsyar menjaga Elisha yang masih Bayi..Dibunuh kerana dendam dan orang tersebut bukan orang lain tetapi ayahnya sendiri Syed Mansor.

Dendam Syed Mansor terhadap ibu Elisha memaksa Syed Amsyar menjaga Elisha dengan kejam...sepakan dan pukulan adalah makanan Elisha.Ini semua kerana ugutan Syed Mansor yang mahu membunuh Elisha sekiranya amysar tidak mendera Elisha.

Namun rasa cinta di hati Amsyar melebihi segalanya, saat dia mula berterus terang, Alif Badri pula muncul dalam hidpu Elisha.Perkahwinan yang dirancang oleh Syed Mansor melalui anak saudara isterinya sangat menyakitkan hati Amsyar..

Kebahagian sememangnya bukan milik ELisha ...perkahwinan yang disangkakan akan membahagiakannya akhirnya meragut nyawanya sendiri,,namun hayatnya masih panjang dia diselamatkan oleh Amsyar.

Saat Elisha di larikan oleh Joe Fizul,dan hampir berkahwin dia diculik dan diserahkan kepada Amsyar.Bukan hanya diserahkan tapi dijadikan isteri .Abang yang selama ini mendera dia,abang yang dia benci menjadi suaminya sendiri..

Namun bezanya Amsyar yang ini bukan seperti abangnya yang dulu..mereka bahagia bersama sehinggalah Alif Badri dan Syed Mansor datang memusnahkan segalanya...Amsyar kehilangan Elisha...

Setelah bertahun...Elisha datang tapi untuk meragut nyawa amsyar..kenapa??korang kena baca novel ni...best

View all my reviews

1 comment: