December 2017 - All About Love

Friday, December 29, 2017

Review Novel : Paranormal-Hani Suraya

8:29 AM
Review Novel : Paranormal-Hani Suraya
Paranormal Paranormal by Hani Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Assalammualaikum...

Lagi novel mv baca dari pnm e-reader..MV baca pada 28.12.17 dan habis pada 28.12.17....seronok novel ni...

Paranormal mengisahkan sekumpulan anak muda yang bekerja sebagai penyiasat kes paranormal. kesemua mereka mempunyai kelebihan masing2..

erti kata lain bukan manusia biasa tapi mempunyai sixth sense..satu kes yang mereka terima membuatkan mereka terkejut...

ditambah pula ada antara mereka menjadi buruan orang yang tamak dan tidak beperki kemanusiaan...

View all my reviews
Read More

Thursday, December 28, 2017

Review:Novel PATUNG-Muhammad Fatrim

8:51 AM
Review:Novel PATUNG-Muhammad Fatrim
PATUNG PATUNG by Muhammad Fatrim
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum...

Novel ni pinjam melalui app pnm e-reader...terima kasih adanya app ni dapatlah baca buku yang teringin nak baca


Kerana mahu kekal cantik..seorang perempuan perlu dikorbankan setiap tahun untuk dia kekal nampak muda dan cantik serta mengekalkan haruman bunga yang ada di dalam rumah Banglo itu..Manakala mangsa yang dikorbankan dijadikan patung sebagai koleksi...

Patung sebuah karya yang unik...bila mula-mula baca rasa kesian terhadap watak orked yang kehilangan ahli keluarganya..ditambah pula ugutan daripada uncle dan auty yang mahukan rumah banglo pusaka aka puaka

Kehadiran Melur patung yang pandai berkata-kata menimbulkan pelbagai masalah...setiap kali orked disusahkan oleh seseorang pastinya orang itu akan menerima nasib yang ngeri ....tapi kenapa patung itu meminta bantuan.....

Orked pula secara perlahan2 berubah menjadi orang lain..bukan seperti orkednya yang dahulu...Aspalela!!siapa dia...kenapa dia setia kekal di rumah banglo itu.Misterinya kenapa gambar nenek orked yang berkebaya merah tiada di dalam frame...

Dalam novel ni juga ada menceritakan Queen Sarah yang hilang dalam novel asrama..tragisnya apa yang Sarah alami....tapi apa kaitannya dengan Orked dan cerita ni...

Jom baca..pasti ada teruja


View all my reviews
Read More

Wednesday, December 27, 2017

Sijil Penghargaan

2:45 PM
Sijil Penghargaan
No automatic alt text available..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah berjaya menjalankan tugas dan amanah sebagai Pengerusi Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS  tahun 2017...insyaallah akan meneruskan tugasan dan amanah ini pada tahun seterusnya sebelum menyerahkan  kepada JawatanKuasa baru yang akan dilantik....

Image may contain: drink

Bermula dari tahun 2012 masa tu MV sebagai AJK Biro Keselamatan sahaja...tahun ni yang diupgrade jawatan ke Pengerusi ...Semoga tahun depan apa yang dirancang berjalan lancar.terima kasih buat semua warga pendidik dan juga buat rakan-rakan jawatankuasa Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Semoga tahun depan kita akan lebih bekerjasama dan menyokong apa yang dirancang warga pendidik 
Read More

Tuesday, December 26, 2017

Review Novel: Kubur Bernyawa-Ebriza Aminnudin

3:51 PM
Review Novel: Kubur Bernyawa-Ebriza Aminnudin
Kubur Bernyawa Kubur Bernyawa by Ebriza Aminnudin
My rating: 5 of 5 stars

Assalammualaikum 

Kubur Bernyawa..Satu cerita mistik yang penuh dengan Keinsafan.. Jhaznarul dan Firdee aqasha mereka pewaris yang membangkitkan roh perempuan tua yang tidak tenteram di satu kubur sesat dalam Hutan Kaffi...

Satu perkhemahan yang mereka ikuti akhirnya menjadikan mereka di ganggu oleh roh seorang nenek tua yang memerlukan bantuan..Tapi kenapa hanya Jhaznarul dan Firdee yang menjadi mangsa...Dia datang untuk mencari pewaris...

Siapa sangka ...mereka dan nenek itu berkait rapat...kerana satu kejadian dia menuntut haknya dan berjanji akan bangkit sebelum dan dibangkitkan oleh pewaris kepada orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhannya,,,

kasih syang yang dia beri ...kesengsaraan yang dia dapat..rohnya tidak tenteram ..selagi haknya tidak dilunaskan...


Benarlah kata orang..duit boleh membuatkan seseorang itu tamak dan berubah menjadi orang lain...

View all my reviews

 Mv baca novel ni melalui app pnm e-reader..sangat menarik ceritanya...


Read More

Monday, December 25, 2017

Baju Tabika Kemas

2:31 PM
Baju Tabika Kemas

Assalammualaikum

Selesai persiapan sekolah untuk syamimi..walaupun punya lah susah mau mencari size baju...last last ambik size s juga yang skirt dan kebetulan jumpa yg pakai seluar cutting kecik size m..

Cuma sedikit terkejut dengan harga baju sekolah kemas untuk budak perempuan ...dulu nda lah mencecah 30 ringgit sekarang ada yg jual smpi harga 40 sepasang..

Mula mula mv cari di ramai jaya harga rm29 tapi size yang tinggal hanya size m..cutting pula besar..cari di servay harga sepasang rm39.90 mak ai..cari di sinsuran pun rm 34.90 ..terkejut my heart..

Akhirnya Mv beli di 101 superstore sulaman sentral..size S rm30.90...oklah kualiti kain pun ok..yang bestnya dia jual x ikut size semua sama harga ..jadi x lah bagi tekanan dekat ibubapa...

Tadi mv pergi di kedai Tung E Asia city kota kinabalu..beli baju di sana..tapi yang tinggal yg seluar jer size m..bila tengok cutting dia kecik...so mv ambik..lagipun harganya rm29.00 sahaja oklah...

Pergi btc dekat segama beli tudung di sana..terima kasih lah sebab bagi discount...daripada harga 15+ mv just bayar 122..oklah...

Al kisah bju sekolah kakak2 dia...mv beli di 101 superstore juga ...sebab harga masih mampu kita beli..nda lah buat kita rasa terbeban...

Read More

Saturday, December 23, 2017

last Cashout 8share tahun 2017

7:30 AM
last Cashout 8share tahun  2017


Assalammualaikum....

Last cashout untuk tahun 2017...rm80 sahaja...boleh lah...potong rm1 tinggal rm 79.00....kumpul selama 2 bulan setengah..tahun depan kita kumpul semula...sekarang jumlah terkumpul rm6 ....

so tahun depan kita usaha lagi..biar lambat tapi syukur hasilnya ada...tahun ni buat 4 kali cashout...

06-Mar-2017 RM153.00


10-Jul-2017 RM59.00


02-Oct-2017 RM59.00

yang last 79.00...so total tahun ni sebanyak 354 sebelum ditolak seringgit menjadi 350...oklah kan not bad...



Read More

Friday, December 22, 2017

Review Novel:Asrama-Muhammad Fatrim

9:34 AM
Review Novel:Asrama-Muhammad Fatrim
Assalammualaikum


Ini merupakan novel ketiga yang MV baca menggunakn app pnm e-reader.Asrama hasil tulisan Muhammad Fatrim ....mv dah baca asrama 2..so ni kira mau tau kenapa kisah asrama yang awalnya..

Asrama..Dahlia pelajar baru di sekolah berasrama penuh seri bayu...bilik 206 ..lena,may dan farah kawan sebilik yang penuh misteri..

geng queen,geng princess dan geng slaves yg wujud di dalam asrama membuatkan dahlia menjadi mangsa..puas menjadi mangsa akhirnya dia menjadi punca...

roh yg bekeliaran menganggu keharmonian asrama..siapa angel?pak darus?maria?dan ira?kenapa mereka seakan berahsia..

pengait kepala...bersangkut paut dengan dahlia dan asramanya..ada sesuatu yang dahlia patut tahu..tentang dia,pak darus,maria,ira dan ayahnya...

dan satu janjinya iaitu dia tidak akan mati kerana esok adalah hari lahirnya akhirnya membuatkan dia kekal di sana

Read More

Thursday, December 21, 2017

Happy birthday Syamimi 4 tahun

12:26 PM
Happy birthday Syamimi 4 tahun
Assalammualaikum...

Image may contain: 1 person, smiling
birthday girl...
No automatic alt text available.
Happy birthday my syamimi.you are always be our baby forever...we love you adik..

21.12.2017 Alhamdulillah genaplah usia My Waznah Syamimi 4 tahun...Simple celebration for her di taskanya...beli kek , vitagen dan sedikit goodies untuk kawan-kawannya...ini merupakan tahun terakhir syamimi di taksa...



Image may contain: 3 people, people sitting and child

Image may contain: 4 people, people sitting and child

dan ini juga merupakan tahun terakhir syamimi celebrate birthday di sekolah dengan kawan-kawan. Sebab tahun depan bila sudah masuk ke alam sekolah....birthday dia jatuh pada cuti sekolah.mengulangi pengalaman kakak ayu yang tak pernah sambut birthday di sekolah dengan kawan-kawan...

Image may contain: 1 person, food

Image may contain: 1 person


jadi biarlah dia rasa gembira dengan apa yang MV buat ni..walaupun tak meriah mana..insyaallah pastinya memberikan dia kenangan manis yang sentiasa dia akan ingat ...lepas ni akan ada sesi tiup lilin lagi bersama abang kakak di ranau...

Image may contain: 3 people, people sitting and child

cuti sekolah ni ..abang kakak balik kampung...jadi kita lewat sikit ya adik sambut dengan kakak abang..yang penting adik gembira dan abang kakak pun gembira 

Image may contain: 7 people, people sitting






Read More

Wednesday, December 20, 2017

Review Novel:Abah Adik Nak Kahwin-Aireen Erina

8:50 AM
Review Novel:Abah Adik Nak Kahwin-Aireen Erina
Assalammualaikum

buku kedua pinjam melalui app pnm e-reader
Terjerat dengan perjanjian yang dibuat dengan kawan-kawannya dengan idea siapa lambat kahwin majlis perkahwinannya nanti tidak akan dihadiri kawan baik seramai 4 orang

kerana itu Farhana jadi terdesak utk berkahwin sehinggakan sanggup mencari lelaki yang menegurnya dalam satu expo di dalam facebook jay hezmi ..namun lelaki itu bukan jodohnya..iya Alif Farhan pertemuan kerana satu kemalangan...lelaki yang ditinggalkan tunang sebelum majlis perkahwinan...

Lamaran dari Farhana diterima kerana Alif memang sudah jatuh cinta pada pertemuan pertama..perkahwinan tanpa cinta memang banyak dugaannya...namun rasa cinta wujud jua dalam hati farhana buat alif..namun itu tidak lama...kehadiran salwani bekas tunang yang menagih kasih alif kembali...

kehadiran jay hezmi kasanova yang tak jemu mengoda Farhana...namun farhana bukan selemah salwani yg jatuh dan kalah dengan pujukan jay hezmi...siapa sangka jay hezmi adalah lelaki yg merampas tunang alif dan kemudian cuba mengoda isterinya..namun alif brsyukur farhana bukan seperti salwani

tersepit antara rasa kasihan terhadap wani yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga membuatkan dia lupa yang dia ada farhana..

kedatangan salwani yang ingin menumpang kasih membuatkan rumah tangga mereka bergolak...keegoan farhana ...kelembutan alif....kemalangan yang berlaku menyebabkab alif koma akhirnya membuktikan yang farhana memang sangat cintakan  alif...dan hanya maut yang akan memisahkan mereka

Read More

Monday, December 18, 2017

Bila mama yang mewarna

11:06 AM
Bila mama yang mewarna
hasil 3 hari mewarna
Assalammualaikum..


Selalu nampak MV post syamimi punya hasil mewarna ..kali ni kita tengok pula hasil mewarna mamanya pula...hahaha...ni sebenarnya calender dari public mutual...

Calender ni ada lakaran corak untuk mewarna...kebetulan sudah sampai ke penghujung tahun makanya mv bawa pulang calender ni dan warna di rumah...untuk lakaran pertama ambil masa 3 hari juga baru siap...

taulah bukan orang seni kan..buat sekejap lepas tu rehat...lagipun mata nda boleh terlampau tengok benda-benda kecil ...cepat rasa macam mau juling mata...

SO inilah hasilnya walaupun nda lah sekemas mana tapi bila syamimi puji cakap wah cantik pandainya mama..rasa berbaloi juga lah buat ni...lepas ni MV akan buat lembaran kedua pula..nanti MV share

Read More

Wednesday, December 13, 2017

Name of the day kak kiah cake house

3:57 PM
Name of the day kak kiah cake house
Image may contain: 1 person, smiling

Assalammualaikum

Cerita ahad lrpas on the way bali dari beuafort tiba2 buka fb cikgu wani tagged name of the day kak kiah cake house..kebetulan masa mau dekat area papar sudah..

Makanya mv pun singgah kak kiah cake house ..name of the day haritu ayden anita dan anna...so mv pegi lah claim .dapat satu slice kek (single babe) dan air coffee babu

Kamu area kota kinabalu,papar dan putatan bolehlah like dan follow fb  kak kiah cake house..manalah tau lepas ni nama kmu pula kan ...

Read More

Review Novel:Cik serba tahu-Syamnuriezmil

8:45 AM
Review Novel:Cik serba tahu-Syamnuriezmil
Asslammualaikum
Cik serba tahu hasil tulisan Syamnuriezmil

Novel ni baca melalui app PNM E-reader..novel ni tak tebal sangat dan jalan cerita pun x berapa berat..

"When i saw you i fell in love,and you smile because i know..."

Aerna dan Carl ...kerana peristiwa aerna hampir melanggar kereta porsche Carl akhirnya mengikat dia dengan Lelaki itu..

Sudahlah tersepit di antara Ben Dan Bun ..ditambah pula lagi dengan Carl Adham yang baru pertama kali berjumpa sudah mengajak berkahwin

Ditambah lagi sokongan kuat bapa aerna..maka bermulalah misi menambat hati Cik serba Tahu dan menjadikan Carl pula sebagai Encik serba tahu apabila aerna tidak seperti gadis lain

Ditambah pula dengan kehadiran Sarah Nadine...bekas tunang Carl...kuatkah aerna dan mampukah carl membuka pintu hati cik serba tahu tapi x tahu tentang perasaan sendiri


Read More

Tuesday, December 12, 2017

PNM E-Reader

3:32 PM
PNM E-Reader
Assalammualaikum


PNM E-Reader ni salah satu app yang Mv download dalam handphone.Mv boleh baca buku yang mv x dapat beli di dalam ni..

Sekarang mv tengah baca cik serba tahu...dalam list menunggu untuk novel asrama ...dah baca yg kedua kena baca yg pertama juga kan hahaha...

Korang yang suka membaca boleh lah download app ni....korang boleh baca apa yang dipinjam tanpa ganggu data internet ....

Tempoh pinjaman selama seminggu...banyak tajuk bukyu yang ada dalam ni..
Korang try lah download..mesti seronok

Read More

Review Novel:Pelaris-Muhammad Fatrim-

11:29 AM
Review Novel:Pelaris-Muhammad Fatrim-
Assalammualaikum


Pelaris...Mawar si janda anak satu yang terpaksa menyambung perniagaan suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan..

Demi kelangsungan hidup dan demi maruah dia mengambil Pelaris untuk restorannya yang mana akhirnya memerangkap dia dan mengakibatkan anaknya kila dalam bahaya.

Yusof anak muda yang ingin membantu Mawar supaya berhenti dari mengamalkan pelaris kerana ianya memudaratkan hidup Mawar.

Siapa sangka hanya kerana dendam Mawar menjadi umpan dan mangsa ketidakpuasannya...Mbak Surti dialah orang yang bertanggungjawab ke atas segalanya..

Demi dendam dia sanggup buat apa saja

Read More

Monday, December 11, 2017

Majlis Makan malam dan exchange gift 2017

5:11 PM
Majlis Makan malam dan exchange gift 2017
Assalammualaikum..

  


Ini cerita jumaat lepas 8.12.2017 Majlis makan malam dan exchange gift 2017 anjuran kelab ofis Mv bertempat di Restoran Gayang Seafood..

Exchange gift memang tiap tahun ofis mv buat tapi tahun ini disekalikan dengan makan malam staf...untuk kali ni hadiah minima rm50..


Selain itu ..sambutan hari lahir buat staf yang lahir bulan november dan disember pun disambut pada malam tersebut.Mv antara yang termasuk dalam senarai staf yang menyambut hari lahir

Dapatlah hadiah daripada kelab berupa wang Tunai ..terima kasih buat kelab sukses Psups..

Untuk cabutan exchange gift mv dapat baju bollywood..hahaha..tapi baju ni belum jahit lagi..ramai yg tanya muat kah mv dengan baju tu..

Adui ...hahaha muat sebab belum jahit tapi kalau sdh jahit contlfirm tak muat tau lah size mv ni ..oversize hahaha

Apa2pun gembira dengan majlis makan malam dan exchange gift ni walaupun bukan di hotel mewah...yang penting semua orang happy
Read More

Review novel:Asrama 2 -muhammad fatrim

4:30 PM
Review novel:Asrama 2 -muhammad fatrim
Assalammualaikum

Asrama 2 sambungan asrama..mv baca no.2 terus hahaha itu pun pinjam kawan..

Mengisahkan Dahlia,maria dan ira..roh yang terperangkap di sekolah berasrama ..kebakaran asrama 10 tahun lps dan janji Dahlia yang dia takkan mati sebab esok adalah hari lahirnya membuatkan mereka terperangkap di situ...

Dalily si gadis yang di dampingi sesuatu..kerap bertukar sekolah kerana pendampingnya akan membalas dendam jika lily di timpa mala petaka..

Lily yang pernah terlibat dalam satu kes "Pembunuh tangan hilang" hairan kenapa dia nampak tangan itu dan terus diganggu...

Gangguan berlaku..Miss Anna sahabat dahlia yang terselamat dalam kebakaran itu memberanikan diri menyeru mereka dan menggugut akan menghalau mereka dari situ...

Tapi bukan mereka yang menimbulkan kekacauan..tapi tangan itu!!!!budak perempuan itu!!!!
bila sudah baca ni terus terfikir..novel ni akan ada sambungan lagi kah?kenapa lily boleh tembus arfiey dan nazmi??

Read More

Saturday, December 9, 2017

Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017

7:00 AM
Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017
anak-anak with teacher dan kakak-kakak
Assalammualaikum...

Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017 berlangsung pada jumaat 08.12.2017..Alhamdulillah berjalan lancar...meriah walaupun hanya konsep pot luck....yang penting anak-anak happy ...MV pula hanya bawa jelly2..aiskrim air..dan biskut koala kids,,

antara pemenang cabutan bertuah
Ada juga cabutan bertuah...alhamdulillah sekali lagi ...rezeki MV dapat hadiah dalam cabutan bertuah..syukur walaupun hadiah tak semewah mana..yang penting niat yang memberi dan menerima tu ...insyaallah pasti mengembirakan
sambutan birthday september hingga disember
Ada juga sambutan hari lahir buat anak-anak yang lahir bulan september hingga disember...syamimi pun termasuk..tapi MV tak bawakan dia kek sebab 21.12 nanti dia akan buat sambutan birthday juga di Taska...kiranya syamimi tumpang kek kawan sajalah hihi...
bila MV berucap sepatah dua kata..
Antara menu yang ada ..Laksa penang,soto,ayam goreng,mee goreng, kek, kuih muih dan air coctail ....terima kasih buat ibubapa ..Mv selaku pengerusi sangat memandang tinggi komitmen ibubapa yang hadir pada hari ini...
yeah bertuah juga kuikui 
mimi tumpang kek..sebab nanti 21.12 baru sambut 
Anak-anak pula mendapat hadiah daripada pihak taska...set mandian anakku ,buku,warna dan set berus gigi.Oh ya penyerahan tabung pun ada..nanti MV kongsikan cerita mengenai tabung syamimi...
acara potong kek 

Read More

Friday, December 8, 2017

Review Novel:Sengal Punya Mamat-UMMU WAFA

4:14 PM
Review Novel:Sengal Punya Mamat-UMMU WAFA

Asslammualaikum

"Aku ingat lover rupanya hater!"

Siti Ajira dan Farhan ..diumpamakan sebagai "Beauty and the beast"..Siti Ajira seorang gadis yang oversize dan dari keluarga yang kurang berada  manakala Farhan seorang jejaka yang sangat kacak dan berasal dari keluarga kaya.

Namun mereka punya dua persamaan :
1.tidak percaya kepada cinta.Farhan tidak ingin berkahwin kerana melihat kehidupan ibu dan ayahnya ..ibunya yg tidak suka dengan mertuanya sendiri.Manakala siti membenci lelaki kerana ayah tirinya yang selalu memukul ibunya.

2.kedua-dua mempunya perangainya yang sama iaitu seorang sengal seorang pelawak hahaha.

Apabila Farhan dipaksa berkahwin dan siti pula menghadapi masalah kewangan maka terjalinlah satu perjanjian dan temetrai lah sebuah perkahwinan...

Demi menebus tanah pusaka siti dan bertahan dengan dugaan yang diterima dari mertua dan suami.Tanpa di sangka Farhan berubah menjadi seorang yang menyakitkan hati...

Cinta Husien ,dan kemunculan Adam membuatkan rumahtangga mereka retak menanti belah...tidak tahan dengan apa yg dialami...

siti  membawa diri...jauh dari Farhan dan berusaha menjadi seorang yg berbeza..kehilangan siti membuatkan farhan jadi tak keruan..

Pertemuan antara siti yang baru dengan Farhan membuatkan dia terkejut?kenapa?

Isteri yang menghilang dijumpai menjadi orang yang berbeza..Mampukah rumahtangga mereka diselamatkan lagi ...

antara Adam dan farhan siapa yang dapat merai cinta siti.

Read More

Throwback Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017

7:30 AM
Throwback Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017
Assalammualaikum,,


bersama Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Dr. Jamaludin Bin Mohd Ali
Throwback Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017 yang diadakan di Tawau pada 01.12.2017.Semuanya berjalan lancar walaupun hari hujan..Perarakan diteruskan dan kami berarak dalam hujan...

posing selagi mampu sebelum hujan hihi
Semangat menyambut hari kelahiran Rasulullah kita ..hujan pun bukan menjadi halangan .Paling di tabik spring kontijen di belakang Jabatan Kami..Jabatan Bomba...sambil berkawad mereka berselawat dan ramai orang awam memberi tepukan kepada mereka.

semangat berarak walaupun hujan


Kali ni tema baju jabatan MV..Biru dan hijau...baju ni unik sikit coraknya..seakan2 corak naga... sampai orang kalau nampak kami akan pandang dua kali...cantik katanya...hahaha kami pula menggelarkan kami sebagai team naga,,haha
Bersama Datuk Nor Rizan Bin Mohd Thani Setiausaha Persekutuan Sabah

Biarpun hujan ..ALhamdulillah perarakan haritu berjalan lancar..tak rasa pun penat..mungkin sebab cuaca sejuk kan...ada kah kmu yang terlibat dengan Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni...

Ini merupakan tahun keke-6 atau ke 7 MV terlibat dengan Sambutan Maulidur Rasul...
Semua kaki posing 

Read More

Thursday, December 7, 2017

Review Novel :Kekasihku jangan marah-Zan Zarida

9:04 AM
Review Novel :Kekasihku jangan marah-Zan Zarida
Assalammualaikum
"nak lawan,takut dosa."
"Nak marah,sayang gila"


Safi Awadah si gadis yang belum temuduga sudah gagal dan direject oleh abg seri"serigala"...idan jauhari jejaka yang dua kali bertunang dan 2 kali juga kehilangan tunangnya.

Safi ...bertunang tapi akhirnya terpaksa mencari pengantin baru buat tunangnya kerana mereka tidak boleh berkahwin.

Bermula dengan insiden direject ...sehinggalah safi diterima bekerja tetapi bukan di bawah idan jauhari..safi bekerja dengan kakak idan jauhari .HAJAR

MAKA bermulalah misi membina cinta Safi dengan abg seri..biarpun mukanya garang dan tak suka dengan safi..si gadis tetap buat tak tahu...

Sehinggalah satu perkataan yang dilontarkan kepada safi akhirnya membuatkan idan jauhari menjadi sewel."Bangsat" kerana perkataan inilah ..doa safi semasa dia direject ketika temuduga seakan terkena pada idan jauhari..

"huh,jangan sombong! Encik juga tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua.Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yg nak terima encik jadi menantu.Tak pun terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati!"-safi awadah

pelbagai usaha idan jauhari buat untuk memujuk tapi tak berjaya..apatah lah safi ingin berkahwin dengan arif zikri sebagai isteri kedua..

makin bertambah sewellah si abg seri...mampukah dia merebut cinta dan memujuk safi saat tok kadi sudah menggenggam tangan lelaki lain?

Read More

Tuesday, December 5, 2017

Review novel:Saya cup hati awak!- Zan Zarida

11:11 AM
Review novel:Saya cup hati awak!- Zan Zarida
Assalammualaikum

"Andai cinta sudah menyapa,jiwa dan raga sudah tak terbendung lagi"

Saya Cup Hati Awak!!

Juita dan Jeffrey..tidak kenal tetapi terikat kerana satu lamaran yang tak tersengaja dan yang mnerima pun tidak sengaja menerima.

Juita...pemilik syarikat pembinaan tetapi tidak mendedahkan siapa dia yamg sebenarnya..di tambah lagi apabila abang sendiri merendah2kan dan menghina dia.

Satu persamaan mereka adalah mereka berdua tidak sehaluan dengan ayah mereka.Kenapa?layanan yg ayah juita berikan membuat dia beranggapan dia tak disayang padahal sebaliknya..

Jeffrey pula membenci ayah sendiri tanpa mengetahui kebenarannya.sedangkan kebenaran itu ada pada isterinya.

Apa hubungan Benjamin Lai dengan juita?kenapa juita merahsiakan apa yang dia miliki.Kenapa abg juita sangat membenci dia?

korang baca novel ni..mv suka jalan ceritanya kerana ia bukan sekadar cinta

Read More

Monday, December 4, 2017

Throwback sambutan birthday

12:32 PM
Throwback sambutan birthday

ni yang mama dapat sediakan untuk kakak ayu 

Assalammualaikm

01.12.2017 haritu genaplah usia kakak ayu 10 tahun.Mama wish birthday dari jauh..sebab mama outstation ada sambutan maulidur rasul peringkat negeri sabah 2017 di tawau ..

Kakak ayu wani dan abang haikal tinggal di Ranau.Mv sediakan kek dan hadiah untuk kakak ayu.seperti biasa kek chesse kegemaran mereka mv order..

Korang nampak kah tu kek..ada orang curi makan hahaha..syamimi pegi korek kek tu nasib lah tak ketara...drg sambut birthday dgn sepupu
with wani,abang dan sepupu

Menu dorang malam tu my biras yang sediakan..cucur jagung dengan kuah kacang,spagethi dan bread..tq biras mv atas bantuannya..
chesse cake ....

Buat kecil2 jak..asal orang yg birthday happy dan yg datang pun gembira...nanti 21.12 kita celebrate syamimi punya birthday lagi ya..
simple menu..tq to my biras
buat kecil-kecilan tanpa mama babah dan adik 
Read More

Sunday, December 3, 2017

Selesai berkhattan

8:32 AM
Selesai berkhattan

Asslammualaikum

Alhamdulillah selesai sunat abang haikal.walaupun tanpa dirancang akhirnya syukur selesai juga.Abang haikal bersunat di ranau .Di klinik dr.afifi pakai kaedah laser dengan bayaran rm 140...

Mulanya atuk dia rancang bawa pada minggu kedua  tapi bila kemarin pegi yg ada slot kosong hanya kemarin ..

Selesai lah dia bersunat dalam jam 5.30 petang.terima kasih dengan ayah mentua dan abang ipar yang tolong urus

Sebab mv baru balik kemarin petang ke ranau ...sebab ada perarakan maulidur rasul di tawau..

Jadinya bujangan sdh anak mv..adakah tips penjagaan lepas bersunat ble korang share.tq

Read More