Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.
Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.
Caranya:
1. Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.
3. Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja.
Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan
anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat
kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4.
Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula
bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu
tembok empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan
kaedah ini sebulan sekali tetapi lebih afdal seminggu sekali. Amalan
ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit seminggu. Jadikannya amalan
dan yang lainnya berserah kepada Allah Yang Esa.
Sumber dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA:-
jika semuanya bergantung dan ikhlas kerana Allah insyaAllah semuanya akan selamat :)
ReplyDeleteya....nawaitu 2 penting
Deleteoo,word verifi.....sudah di nyah kan ka pulak..hahaha..bagus dear bagus!..ngeee..
ReplyDeleteya..tq ar
Delete