All About Love

Monday, August 13, 2018

Mee Kari Seafood

2:26 PM
Mee Kari Seafood
Image may contain: food

Assalammualaikum

Menu makan malam kami sekeluarga,,tanpa dirancang sebab terliur bila tengok kakak update yang dorang makan mee kari di kampung...Bila diingat bahannya ada ..maka terhasillah mee kari seafood...sedap nda sedap belakang cerita...

Janji anak-anak dan suami makan dengan puas hati sudah cukup berbaloi ...mv suka masak tapi nda berapa teror..jadi kalau memasak ni pakai resepi sendiri..kalau ikut buku resepi pun banyak mv derhaka hahaha....

orang suka tak makan mee kari..mee kari MV ni sayur takda sebab anak2 memilih makan sayur...macam syamimi cuma makan sayur pucuk manis,kangkung,taugeh,pucuk ubi...wani kubis...ayu sayur kampung...so jalan selamat hanya hiris timun,,,,

berapa bintang nak bagi Mee kari MV ni..hahaha..cari penyakit betul,.,jangan kmu komen yg deep ar haha
Read More

Sunday, August 5, 2018

Nombor digi diterminated

6:37 PM
Nombor digi diterminated

Assalammualaikum

Nombir digi yang mv pakai since 15 year kena terminated huhu...kesibukkan dan syamimi yang sakit buat mv lupa yg nombor tue dah lama nda kena reload...

Harini baru nak reload sekali nombor dah tak sah...huhu call digi helpline..katanya boleh dapatkan nombor tu semula sebagai nombor postpaid ...datang ke digi servis center dalam masa 5 hari...

Tadi sidah pergi ke 1borneo...ingatkan ble dapat terus ..rupanya kena mohon dulu ke hq digi di kuala lumpur..

Kena tunggu feedback dalam masa seminggu huhu...harap2 dapat balik lah nombor tu..sebab dah pakai 15 tahun ...lagipun semua urusan bank dan wasap guna nombor tu...

Doakan mv ya

Read More

Wednesday, August 1, 2018

Review Novel : Darlingku Minah Angau_Rabihah Nur Ridhuan

3:51 PM
Review Novel : Darlingku Minah Angau_Rabihah Nur Ridhuan
Darlingku Minah Angau Darlingku Minah Angau by Rabihah Nur Ridhuan
My rating: 4 of 5 stars

Anggun Danisha Dan Harith Mishka...dua nama yang punyai tarikan dan kisah tersendiri. Bagaimana Anggun memilih untuk mencari cintanya di Malaysia tanpa restu si Ayah...manakala Harith Mishka pula penyebab si ayah memilih untuk tidak pulang ke Malaysia...


Benar kata orang...jangan terlalu membenci nanti terjatuh hati....begitulah dua jiwa ini,anggun tak suka harith kerana baginya harith seorang yang menjengkelkan...lain pula dari sisi harith baginya anak dan bapa sama...bagaimana dia jatuh cinta dengan anak musuhnya sendiri.

Sehingga nekad kahwin lari.namun semuanya berubah setelah ikatan perkahwinan ..Harith Mishka menjadi seorang yg lain dari sebelum berkahwin.Bagaimana Anggun mula menyesal tidak mendengar atau menurut arahan ayahnya.

Badri ..si ayah yang merasakan dia adalah yang terbaik dan tak pernah buat salah..bagaimana dia diuji di saat2 akhir hayatnya...mampukah dia mendapatkan kemaafan dari Menantunya?

HIdup ini bukan semua sempurna seperti yang kita mahukan adakalanya kita diuji cuma bagaimana kita menerima dan menghadapi ujian tersebut,,Kuat atau sebaliknya...dan yang paling penting jangan pernah menyalahkan takdir

View all my reviews
Read More

Tuesday, July 31, 2018

Cegah penyakit Tangan Kaki Dan Mulut(HFMD)

10:49 AM
Cegah penyakit Tangan Kaki Dan Mulut(HFMD)
Image may contain: one or more people
Sumber SINI
Assalammualaikum....

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut atau lebih dikenali HFMD(Hand, Foot dan mouth disease) semakin hangat diperkatakan..Apatah lagi baru-baru ini satu kes kematian pertama penyakit ini.

Beberapa taska dan sekolah ada yang ditutup bagi mengelakkan penyakit ni menular...pengalaman anak-anak yang pernah kena penyakit HFMD ini membuatkan MV sentiasa berjaga-jaga...

pengalaman pertama ketika wani berumur 1 tahun lebih....memang masa tu blur..sebab mana kita stress anak asyik nangis...susu pulak bengkak sebab anak tak mau menyusu....memang ibu kena kental sikit...

Syamimi pula kena penyakit ini hampr 5 kali..bayangkan anak yang umurnya kurang dari 3 tahun...memang dugaan tau bila berhadapan dengan pesakit HFMD..apatah lagi yang umur  3 tahun ke bawah,,,

kini HFMD bukan hanya kanak-kanak tapi orang dewasa pun kena...So Mv kongsi sikit langkah pencegahan penyakit HFMD :-

  1. tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan 
  2. mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas 
  3. memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul 
Read More

Monday, July 30, 2018

Rezeki family day

4:02 PM
Rezeki family day
Assalammualaikum..

Image may contain: food
rezeki tahun 2018
21-07-2018 Sambutan Family Day PSUPS bertempat di STAR Tg Aru(Shang Ri La Tg ARu)..kali terakhir sambutan family day adalah pada tahun 2016..alhamdulillah masih sebagai AJK Kelab SUKSES dan terlibat secara langsung dalam pengurusan sambutan kali ini..

Macam biasa ..ada pertandingan sukaneka dan cabutan bertuah..Tahun ini MV berkesempatan Join acara berpasangan dengan Mr Velentine dalam acara APPLE DANCE...alhamdulillah rezeki kami di tempat ketiga...

anak-anak pun gembira sebab masing-masing dapat hadiah walaupun tak menang hadiah no.1,2, dan 3 acara individu tetapi menang acara berkumpul iaitu soccer kids (8-12 tahun ) Syamimi pula soccer kids(4-7 tahun)

untuk acara wajib iaitu tarik tali..tahun ni MV join group Timbalan Setiausaha Persekutuan (TSUP)....kami menang 2-0 keatas kumpulan SUP ...mau rematch balik dorang bilang...haha nda adil katanya haha...

setiap family yang datang diberi satu beg goodies (kit kat,corn flakes,susu dutch lady)..orang cakap kalau family day ni yang paling ditunggu ialah LUCKY DRAW...MV antara yang bertuah pada hari tersebut...

kerana membawa balik 2 hadiah lucky draw..iaitu kuali TEFAL size 30cm dengan cabutan no.19...dan tak disangka nama naik untuk cabutan 2nd Grand Lucky draw iaitu Microwave jenama Electrolux....

Semoga KELAB SUKSES akan terus sukses dan semoga hubungan kekeluarga kami di pejabat berkekalan.AMin
Read More

Tuesday, July 24, 2018

Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22

4:07 PM
Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22
Assalammualaikum

Dengan KPPA baru 
Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22 Iaitu  YBhg Datuk Borhan Bin Dolah mantan KSU KPLB(Kementerian Pembangunan Luar Bandar ),,,merupakan mantan Setiausaha Persekutuan Sabah (bos MV dulu)

Sekarang YBhg Datuk dinaikkan pangkat sebagai KPPA baru..Tahniah Datuk Atas pelantikan ini semoga Datuk dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi ,,,pengalaman bekerja di bawah seliaan Datuk adalah satu kenangan yang paling indah buat warga PSUPS...

Semoga Datuk terus SUKSES....


Read More

Monday, July 23, 2018

Mari Membaca

3:55 PM
Mari Membaca
No automatic alt text available.
hasil belian di Signature Karamunsing 
Assalammualaikum...

Tajuk Entry Mari membaca ..haha ada kaitan kah...hihi ada lah kali kan..ini kisah MV dan anak-anak. semalam bawa 4 orang anak berjalan tanpa suami yang pastinya setiap mata memandang akan toleh atau dia stuck tengok kami..

Kenapa ??MV pun tiada jawapannya..Oh ya untuk makluman kamu sabahan Signature Karamunsing akan ditutup pada September 2018..sekarang dorang sedang buat sale clearance stock..macam biasa niat di hati mau pajak novel sekali datang clear sdh dapat lah dua novel ni dengan harga rm10 dua buku...

Kakak Ayu pula pilih buku UPKK ..nda lama lagi mau upkk kan jadi mau standby lah ni berkongsi dengan abang haikal...mimi pula MV belikan buku untuk membaca...untuk pra sekolah...

sempat juga grab pen khat 3 batang ..harga dalam RM6.++ harga asal RM4.80 sebatang,.,,ada beg star warz juga ...tapi warna putih..anak-anak nda minat..siapa-siapa yang berkelapangan bolehlah tengok-tengok..ada juga baju-baju dan barangan lain
Read More