All About Love

Friday, January 5, 2018

Review Novel: SAMAR-Dayang Noor

9:14 AM
Review Novel: SAMAR-Dayang Noor
SAMAR SAMAR by Dayang Noor
My rating: 4 of 5 stars


Kisah kehidupan orang atasan...kehidupan yang bersalut dengan dosa. Kisah ALina menjadi pelacur kerana dijual ayah sendiri..Kisah Kelly si Pembunuh upahan yang licik yang sentiasa berubah watak..Kisah Juan anak yang dibuang ibubapanya..Kisah Atirah si janda muda...Kisah Datuk Sahar dan keluarganya....

Mereka semua dari latar belakang yang berbeza tapi berhubung kait dengan kisah Keluarga Datuk Sahar.Siapa sangka Juan adalah anak saudara athirah...Dan siapa juga menyangka 2 anak lelaki Datuk sahar bukan anak kandungnya...

Itu semua kerana kesilapan Datin Saedah yang tewas dengan hawa nafsunya...Alina dan Kelly pula ada hubung kaitnya dengan anak2 Lelaki datuk Sahar,,,Datuk sahar membunuh Datin Saedah sebelum dibunuh kelly...

Cuma nasib juan tidak diketahui..kerana novel ni endingnya adalah juan berhadapan dengan 2 orang bapa saudaranya dan Kelly aka azwa yang pernah menjadi teman tidurnya.Dia cuma berharap kak Alina mampu meyelamatkanya

View all my reviews
Read More

Tahun Baru 2018

7:30 AM
Tahun Baru 2018
Assalammualaikum...

semua sudah bersekolah...
Alhamdulillah..sudah 5.1.2018 sekarang..lima hari di tahun 2018.Permulaan baru bagi syamimi yang melangkah ke tabika..Suasana baru juga buat haikalayuwani yang berpindah sekolah..semuanya bersekolah di sekolah baru yang satu sesi...

Alhamdulillah anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru..dan dapat kawan baru...buat syamimi mungkin tiada perubahan sebab masih sekolah yang sama cuma berbeza kelas dan uniform sahaja

cermin mata baru 
untuk tahun baru...semua kelengkapan MV sediakan tak lupa juga untuk cermin mata baru buat haikalayuwani.rm58 frame sekali kanta di one and optic 1borneo ...alhamdulillah dapat buat yang murah dan berkualiti....


Read More

Friday, December 29, 2017

Review Novel : Paranormal-Hani Suraya

8:29 AM
Review Novel : Paranormal-Hani Suraya
Paranormal Paranormal by Hani Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Assalammualaikum...

Lagi novel mv baca dari pnm e-reader..MV baca pada 28.12.17 dan habis pada 28.12.17....seronok novel ni...

Paranormal mengisahkan sekumpulan anak muda yang bekerja sebagai penyiasat kes paranormal. kesemua mereka mempunyai kelebihan masing2..

erti kata lain bukan manusia biasa tapi mempunyai sixth sense..satu kes yang mereka terima membuatkan mereka terkejut...

ditambah pula ada antara mereka menjadi buruan orang yang tamak dan tidak beperki kemanusiaan...

View all my reviews
Read More

Thursday, December 28, 2017

Review:Novel PATUNG-Muhammad Fatrim

8:51 AM
Review:Novel PATUNG-Muhammad Fatrim
PATUNG PATUNG by Muhammad Fatrim
My rating: 4 of 5 stars

Assalammualaikum...

Novel ni pinjam melalui app pnm e-reader...terima kasih adanya app ni dapatlah baca buku yang teringin nak baca


Kerana mahu kekal cantik..seorang perempuan perlu dikorbankan setiap tahun untuk dia kekal nampak muda dan cantik serta mengekalkan haruman bunga yang ada di dalam rumah Banglo itu..Manakala mangsa yang dikorbankan dijadikan patung sebagai koleksi...

Patung sebuah karya yang unik...bila mula-mula baca rasa kesian terhadap watak orked yang kehilangan ahli keluarganya..ditambah pula ugutan daripada uncle dan auty yang mahukan rumah banglo pusaka aka puaka

Kehadiran Melur patung yang pandai berkata-kata menimbulkan pelbagai masalah...setiap kali orked disusahkan oleh seseorang pastinya orang itu akan menerima nasib yang ngeri ....tapi kenapa patung itu meminta bantuan.....

Orked pula secara perlahan2 berubah menjadi orang lain..bukan seperti orkednya yang dahulu...Aspalela!!siapa dia...kenapa dia setia kekal di rumah banglo itu.Misterinya kenapa gambar nenek orked yang berkebaya merah tiada di dalam frame...

Dalam novel ni juga ada menceritakan Queen Sarah yang hilang dalam novel asrama..tragisnya apa yang Sarah alami....tapi apa kaitannya dengan Orked dan cerita ni...

Jom baca..pasti ada teruja


View all my reviews
Read More

Wednesday, December 27, 2017

Sijil Penghargaan

2:45 PM
Sijil Penghargaan
No automatic alt text available..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah berjaya menjalankan tugas dan amanah sebagai Pengerusi Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS  tahun 2017...insyaallah akan meneruskan tugasan dan amanah ini pada tahun seterusnya sebelum menyerahkan  kepada JawatanKuasa baru yang akan dilantik....

Image may contain: drink

Bermula dari tahun 2012 masa tu MV sebagai AJK Biro Keselamatan sahaja...tahun ni yang diupgrade jawatan ke Pengerusi ...Semoga tahun depan apa yang dirancang berjalan lancar.terima kasih buat semua warga pendidik dan juga buat rakan-rakan jawatankuasa Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Semoga tahun depan kita akan lebih bekerjasama dan menyokong apa yang dirancang warga pendidik 
Read More

Tuesday, December 26, 2017

Review Novel: Kubur Bernyawa-Ebriza Aminnudin

3:51 PM
Review Novel: Kubur Bernyawa-Ebriza Aminnudin
Kubur Bernyawa Kubur Bernyawa by Ebriza Aminnudin
My rating: 5 of 5 stars

Assalammualaikum 

Kubur Bernyawa..Satu cerita mistik yang penuh dengan Keinsafan.. Jhaznarul dan Firdee aqasha mereka pewaris yang membangkitkan roh perempuan tua yang tidak tenteram di satu kubur sesat dalam Hutan Kaffi...

Satu perkhemahan yang mereka ikuti akhirnya menjadikan mereka di ganggu oleh roh seorang nenek tua yang memerlukan bantuan..Tapi kenapa hanya Jhaznarul dan Firdee yang menjadi mangsa...Dia datang untuk mencari pewaris...

Siapa sangka ...mereka dan nenek itu berkait rapat...kerana satu kejadian dia menuntut haknya dan berjanji akan bangkit sebelum dan dibangkitkan oleh pewaris kepada orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhannya,,,

kasih syang yang dia beri ...kesengsaraan yang dia dapat..rohnya tidak tenteram ..selagi haknya tidak dilunaskan...


Benarlah kata orang..duit boleh membuatkan seseorang itu tamak dan berubah menjadi orang lain...

View all my reviews

 Mv baca novel ni melalui app pnm e-reader..sangat menarik ceritanya...


Read More

Monday, December 25, 2017

Baju Tabika Kemas

2:31 PM
Baju Tabika Kemas

Assalammualaikum

Selesai persiapan sekolah untuk syamimi..walaupun punya lah susah mau mencari size baju...last last ambik size s juga yang skirt dan kebetulan jumpa yg pakai seluar cutting kecik size m..

Cuma sedikit terkejut dengan harga baju sekolah kemas untuk budak perempuan ...dulu nda lah mencecah 30 ringgit sekarang ada yg jual smpi harga 40 sepasang..

Mula mula mv cari di ramai jaya harga rm29 tapi size yang tinggal hanya size m..cutting pula besar..cari di servay harga sepasang rm39.90 mak ai..cari di sinsuran pun rm 34.90 ..terkejut my heart..

Akhirnya Mv beli di 101 superstore sulaman sentral..size S rm30.90...oklah kualiti kain pun ok..yang bestnya dia jual x ikut size semua sama harga ..jadi x lah bagi tekanan dekat ibubapa...

Tadi mv pergi di kedai Tung E Asia city kota kinabalu..beli baju di sana..tapi yang tinggal yg seluar jer size m..bila tengok cutting dia kecik...so mv ambik..lagipun harganya rm29.00 sahaja oklah...

Pergi btc dekat segama beli tudung di sana..terima kasih lah sebab bagi discount...daripada harga 15+ mv just bayar 122..oklah...

Al kisah bju sekolah kakak2 dia...mv beli di 101 superstore juga ...sebab harga masih mampu kita beli..nda lah buat kita rasa terbeban...

Read More