All About Love

Monday, December 18, 2017

Bila mama yang mewarna

11:06 AM
Bila mama yang mewarna
hasil 3 hari mewarna
Assalammualaikum..


Selalu nampak MV post syamimi punya hasil mewarna ..kali ni kita tengok pula hasil mewarna mamanya pula...hahaha...ni sebenarnya calender dari public mutual...

Calender ni ada lakaran corak untuk mewarna...kebetulan sudah sampai ke penghujung tahun makanya mv bawa pulang calender ni dan warna di rumah...untuk lakaran pertama ambil masa 3 hari juga baru siap...

taulah bukan orang seni kan..buat sekejap lepas tu rehat...lagipun mata nda boleh terlampau tengok benda-benda kecil ...cepat rasa macam mau juling mata...

SO inilah hasilnya walaupun nda lah sekemas mana tapi bila syamimi puji cakap wah cantik pandainya mama..rasa berbaloi juga lah buat ni...lepas ni MV akan buat lembaran kedua pula..nanti MV share

Read More

Wednesday, December 13, 2017

Name of the day kak kiah cake house

3:57 PM
Name of the day kak kiah cake house
Image may contain: 1 person, smiling

Assalammualaikum

Cerita ahad lrpas on the way bali dari beuafort tiba2 buka fb cikgu wani tagged name of the day kak kiah cake house..kebetulan masa mau dekat area papar sudah..

Makanya mv pun singgah kak kiah cake house ..name of the day haritu ayden anita dan anna...so mv pegi lah claim .dapat satu slice kek (single babe) dan air coffee babu

Kamu area kota kinabalu,papar dan putatan bolehlah like dan follow fb  kak kiah cake house..manalah tau lepas ni nama kmu pula kan ...

Read More

Review Novel:Cik serba tahu-Syamnuriezmil

8:45 AM
Review Novel:Cik serba tahu-Syamnuriezmil
Asslammualaikum
Cik serba tahu hasil tulisan Syamnuriezmil

Novel ni baca melalui app PNM E-reader..novel ni tak tebal sangat dan jalan cerita pun x berapa berat..

"When i saw you i fell in love,and you smile because i know..."

Aerna dan Carl ...kerana peristiwa aerna hampir melanggar kereta porsche Carl akhirnya mengikat dia dengan Lelaki itu..

Sudahlah tersepit di antara Ben Dan Bun ..ditambah pula lagi dengan Carl Adham yang baru pertama kali berjumpa sudah mengajak berkahwin

Ditambah lagi sokongan kuat bapa aerna..maka bermulalah misi menambat hati Cik serba Tahu dan menjadikan Carl pula sebagai Encik serba tahu apabila aerna tidak seperti gadis lain

Ditambah pula dengan kehadiran Sarah Nadine...bekas tunang Carl...kuatkah aerna dan mampukah carl membuka pintu hati cik serba tahu tapi x tahu tentang perasaan sendiri


Read More

Tuesday, December 12, 2017

PNM E-Reader

3:32 PM
PNM E-Reader
Assalammualaikum


PNM E-Reader ni salah satu app yang Mv download dalam handphone.Mv boleh baca buku yang mv x dapat beli di dalam ni..

Sekarang mv tengah baca cik serba tahu...dalam list menunggu untuk novel asrama ...dah baca yg kedua kena baca yg pertama juga kan hahaha...

Korang yang suka membaca boleh lah download app ni....korang boleh baca apa yang dipinjam tanpa ganggu data internet ....

Tempoh pinjaman selama seminggu...banyak tajuk bukyu yang ada dalam ni..
Korang try lah download..mesti seronok

Read More

Review Novel:Pelaris-Muhammad Fatrim-

11:29 AM
Review Novel:Pelaris-Muhammad Fatrim-
Assalammualaikum


Pelaris...Mawar si janda anak satu yang terpaksa menyambung perniagaan suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan..

Demi kelangsungan hidup dan demi maruah dia mengambil Pelaris untuk restorannya yang mana akhirnya memerangkap dia dan mengakibatkan anaknya kila dalam bahaya.

Yusof anak muda yang ingin membantu Mawar supaya berhenti dari mengamalkan pelaris kerana ianya memudaratkan hidup Mawar.

Siapa sangka hanya kerana dendam Mawar menjadi umpan dan mangsa ketidakpuasannya...Mbak Surti dialah orang yang bertanggungjawab ke atas segalanya..

Demi dendam dia sanggup buat apa saja

Read More

Monday, December 11, 2017

Majlis Makan malam dan exchange gift 2017

5:11 PM
Majlis Makan malam dan exchange gift 2017
Assalammualaikum..

  


Ini cerita jumaat lepas 8.12.2017 Majlis makan malam dan exchange gift 2017 anjuran kelab ofis Mv bertempat di Restoran Gayang Seafood..

Exchange gift memang tiap tahun ofis mv buat tapi tahun ini disekalikan dengan makan malam staf...untuk kali ni hadiah minima rm50..


Selain itu ..sambutan hari lahir buat staf yang lahir bulan november dan disember pun disambut pada malam tersebut.Mv antara yang termasuk dalam senarai staf yang menyambut hari lahir

Dapatlah hadiah daripada kelab berupa wang Tunai ..terima kasih buat kelab sukses Psups..

Untuk cabutan exchange gift mv dapat baju bollywood..hahaha..tapi baju ni belum jahit lagi..ramai yg tanya muat kah mv dengan baju tu..

Adui ...hahaha muat sebab belum jahit tapi kalau sdh jahit contlfirm tak muat tau lah size mv ni ..oversize hahaha

Apa2pun gembira dengan majlis makan malam dan exchange gift ni walaupun bukan di hotel mewah...yang penting semua orang happy
Read More

Review novel:Asrama 2 -muhammad fatrim

4:30 PM
Review novel:Asrama 2 -muhammad fatrim
Assalammualaikum

Asrama 2 sambungan asrama..mv baca no.2 terus hahaha itu pun pinjam kawan..

Mengisahkan Dahlia,maria dan ira..roh yang terperangkap di sekolah berasrama ..kebakaran asrama 10 tahun lps dan janji Dahlia yang dia takkan mati sebab esok adalah hari lahirnya membuatkan mereka terperangkap di situ...

Dalily si gadis yang di dampingi sesuatu..kerap bertukar sekolah kerana pendampingnya akan membalas dendam jika lily di timpa mala petaka..

Lily yang pernah terlibat dalam satu kes "Pembunuh tangan hilang" hairan kenapa dia nampak tangan itu dan terus diganggu...

Gangguan berlaku..Miss Anna sahabat dahlia yang terselamat dalam kebakaran itu memberanikan diri menyeru mereka dan menggugut akan menghalau mereka dari situ...

Tapi bukan mereka yang menimbulkan kekacauan..tapi tangan itu!!!!budak perempuan itu!!!!
bila sudah baca ni terus terfikir..novel ni akan ada sambungan lagi kah?kenapa lily boleh tembus arfiey dan nazmi??

Read More