All About Love

Wednesday, December 13, 2017

Review Novel:Cik serba tahu-Syamnuriezmil

8:45 AM
Review Novel:Cik serba tahu-Syamnuriezmil
Asslammualaikum
Cik serba tahu hasil tulisan Syamnuriezmil

Novel ni baca melalui app PNM E-reader..novel ni tak tebal sangat dan jalan cerita pun x berapa berat..

"When i saw you i fell in love,and you smile because i know..."

Aerna dan Carl ...kerana peristiwa aerna hampir melanggar kereta porsche Carl akhirnya mengikat dia dengan Lelaki itu..

Sudahlah tersepit di antara Ben Dan Bun ..ditambah pula lagi dengan Carl Adham yang baru pertama kali berjumpa sudah mengajak berkahwin

Ditambah lagi sokongan kuat bapa aerna..maka bermulalah misi menambat hati Cik serba Tahu dan menjadikan Carl pula sebagai Encik serba tahu apabila aerna tidak seperti gadis lain

Ditambah pula dengan kehadiran Sarah Nadine...bekas tunang Carl...kuatkah aerna dan mampukah carl membuka pintu hati cik serba tahu tapi x tahu tentang perasaan sendiri


Read More

Tuesday, December 12, 2017

PNM E-Reader

3:32 PM
PNM E-Reader
Assalammualaikum


PNM E-Reader ni salah satu app yang Mv download dalam handphone.Mv boleh baca buku yang mv x dapat beli di dalam ni..

Sekarang mv tengah baca cik serba tahu...dalam list menunggu untuk novel asrama ...dah baca yg kedua kena baca yg pertama juga kan hahaha...

Korang yang suka membaca boleh lah download app ni....korang boleh baca apa yang dipinjam tanpa ganggu data internet ....

Tempoh pinjaman selama seminggu...banyak tajuk bukyu yang ada dalam ni..
Korang try lah download..mesti seronok

Read More

Review Novel:Pelaris-Muhammad Fatrim-

11:29 AM
Review Novel:Pelaris-Muhammad Fatrim-
Assalammualaikum


Pelaris...Mawar si janda anak satu yang terpaksa menyambung perniagaan suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan..

Demi kelangsungan hidup dan demi maruah dia mengambil Pelaris untuk restorannya yang mana akhirnya memerangkap dia dan mengakibatkan anaknya kila dalam bahaya.

Yusof anak muda yang ingin membantu Mawar supaya berhenti dari mengamalkan pelaris kerana ianya memudaratkan hidup Mawar.

Siapa sangka hanya kerana dendam Mawar menjadi umpan dan mangsa ketidakpuasannya...Mbak Surti dialah orang yang bertanggungjawab ke atas segalanya..

Demi dendam dia sanggup buat apa saja

Read More

Monday, December 11, 2017

Majlis Makan malam dan exchange gift 2017

5:11 PM
Majlis Makan malam dan exchange gift 2017
Assalammualaikum..

  


Ini cerita jumaat lepas 8.12.2017 Majlis makan malam dan exchange gift 2017 anjuran kelab ofis Mv bertempat di Restoran Gayang Seafood..

Exchange gift memang tiap tahun ofis mv buat tapi tahun ini disekalikan dengan makan malam staf...untuk kali ni hadiah minima rm50..


Selain itu ..sambutan hari lahir buat staf yang lahir bulan november dan disember pun disambut pada malam tersebut.Mv antara yang termasuk dalam senarai staf yang menyambut hari lahir

Dapatlah hadiah daripada kelab berupa wang Tunai ..terima kasih buat kelab sukses Psups..

Untuk cabutan exchange gift mv dapat baju bollywood..hahaha..tapi baju ni belum jahit lagi..ramai yg tanya muat kah mv dengan baju tu..

Adui ...hahaha muat sebab belum jahit tapi kalau sdh jahit contlfirm tak muat tau lah size mv ni ..oversize hahaha

Apa2pun gembira dengan majlis makan malam dan exchange gift ni walaupun bukan di hotel mewah...yang penting semua orang happy
Read More

Review novel:Asrama 2 -muhammad fatrim

4:30 PM
Review novel:Asrama 2 -muhammad fatrim
Assalammualaikum

Asrama 2 sambungan asrama..mv baca no.2 terus hahaha itu pun pinjam kawan..

Mengisahkan Dahlia,maria dan ira..roh yang terperangkap di sekolah berasrama ..kebakaran asrama 10 tahun lps dan janji Dahlia yang dia takkan mati sebab esok adalah hari lahirnya membuatkan mereka terperangkap di situ...

Dalily si gadis yang di dampingi sesuatu..kerap bertukar sekolah kerana pendampingnya akan membalas dendam jika lily di timpa mala petaka..

Lily yang pernah terlibat dalam satu kes "Pembunuh tangan hilang" hairan kenapa dia nampak tangan itu dan terus diganggu...

Gangguan berlaku..Miss Anna sahabat dahlia yang terselamat dalam kebakaran itu memberanikan diri menyeru mereka dan menggugut akan menghalau mereka dari situ...

Tapi bukan mereka yang menimbulkan kekacauan..tapi tangan itu!!!!budak perempuan itu!!!!
bila sudah baca ni terus terfikir..novel ni akan ada sambungan lagi kah?kenapa lily boleh tembus arfiey dan nazmi??

Read More

Saturday, December 9, 2017

Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017

7:00 AM
Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017
anak-anak with teacher dan kakak-kakak
Assalammualaikum...

Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017 berlangsung pada jumaat 08.12.2017..Alhamdulillah berjalan lancar...meriah walaupun hanya konsep pot luck....yang penting anak-anak happy ...MV pula hanya bawa jelly2..aiskrim air..dan biskut koala kids,,

antara pemenang cabutan bertuah
Ada juga cabutan bertuah...alhamdulillah sekali lagi ...rezeki MV dapat hadiah dalam cabutan bertuah..syukur walaupun hadiah tak semewah mana..yang penting niat yang memberi dan menerima tu ...insyaallah pasti mengembirakan
sambutan birthday september hingga disember
Ada juga sambutan hari lahir buat anak-anak yang lahir bulan september hingga disember...syamimi pun termasuk..tapi MV tak bawakan dia kek sebab 21.12 nanti dia akan buat sambutan birthday juga di Taska...kiranya syamimi tumpang kek kawan sajalah hihi...
bila MV berucap sepatah dua kata..
Antara menu yang ada ..Laksa penang,soto,ayam goreng,mee goreng, kek, kuih muih dan air coctail ....terima kasih buat ibubapa ..Mv selaku pengerusi sangat memandang tinggi komitmen ibubapa yang hadir pada hari ini...
yeah bertuah juga kuikui 
mimi tumpang kek..sebab nanti 21.12 baru sambut 
Anak-anak pula mendapat hadiah daripada pihak taska...set mandian anakku ,buku,warna dan set berus gigi.Oh ya penyerahan tabung pun ada..nanti MV kongsikan cerita mengenai tabung syamimi...
acara potong kek 

Read More

Friday, December 8, 2017

Review Novel:Sengal Punya Mamat-UMMU WAFA

4:14 PM
Review Novel:Sengal Punya Mamat-UMMU WAFA

Asslammualaikum

"Aku ingat lover rupanya hater!"

Siti Ajira dan Farhan ..diumpamakan sebagai "Beauty and the beast"..Siti Ajira seorang gadis yang oversize dan dari keluarga yang kurang berada  manakala Farhan seorang jejaka yang sangat kacak dan berasal dari keluarga kaya.

Namun mereka punya dua persamaan :
1.tidak percaya kepada cinta.Farhan tidak ingin berkahwin kerana melihat kehidupan ibu dan ayahnya ..ibunya yg tidak suka dengan mertuanya sendiri.Manakala siti membenci lelaki kerana ayah tirinya yang selalu memukul ibunya.

2.kedua-dua mempunya perangainya yang sama iaitu seorang sengal seorang pelawak hahaha.

Apabila Farhan dipaksa berkahwin dan siti pula menghadapi masalah kewangan maka terjalinlah satu perjanjian dan temetrai lah sebuah perkahwinan...

Demi menebus tanah pusaka siti dan bertahan dengan dugaan yang diterima dari mertua dan suami.Tanpa di sangka Farhan berubah menjadi seorang yang menyakitkan hati...

Cinta Husien ,dan kemunculan Adam membuatkan rumahtangga mereka retak menanti belah...tidak tahan dengan apa yg dialami...

siti  membawa diri...jauh dari Farhan dan berusaha menjadi seorang yg berbeza..kehilangan siti membuatkan farhan jadi tak keruan..

Pertemuan antara siti yang baru dengan Farhan membuatkan dia terkejut?kenapa?

Isteri yang menghilang dijumpai menjadi orang yang berbeza..Mampukah rumahtangga mereka diselamatkan lagi ...

antara Adam dan farhan siapa yang dapat merai cinta siti.

Read More