All About Love

Wednesday, February 8, 2017

"GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?"

11:29 AM
"GIVEAWAY : INI BLOG SIAPA?"
Assalammualaikum....

Klik Banner untuk Join 
 TARIKH  GIVEAWAY = 03 FEB 2017 - 13 FEB 2017
**join giveaway..mood rajin..

Sedikit mengenai blog All ABout Love .. MV sebagai penulis..MV ringkasan kepada Mrs Velentine...Blog ni dah 7 tahun...Mula2 menulis sebab suka-suka..lama2 blog jadi salah satu pendapatan sampingan...

MV seorang penjawat awam(Library)
Ibu kepada 4 orang anak(3 perempuan 1 lelaki)
Kacukan cina + bisaya..
I'm Sabahan
Read More

Wordless Wednesday #jeruk betik dan jeruk Mangga asam boi#

9:30 AM
Wordless Wednesday #jeruk betik dan jeruk Mangga asam boi#
menyiapkan order orang
Assalammualaikum...


Menyiapkan order customer..lama sudah nda rasa jerukmu dorang bilang..kebetulan dapat mangga di pasar malam manggatal...jadi MV buatlah..walaupun mangganya mahal..menambah pendapatan sikit...zaman sekarang kena usaha,,,,biarpun nda banyak ...

yang penting ada
Read More

Jogging kebaikan dan tips

7:00 AM
Jogging kebaikan dan tips
Assalammualaikum..
Image may contain: 2 people
misi kecikan badan


Selain melakukan senaman ringan di rumah, jogging juga adalah satu cara yang gemar dilakukan oleh mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dan bentuk badan yang ideal . antara kebaikan jogging adalah:

  • mengelakkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • dapat mengelakkan sesetengah penyakit kanser
  • mengelakkan penyakit berjangkit 
  • menguatkan sistem imunisasi badan
  • mengawal dan mengelakkan diabetes
  • menggalakkan kesihatan minda
  • melawan stress
  • menurunkan berat badan dan mengawal kadar lemak dalam badan

jogging adalah satu bentuk senaman yang sangat digalakkan sebab ada banyak kebaikan dan mudah dilakukan. di Malaysia sekarang pun dah banyak tempat-tempat untuk jogging yang dibuka untuk kegunaan orang awam. ia tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan dan boleh dilakukan oleh semua peringkat umur.

berikut adalah tips-tips yang korang boleh gunakan sekiranya korang hendak mula mengamalkan jogging sebagai salah satu rutin senaman korang:

1. dapatkan kasut yang sesuai
kasut jogging yang bersesuaian dapat memberi keselesaan dan mengurangkan risiko kecederaan. elakkan memakai kasut yang tapaknya dah haus. grip tapak kasut tu kena kuat. pilih kasut mengikut saiz korang. jangan pakai kasut yang terlalu longgar atau ketat

2. warm up dan cool down
warm up atau aktiviti memanaskan badan dapat mengurangkan tekanan pada jantung bila korang nak mulakan larian. disyorkan mulakan jogging dengan berjalan laju, dan mulakan jogging anda dengan kelajuan yang minimum. naikkan kelajuan anda sedikit demi sedikit.
cool down juga penting untuk menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah secara beransur-ansur. akhiri aktiviti jogging korang dengan berjalan kaki selama 5 minit.

3. mulakan dengan langkah santai
sekiranya korang baru nak ceburi aktiviti jogging ni, mulakan dengan langkah yang agak santai. korang sepatutnya boleh bernafas dengan selesa dan boleh berborak sambil jogging. kalau korang boleh jogging dan berborak dalam masa yang sama, maksudnya korang mulakan jogging tu dengan kelajuan yang betul. tips ni dapat elakkan beginners dari kecederaan kerana terlebih penggunaan muscle.

4. jalan dan lari
kebanyakan orang yang baru mula jogging akan gunakan pendekatan 'jalan dan lari' ni. sekejap lari, sekejap jalan. ini disebabkan mereka belum mempunyai ketahanan untuk lari dalam masa yang lebih panjang. bila korang dah selalu jogging, cuba kurangkan masa berjalan dan perbanyakkan masa berlari. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan?

5. jangan terlebih excited.
ini kesilapan yang selalu dilakukan. hari ni baru start jogging, lari 3km. esok dah nak lari 15km. semangat sangat tu. elakkan daripada meningkatkan jarak larian korang dengan mendadak. dinasihatkan jangan tambah jarak larian korang sehingga 10% dalam masa seminggu. ini yang banyak kes berhenti jogging di pertengahan jalan. jadikan jogging sebagai rutin harian, nanti lama-lama korang naikkan la jarak larian korang.

6. bernafas melalui mulut dan hidung
kebanyakan orang yang baru mula berjogging selalunya hanya akan bernafas melalui hidung. sebenarnya lebih elok kalau bernafas menggunakan kedua-dua hidung dan mulut, supaya lebih banyak oksigen yang akan disalurkan ke jantung dan otot kita semasa kita berlari.
kesimpulannya, teknik adalah penting. jangan bertindak melulu sebelum memulakan sesuatu. ketahui asas-asas yang perlu diketahui dalam berjogging, dan mulakan hari ini!


**MV kongsikan untuk kebaikan bersama...untuk MV ...panduan untuk kecilkan badan...
Read More

Tuesday, February 7, 2017

Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk

3:18 PM
 Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk
Assalammualaikum...

SABAH NEGERI PERTAMA HARAMKAN SELVA MASUK Bila baca tajuk ni kat Facebook ..terus tertanya tanya..siapa dia..kenapa di haramkan..

Bila klik link terus "masyaallah.....jauhkan lah kami dari orang yang sebegini"



Selva baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual

Dan bila baca di google..memang sangat menakutkan...huhu...jadi MV bersetuju dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang mengharamkan Selva masuk ke SABAH

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.(sumber Siakapkeli)



Read More