All About Love

Sunday, January 15, 2017

Berapa banyak air yang anda minum sehari?

7:30 AM
Berapa banyak air yang anda minum sehari?
Image may contain: text

Assalammualaikum...

Kalau MV...2.7liter..tapi biasanya memang lebih..sebab MV lebih banyak  minum air kosong dari air manis...korang pula macam mana......

kalau mr velentine..mau suru minum air kosong ni memang susah...
Read More

Saturday, January 14, 2017

Sabah vs pkns-perlawanan persahabatan

11:30 PM
Sabah vs pkns-perlawanan persahabatan

Assalammualaikum

Perlawanan persahabatan Sabah vs pkns.. Keputusan seri 2-2..permainan yang menarik..

Cuma hujan di akhir2 perlawanan...safee Sali jaringkan GOL penyamaan ...ada 2 anak kelahiran Sabah BERMAIN untuk pkns iaitu shahrul azhar tore..dan Bobby Gonzales... Khyril muhaymin pun main pkns..

Sabah pula dengan pemain import Dari perancis iaitu Jonathan behe.. Igor... Dan beberapa pemain baru di samping pemain Lama iaitu leofod, maxius,

Semoga Sabah Dan pkns BERMAIN dengan lebih baik di Saingan liga perdana  2017

Read More

Misi berjaya

11:25 AM
Misi berjaya

Assalammualaikum

Mision completed... Misi berjaya... 3 tahun   24 hari... Syamimi  berjaya Free pampers Pagi Dan malam...

Say Yeahhh to syamimi... Tahniah adik. Lepas  ni Kita Nda Beli pampers sdh... Start bgi dia nda pki pmprs sebelah malam Sebab  bila pgi pampers tu nda penuh...

Jadi hari khamis mv buat keputusan x Bgi Pki dia pampers.. Dan Semlm pun dia x kencing...

Yeahh adik.. Syamimi ni senng Sebb syamimi ni Kurang nyusu botol.. Dia lebih Bab makan...

kalau susu pun Susu Badan jak... Agak cepat dia ni.. Tahniah adik

Read More

Syuhada - Bukan Dia

6:30 AM
Syuhada - Bukan Dia

Assalammualaikum..


Lagu yang ni syamimi suka...

selalu nyanyi "bukan dia dia dia"
Read More

Friday, January 13, 2017

Jejak Karmila

2:09 PM
Jejak Karmila
Assalammualaikum...
Image result for jejak karmila sinopsis
sumber google
Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.


Credit to Kepalabergetar

(***nak follow tak sempat tengok online jer lah...tq tue blog kepala bergetar)
Read More

Thursday, January 12, 2017

BACK TO SCHOOL GIVEAWAY

4:08 PM
BACK TO SCHOOL GIVEAWAY
Assalammualaikum,,,

Klik Banner untuk join 
Syaratnya :-

1. FOLLOW BLOG NI ( * letak link di comment untuk saya check balik * )

2. FOLLOW INSTAGRAM SAYA ( * letak link di comment untuk saya check balik * )

3. CLICK NUFFNANG DI BLOG INI.

4. REPOST BALIK ENTRY " BACK TO SCHOOL GIVEAWAY " INI DAN TINGGALKAN LINK DI RUANG COMMENT DI BAWAH * Hanya di post ini sahaja *


Hanya yang tepati semua syarat diatas sahaja yang layak untuk join dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah dibawah !!


Senarai Hadiah :-

Image result for notebook custom
x1 CUSTOM MADE NOTEBOOK
( Boleh order design notebook macam mana yang awak suka )


Image result for notebook custom
X2 READY MADE NOTEBOOK

Image result for cute makeup bags
X2 CUTE MAKE UP BAG / PENCIL BOX



Related image

X5 RANDOM STATIONARY FOR SCHOOL


Okay gambar kat atas cuma contoh sahaja, tapi barang dia memang nak dekat sama dengan gambar yang saya tunjuk, saya tak tunjuk sebab nak surprise korang so jangan rasa tetipu lak.

So wish you guys goodluck.

Giveaway akan tamat bila saya rasa macam nak tamatkan. So cepat-cepat join :D

Read More

Budak baru sekolah

7:30 AM
Budak baru sekolah
besar sudah dia...
Assalammualaikum...

Budak baru sekolah..dulu baju biru(kemas) sekarang baju putih...serius kematangan kamu buat mama rasa ..wah anak mama sudah besar....siapa sangka dia ble bedikari...betul orang cakap..ibu2 ni selalu jak risau...

Tapi anak2 sebenarnya boleh saja buat....buat masa ni..MV masih bawakan dia bekal ke sekolah untuk pagi dan petang..makan tengahari pun MV sediakan sekali...maksudnya masak untuk 3 kali punya makanan....

Syukurlah anak2 MV nda cerewet..cuma sedikit risau pasal wani...beli nugget 3 ketul patutnya rm1.50..dia bagi rm2..dik kerana bunyi lonceng dia terus lari tanpa ambik baki..bukan sekali tapi sdh dua kali...huhu...

lepas ni kena bagi dia duit syiling jer kot..yang 50sen supaya senang bayar..kan...kamu rasa?
Read More