All About Love

Friday, March 20, 2015

Ajaibnya cinta Sinambungan Spain Uolls

8:00 AM
Ajaibnya cinta Sinambungan Spain Uolls
Assalammualaikum...

Siapa pernah tgk drama Spain uolls lakonan erma fatima (mak cun) yg pergi Spain utk beraya dengan anaknya nora danish(halimatun) tetapi kedatangannya membuatkan anaknya malu n marah....

Dan kali sinambungan kepada drama tersebut makan Ajaibnya cinta ditayangkan di slot lestary...kali ni cerita makin menarik...

Sinopsis

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya.
Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.

Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya.


Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif?  (sumber SINI)

pergh 3 wanita muncul sekali dalam hiudp susah2 kakwin jer tiga2..ahaks!!klo MV tak mau...huwaaa


Read More

Thursday, March 19, 2015

Liverpool Beraksi di Malaysia 24 Julai 2015

9:01 AM
Liverpool Beraksi di Malaysia 24 Julai 2015
Assalammualaikum...

PETALING JAYA: Kelab bola sepak gergasi Inggeris, Liverpool FC, akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Pilihan Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini pada 24 Julai ini.(credit to Berita Harian )

Berita gembira buat peminat Liverpool FC...kelab kesayangan mereka akan beraksi di Malaysia pada 24 Julai ni....Malaysia adalah satu2nya negara yg terpilih utk perlawanan persahabatan kali ini....

TApi untuk perlawanan kali ni...Steven Gerrad dah tak main lagi...sedikit kekecewaan di situ....Apa2pun tgu dan nntikan kedatangan mereka....


**entry bola hari ni....
Read More

Threesixty-Sampai Bila-Bila (OST TEMAN LELAKI UPAHAN TV3)

8:30 AM
Threesixty-Sampai Bila-Bila (OST TEMAN LELAKI UPAHAN TV3)

Wednesday, March 18, 2015

Nak Link Blog Boleh ?? #1

4:50 PM
Nak Link Blog Boleh ?? #1
Assalammualaikum...




syaratnya :

1. FOLLOW BLOG 
2. BUAT TAJUK ''NAK LINK BLOG BOLEH ?? #1''
3. COPY GAMBAR AND LINK KE ENTRY NI
4. SEND YOUR LINK ENTRY DEKAT BAHAGIAN COMMENT BAWAH NI YE ^_^


TARIKH BEROPERASI DARI 17/3 - 21/3 

Read More

IPPO HAFIZ - RAHSIA ( OST TEMAN LELAKI UPAHAN )

12:08 PM
IPPO HAFIZ - RAHSIA ( OST TEMAN LELAKI UPAHAN )
Assalammualaikum....




Jom layan lagu ni...drama yg tgh hot tapi MV x follow....xtau kenapa....jangan ditanya


Read More

Rabu Tanpa Bicara

9:07 AM
Rabu Tanpa Bicara

Tuesday, March 17, 2015

Koleksi Baru Tudung AJ..

8:30 AM
Koleksi Baru Tudung  AJ..
Assalammualaikum ...

penuh satu hanger 

aj wl small roses

wl tak tau nama hahaha

bl misai2
Menamabah lagi koleksi tudung AJ...minggu lepas kuar..2 wl RM10..1 BL RM33..nilah kalau dah terjebak..tiap kali ada design baru terus pegi mencandat..korang ada tak design ni...
Read More