All About Love

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday# Terima KAsih!!Terima Kasih#

2:07 PM
Wordless Wednesday# Terima KAsih!!Terima Kasih#

Intipati amanat Ketua Setiausaha Negara 2013

12:12 PM
Intipati amanat Ketua Setiausaha Negara 2013
Assalammualaikum...

Berkongsi intipati yang MV dapat daripada Amanat Ketua Setiausaha Negara 2012 yang berlangsung semalam di PICC...

Tahniah kepada diri MV sendiri kerana berjaya mendengar amanat KSN sehingga habis..Tahniah..walaupun mau 5 kali menguap...hahahaha....

Antara yang KSN Dato' Dr Sri Ali Bin Hamsa sampaikan selamat ialah cara beliau dalam memperkasakan Perkhidmatan Awam..Dengan selalu Turun padang dan merakyatkan perkhidmatan awam....

Ya KSN kita yg baru ni mmg selalu turun padang...Tahun lepas di Sabah jer 2 kali MV terlibat dengan Program KSN..Berbuka puasa Jabatan Persekutuan/Badan berkanun di sabah..Dan gotong royang di karambunai.....

KSN juga ada menyebut mengenai UTC..Yang merupakan pertama di dunia...menawarkan perkhidmatan sehingga jam 10.00 malam...BAk kata KSN mana nak cari perkhidmatan mcm ni di dunia selain Malaysia...

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. 

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta. 

Secara umunya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. 

UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.(sumber dari SINI)


MV paling suka sesi soal jawab...Soalan pertama mengenai kuartes...Kekurangan kuartes kelas F & G...Yang mana taraf hidup yang tinggi di PUtrajaya iaitu kos sewa rumag Flat jer sudah RM600 sedangkan elaun rumah + cola tak smpi 500 pun kata empunya diri penanya soalan...

Ya MV setuju dgn pertanyaan tentang kekurangan kuartes,,,DI sabah pun alami benda yg Sabah...Kos sewa RUmah di Sabah Lagi mahal..tapi Elaun Rumah & elaun wilayah utk gred sokongan lagi sikit..ada yg tak smpi 400 pun.....

Maklum balas mengenai soalan pertama ni MV suka...KSN jawab..isu kenaikan elaun rumah sedang dikaji..tapi bila saya sebut pasal ni...Orang kewangan semua akan tengok saya..hehehe(**pandai  juga bergura KSN kita ni kan)

Soalan kedua daripada kakitangan UKAS(jabatn lama KSN)...bertanya mengenai budaya pembelajaran dalam perkhidmatan awam....KSN akan minta INTAn utk menyediakan latihan yang bersesuaian....

Soalan ketiga mengenai KEnaikan pangkat,,,Adakah mengikut time based atau sebaliknya...yg ni punya penerangan lebih pada guru iaitu kenaikan mengikut time based..kalau kumpulan sokongan xda kenaikan secara time based ni

Soalan keempat pula dtg drpd Staf kementerian pelajaran...Soalannya ada 3..Pertama mengenai pembangunan...Kedua MV lupa(**buli2 ar)...Yang ketiga berkenaan dengan perlantikan KPPA yang baru....

Sempat KSN bergurau.."yang ni patut kena Listen Listen Listen.."hehehe...dalam menjawab soalan drpd penanya keempat...KSN megesahkan kenaikan gaji utk Kakitangan Awam yg gajinya sudah melanggat dinding(**FAHAM bah kan)

Mengenai perlantikan KPPA...akan dilantik tidak lama lagi..Dan soalan terakhir mengenai peluang kenaikan utk Staf yang mempunyai diploma...JAwapan KSN MV lupa..hehehe

Sorry entry ni panjang sikit...dan ini adalah dari pandangan mata kasar & telinga MV sendiri..hehehe


Read More

Keputusan Penuh Liga SUper 22.01.2013

9:31 AM
Keputusan Penuh Liga SUper 22.01.2013
Assalammualaikum...

Ni edisi bola sepak...Semalam berlangsung perlawanan ke-5 Liga super musim 2013...Seperti biasa hanya tengok secara Live di TV1...Mengharapkan Johor DT yg ditayangkan secara Live..tetapi nampaknya MAsih Pahang Yang menjadi pujaan hati TV1..hehehe

Semalam tengok bola sambil ajar HaikalAyu ulangkaji..tapi limitkan sampai jam 9.00 mlm jer sebab nnt tak tak cukup tidur....Memang best tengok Pahang Vs Terengganu ni sebab MV mau tengok Syed Adney(bekas penjaga gol sabah)....

Dan ternyata..serangan di awal2 permainan sahaja yg MV disajikan...selebihnya hambar...Kiranya Separuh Masa pertama...Buruk(**sorry)...Masuk separuh masa kedua pun finishing kedua2 pasukan tak menjadi....

Geram pula..habis badan hubby kena pukul...tapi pukul2 sayang jer...Dan akhirnya pada minit ke 76..gol yang dinanti2kan datang juga..apabila free kick yang diambil oleh HAfiz(pemain pahang) terus masuk ke gawang terengganu,,Menjadikan keputusan 1-0...

Nampaknya gol pembuka Pahang menaikkan semangat pasukan Pahang Apabila selang 2 minit kemudian Pahang menambah jaringan menerusi FAuzi Roslan..Semua nya bermula drpd BOrji(jangan pandang dia sebelah mata)....PAhang mendahului 2-0...

Selepas itu Terengganu semakin berusaha utk mencari gol...banyak cubaan mereka yg gagal disudahkan...Dan Tahniah buat penjaga Gol Pahang (Nazril)...Beliau banyak menyelamatkan serangan drpd PAsukan Teregganu....

PAda minit ke 85(**kalau x silap..)sekali lagi Terengganu Tersentak dengan gol ketiga PAhang yg juga melalui Hafiz..Ya Defend boleh disalahkan...apasal semua naik ke atas tp biarkan tempat sendiri kosong...

Kesian Syed Adney...Smpi terbaring...Ntah apa yg dia rasa masa ni..hehehehe...TAhniah Pahang kerana terus Unggul di tangga Teratas liga...

Keputusan Penuh perlawanan Semalam :

Pahang Vs terengganu 3-0

T-team VS Lion Xii - 1-0(yeahhhhh lion xii kalah..haha)
Kelantan Vs Negeri sembilan - 0-0(seri jer...Kelantan kena bangun)
ATM Vs Felda 2-0 (ATM naik ke tangga ke dua liga...Terbaekklah )
PKNS Vs Johor DT 1-3(ingatkan JOhor menang tanpa bolos..apa2pun tahniah)
Perak Vs Selangor 1-1(seri juga..)


Read More

Wordless Wednesday#RM0.20 Lagi!!!#

9:00 AM
Wordless Wednesday#RM0.20 Lagi!!!#

Tuesday, January 22, 2013

Setia Hujung Nyawa..

6:00 PM
Setia Hujung Nyawa..
Assalammualaikum....

Setia Hujung Nyawa..Pergi mana2 semua orang dok cerita drama ni...YAng tanya mana nak cari novel ni pun ramai juga....Buka FB ada jer update setia hujung nyawa...Buka blog pun masih SHN(setia hujung nyawa)juga....

MV antara pengikut drama bersiri ni...Memang best...Kadang2 sakit hati dgn Zain...Sibuk dok jaja cerita rumah tangga & aibkan isteri sendiri depan kawn baiknya..padahal si kawan ada udang di sebalik mee.....

Mau jer sms si Zain ni bagitau..yg BFF kau tue nak kan isteri kau....hahahaha emosi seketika....Dan semalam paling best MV rasa..padan muka si Zain bila si ersalina kenakan dia semalam...

Padan muka...Bila ersalina bercakap SI zain kata melawan...padan muka Zain cakap sorang2 hahahaha....Si Ikram ni pun mengoda tak habis2...hish naik geram juga...tapi dalam masa yg sama kesian juga kat dia...(**macam mana tue)...

Dan x sangka My Hubby pun layan ni cerita...Dulu dia layan NOra Elena & Soffiya,,,kali ni laya SHN...mmg dia dok depan TV tak gerak2 hahaha..penangan kes Si Zain selalu marah2 wife dia..Sebab tue dia tertarik tengok...

Sweet kan tp si ammar ashraf ni dah bertunang pun..(**Pinjam dari google)
Pinjam Google juga
Tidak ada Insan Yang Suci Tidak mempunyai Masa Lampau 
Dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunya masa hadapan
Read More

LIve Streaming Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013

3:09 PM
LIve Streaming Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013
Assalammulaikum.....

Sekarang tengah berlangsung amanat Ketua Setiausaha Negara,Dato' Sri Dr. Ali Bin Hamsa...KAmi sekarang menyaksikan nya secara live streaming di auditorium kerana Amanat Ini berlangsung di PICC(Putrajaya International Convention Centre)...

Kepada penjawat awam lain anda juga boleh mendengar Amanat KSN ini DI SINI melalui pc kamu semua...

Jom dengar amanat KSN ni bersama2...
Read More

Ikrar Rukun Negara

2:11 PM
Ikrar Rukun Negara
Assalammualaikum...



MAKA KAMI, rakyat Malaysia, Berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut;

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang undang
Kesopanan dan kesusilaan,

Kenapa MV buat entri ni????Semuanya ni ada kena mengena dengan MY hero..Mohamad Haikal Faiz....Satu hari balik dari sekolah dia mula bercerita..biasalah MV setiap hari akan tanya..Belajar apa di sekolah??makan apa??nakal kah???

Dan kali ni dia bertanya.."Mama..tahu kah apa tue iqra???",,,MV pun jawab lah..."iqra tue kan yg alif ba ta...tapi kalau kita baca macam lagu... contohya : aa Ba ta..."

Abg Haikal  : "hish mama ni bukan itu bah...Iqra bah.."Maka Kami..Rakyat Malaysia...."(Lah Ikrar bah pula...abg haikal ni pelat sikit...bukan mcm Kakak Ayu)

MV             : "Abg itu bukan iqra itu ikrar...Kenapa abg tanya???"

Abg Haikal  : " Sebab tadi masa sekolah CIkgu Afy suruh abg pimpin Ikrar(kali ni betul sudah)..tapi abg nda tahu..."

MV             : "oh senang jak bah tue...nnt mama ajar...yg penting kena ingat rukun negara...."

Masa abah dia ambil pun dia tanya macam tue"abah tau apa tue ikrar???"....MV diam sebab takut nnt Abg Haikal Kenakan abah dia...Dan jangkaan meleset bila dengar jwapan My Hubby"tahu bah..Yang "maka Kami..Rakyat Malaysia...Bla Bla (**panjang kalau mau taip sebab My hubby baca sampai Habis)...

"aik Pandai pula abah hari ni"(**penjahat kan punya wife...)...Mestilah Ikrar Rukun negara bah..kalau nda tahu bukan rakyat MAlaysia...Dan Dengar MV terus diam takut kena Kaw kaw oleh HUbby...


**nak g auditorium ni nak tengok amanat Ketua Setiausaha Negara melalui live streaming daripada PICC....
Read More